Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
World Cup - Sihir Terancang Barat


World Cup datang lagi. Antara acara sukan terbesar yang menjadi kegilaan seluruh dunia. Siapa yang tak tau pasal World Cup. Dari kecik sampai tua, lelaki atau pompuan, miskin atau kaya, peon sampai ke bos besar, rakyat atau raja, boleh dikatakan semuanya tahu pasal World Cup ni. Apa sihir yang ada dalam World Cup hinggakan semua penduduk bumi ni terangsang dengan acara berebut sebijik bola ni?

Begitulah hebatnya Piala Dunia, ibarat sihir yang memukau seluruh manusia! Apa yang menyedihkan kita ialah terdapat begitu ramai dari kalangan umat Islam yang turut terkena sihir ini. Berapa ramai yang matanya terpaku di depan televisyen dan lidah mereka akan dibasahi dengan ‘zikir’ bola sepak setiap pagi, petang dan malam. Setiap Muslim pencinta bola tidak leka dan lalai dari mengetahui perkembangan perlawanan. Rasanya tidak afdhal jika tidak berbicara tentang bola di dalam setiap pertemuan dengan kawan-kawan.

Begi mereka yang minat, mungkin itu perasaan minat anda yang sukar dibendung dengan apa cara sekalipun. Namun, yang menjadi sangat lucu, mereka yang tidak pernah meminati Rancangan Bola Sepak sebelum ini terpaksa berpura-pura meminati siri perlawanan bola sepak apabila Piala Dunia menjelma. Kepura-puraan ini terpaksa dilakukan supaya tidak dituduh kolot dan kaki bangku oleh rakan lelaki yang lain.

Maka duduklah dia bersama rakan di kedai Mamak dan terpaksa berpura-pura teruja dengan perlawanan itu sedangkan hati begitu bosan dan meronta-ronta ingin pulang segera ke rumah. Lebih lucu sekali mereka yang tidak minat itu terpaksa memalingkan kerusinya ke arah skrin layar besar di kedai mamak agar tidak dituduh "si pondan yang kaki bangku" dan merasa segan jika kerusinya berpaling ke arah lain.

Bagi si wanita pula terpaksa berpura-pura mengambil tahu tentang perlawanan bola sepak itu semata-mata ingin menjaga hati si lelaki. Namun, amat lucu nama pemain bola sepak yang diketahui hanyalah Beckham dan Christiano Ronaldo sahaja dan berasa cukup untuk dijadikan modal bersandiwara bagi membicarakan hal bola sepak.   

Bagi mereka yang tidak minat, hentikan sandiwara anda. Ketika diajak berbual oleh rakan tentang bola sepak, sekali pun anda tidak berminat tetap juga ingin anda menyahut perbualan itu dengan fakta yang anda tahu (secara dengar-dengar) demi menjaga air muka. Anda merasa rendah diri jika tidak menjawab perbualan itu.

Beranikah anda mengatakan

" Aku benci rancangan bola sepak dan aku langsung tidak minat. Aku hanya minat sukan berkuda, memanah dan berenang"

Beranikah anda mengatakan begini apabila ada rakan anda ingin berborak mengenai bola sepak dengan anda

"Maaf, jangan bincang hal bola sepak dengan aku sebab aku tidak minat nak tonton dan tidak minat nak ambil tahu"

Ya benar sukan bola sepak itu merupakan suatu sukan yang menyihatkan badan. Namun adakah tidak boleh jika hanya kita sendiri yang fanatik "bermain" bola sepak tanpa perlu fanatik "menonton" lakonan bola sepak dari mereka yang sememangnya handal? Adakah kehandalan itu perlu untuk membezakan faedah kesihatan yang kita dapat dari bermain bola sepak? Adakah kurangnya tahap kesihatan dengan bermain bola sepak tanpa dikomersilkan rancangannya? Ada yang menyatakan untuk mempelajari "skill". Adakah "Skill" itu perlu? Adakah skill itu begitu penting sehingga manusia teruja dengannya? Boleh sesiapa sebutkan apakah faedah "skill" di dalam permainan mana-mana sukan?

Kesimpulannya, lihat sahaja penganjur dan penaja Piala Dunia 2010 kesemuanya syarikat besar yang sudah tentu pihak Zionis mempunyai saham besar terhadapnya. Kesemua syarikat-syarikat itu merupakan milik Barat dan begitu rakus kini menyedut hasil ekonomi negara yang lain. Gaji pemain bola sepak yang mencecah jutaan Pound Sterling itulah puncanya kekayaan dunia banyak disedut oleh mereka menggunakan sistem kapitalis. Ingat! Di dalam sistem Kapitalis, kekayaan orang lain merupakan kemiskinan pihak yang lain! Mereka menjadi kaya dengan memindahkan kekayaan dunia kepada mereka. Maka negara yang merempat dan miskin tetap setia menonton tanpa pernah mempersoalkan dari segi aspek ekonomi. Celakalah mereka kerana begitu mudah mengaut kekayaan dunia dengan mengeksploitasi kelekaan manusia.

Labels: |
0 Responses

Post a Comment

NuffNang

XchaNge

AMARAN :

BLOG INI MUNGKIN MENYEBABKAN KETAGIHAN. BAHAN YANG DIPAPARKAN MUNGKIN MENGGANGGU JIWA DAN RAGA ANDA. SEBARANG KECEDERAAN MINDA ATAU KOMPLIKASI PADA OTAK ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI. DISARANKAN ANDA MELAYARI DENGAN DITEMANI ORANG YANG LEBIH DEWASA.

Kandungan Blog Ini Merupakan Hak Milik Semua, Anda Boleh Memuat Turun Bahan Untuk Rujukan Atau Sebagai Paparan Umum Atas Tanggungjawab Sendiri.
  • "QUOTE"

    It is not how much u earn,
    It is how u spend what u earn...

    MaLaYN3um

    MaLaYN3um
    Gabenor Bank Negara in The MakinG

    NuffNang

    Churp Churp

    ALpha ProJecT


    ShoutMix chat widget

    Followers

    My SupeCar

    My SupeCar
    Catch Me If u CaN

    Loan Calculator

    Site Meter

    Google Analytics

    Pageviews last month