Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kena Cium
Adoi, belum sempat nak make up lagi dah kena cium. Seb baik x kena banyak, tapi mau jugak 3-4 ratus terbang. Bab kena langgar ni aku tak terkilan sangat, tapi bila masuk bab nak diorg gantikan yg rosak. Macam nak pecah satu taman diorg bising-bising. Tetap tak nak mengaku salah jugak. Xpe........ Kita buat cara baik je...

Pagi semalam, macam biasa isteri aku drive Livina kesayangan aku nak pi sekolah. Selang je 5-6 buah rumah, gerak pun x cecah 40km/j lagi, tup-tup keluar keta dari kiri jalan. Keta tu keluar dari pagar umah dia. X la laju pun, tapi kerana x dengar hon yg isteri aku bagi, menonong je dia keluar. Dah la keluar dgn reverse, x nak tgk belakang pulak, hon pun x nak dgr, tanpa segan silu, dia cium Livina aku. Kena kat sebelah tayar belakang. Kemek body kat atas tayar tu, bumper blakang calar kena seret, nasib baik tak pecah, cuma bengkok ke dalam jer. Minah yang langgar tu keluar tak terkata apa-apa, kelu jek. Mak dia pun main sorok-sorok kat dalam umah. Isteri aku cakap nak datang petang setelkan.

Petangnya, bila aku balik, baru dapat tau keta aku kena cium. Terus ajak isteri aku pi umah minah tu nak setelkan. Pada aku, dah confirm dia salah sebab keluar dari parking kat jalan utama. Hajatnya nak mintak gantirugi la. Tgk pada rosak, tak sampai RM 400 pun kalau ganti. Bila sampai je rumah dia, semua kerabat dia keluar nak bincang. Awalnya macam ok, bila aku cakap nak gantirugi jek, dia mula pusing-pusing. Macam ular la pulak. Bila dia tgk keta aku yang rosak, dan tgk keta anak dia yang calar 20 sen jer. Lagi dia temberang. Boleh dia salahkan isteri aku pulak. Katanya kalau bawak kawasan taman, kena berhenti tiap kali ada keta nak keluar. Yang aku lagi sakit hati, boleh dia kata, kerana isteri aku yang salah, repair sendiri-sendiri. Keta dia polish je dah cukup, 10 ringgit dah confirm lepas. Bila dah lama kat situ, jiran-jiran lain dah keluar, dia makin bising. Nak gaduh pun tak guna, karang jadi rusuhan kaum pulak. Last-last dia kata, dia x nak campur lagi, pandai-pandai la u setelkan. Best je keputusan dia bila aku yang kena tanggung semua. Kalau la aku otromen,  keta dgn uncle tu aku fire sampai jadi arang. Seb baik sabar beb.......

Kerana x puas hati sangat. Aku buat report polis. Bila dah setel semua. Polis tu, suh tunggu 24jam sebelum dia bleh bagi keputusan awal. Hehe. Walaupun aku tak puas, kurang-kurangnya berbaloi. Kalo smlam dia bagi 200 pun aku dah x susah-susah nak repot cenggini.

Pagi tadi bila aku pi jumpa sarjan yang jadi pegawai penyiasat tu, dia kata minah tu tak buat repot polis. Jadi keputusan awalnya, dia bersalah kerana menyembunyikan kemalangan dan lalai sehingga menyebabkan kemalangan. Ambik nak, kan free-free dah kena 2 charges, maknanya dia dapat 2 bonus saman, dua-dua saman tu 300. Bodo-bodo dia dah kena saman RM 600 tanpa diskaun. Tu belum finalised lagi, kalau lepas 15 hari ni, abes je masa siasatan, ada lagi kesalahan lain macam xde lesen ker, xde insurans ker atau xde road tax. Lagi bertambah la jumlah saman dia. Keputusannya untuk aku, kena repair keta tu kat Pusat Servis dengan segala perbelanjaan ditanggung insurans tanpa pengurangan NCD. Kena buat kerja la sket, tapi baiki keta x kena charge dah. Puas hati aku.... Tunggu lagi 2 minggu je nak tau Hasil siasatan yg final.....

Moralnya, jangan jadi macam uncle india tu. Dah salah, banyak pulak pusing. Tak nak bayar gantirugi, last-last dapat saman free-free RM 600. Puas la jugak ati aku ni.....





   
Labels: |
0 Responses

Post a Comment

NuffNang

XchaNge

AMARAN :

BLOG INI MUNGKIN MENYEBABKAN KETAGIHAN. BAHAN YANG DIPAPARKAN MUNGKIN MENGGANGGU JIWA DAN RAGA ANDA. SEBARANG KECEDERAAN MINDA ATAU KOMPLIKASI PADA OTAK ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI. DISARANKAN ANDA MELAYARI DENGAN DITEMANI ORANG YANG LEBIH DEWASA.

Kandungan Blog Ini Merupakan Hak Milik Semua, Anda Boleh Memuat Turun Bahan Untuk Rujukan Atau Sebagai Paparan Umum Atas Tanggungjawab Sendiri.
  • "QUOTE"

    It is not how much u earn,
    It is how u spend what u earn...

    MaLaYN3um

    MaLaYN3um
    Gabenor Bank Negara in The MakinG

    NuffNang

    Churp Churp

    ALpha ProJecT


    ShoutMix chat widget

    Followers

    My SupeCar

    My SupeCar
    Catch Me If u CaN

    Loan Calculator

    Site Meter

    Google Analytics

    Pageviews last month