Antara Tanda-Tanda Kecil Kiamat Berdasarkan Hadis :
1. Penaklukan Baitulmaqdis
2. Zina Terang-terangan Berleluasa
3. Alat-Alat Muzik Menjadi kebanggaan dan digila
4. Menghias Masjid dan Membanggakannya
5. Munculnya kekejian, Memutuskan Persaudaraan dan Bersikap Buruk Dengan Jiran
6. Ramai Orang Soleh Meninggal Dunia
7. Orang Hina Mendapat Kedudukan Terhormat
8. Mengucapkan salam Kepada Orang Yang Dikenali Sahaja
9. Ramai Wanita Berpakaian Tetapi hakikatnya telanjang
10.Bulan Sabit Kelihatan Besar
11.Banyak Dusta dan Tidak Tepat dalam menyampaikan Berita
12.Banyak Saksi Palsu dan Menyimpan Kesaksian Yang Benar
13.Negara Arab menjadi Padang Rumput dan Sungai
Seterusnya, senario semasa Dekatnya Kiamat Kepada Kita
Penaklukan Baitulmaqdis
Dari Auf b Malik r.a katanya, “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Aku menghitung enam perkara menjelang Hari kiamat. “Baginda menyebutkan salah satu diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” (Sahih Bukhari)
Ya, hari ini tidak ada sesiapa dapat menafikan bahawa dekatnya hari kiamat itu dengan penaklukan Baitul Maqdis. Namun amat didukacitakan ialah umat Islam kini begitu leka tentang penaklukan Baitul Maqdis oleh zionis dan menganggap seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Umat Islam masih sibuk dengan politik tempatan yang tidak ada penghujung perbalahannya. Maka bertepuk tanganlah Dajjal melihat kita berpolitik sehingga melupakan politik Baitul Maqdis dan politik Palestin.
Khutbah Jumaat seluruh dunia kini dilihat begitu jarang menceritakan politik Palestin dan mereka lebih gemar menceritakan perkara yang makmum boleh dapati dengan mudah maklumat itu di mana-mana. Kebanyakan khatib dan teks negeri kini amat jarang dilihat menceritakan tentang politik Palestin dan tidak ada semangat jihad yang ditiup ketika Khutbah Jumaat.
Zina Terang-terangan Berleluasa
“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang sesuka hatinya melakukan persetubuhan seperti keldai (di khalayak umum). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang” (Sahih Muslim)
Adakah kamu yakin perzinaan seperti keldai iaitu perzinaan terbuka masih sedikit berlaku? Anda yakin? Tidakkah anda sedar bahawa Industri pornografi lebih teruk dari persetubuhan keldai? Industri pornografi bersetubuh di depan khalayak Dunia! Jadi hadith ini sudah menjadi kenyaraan kini!
Alat-Alat Muzik Menjadi kebanggaan dan digila
Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan pada muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah “Wahai Rasulullah bila hal itu terjadi?” Baginda menjawab: “Apabila telah bermaharajalela muzik (bunyi-bunyian) dan ramainya penyanyi-penyanyi wanita” ( HR Ibnu Majah)
Mengenai hadith ini sudah tidak dapat dinafikan lagi bahawa masyarakay kini begitu taksub dengan muzik sehingga terkeluar dari landasan yang dibenarkan. Baru-baru ini rancangan Akademi Fantasia yang secara Ijmak HARAM menukar wajahnya. Semakin kelihatan baru dan bertenaga menenggelamkan Umat Islam di dalam Fantasi yang sedikit pun tidak memberi untung terhadap pembangunan dan kekuatan Umat Islam. Bukan saja tidak memberikan untung sebaliknya memberikan kerugian terhadap penontonnya yang majoriti Muslim dengan mengundi Artis kesayangan mereka. Masih ada lagi masyarakat yang mempunyai banyak masa untuk melayani karenah hiburan tanah air yang semakin hari semakin pelik dan jelik.
Menghias Masjid dan Membanggakannya
“Diantara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megah dalam mendirikan masjid” ( H.R Nasai)
Mengenai hal ini, Malaysia sendiri sudah boleh dijadikan contoh apabila masjid dijadikan perkara yang ingin dimegah-megah. Jurutera dan arkitek yang hebat diupah untuk menyiapkan masjid yang super canggih dan mewah yang mana hanya dihadiri 2 baris saf setiap kali waktu solat. Jika yang memenuhinya hanya 2 baris, adalah lebih baik baki jutaan ringgit untuk menyiapkan masjid itu diserahkan kepada faqir miskin.
Munculnya kekejian, Memutuskan Persaudaraan dan Bersikap Buruk Dengan Jiran
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan bersikap yang buruk dengan jiran” (H.R Ahmad dan Hakim)
Tanda hadith ini boleh sahaja dilihat di bandar-bandar dan semua sudah memakluminya.
Ramai Orang Soleh Meninggal Dunia
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” ( H.R Ahmad)
Orang Hina Mendapat Kedudukan Terhormat
“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka Orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” (H.R Thabrani)
Tanda inilah yang paling jelas berlaku dalam Masyarkat hari ini. Banyak negara Islam kini terdiri dari pemerintah yang tidak tahu mentadbir negara sebaliknya hanya mengikut skrip pentadbiran yang ditulis oleh golongan di sebalik tabir. Siapakah golongan disebalik tabir itu? Iaitu golongan yang sebenarnya memiliki negara ini. Lihat sahajalah Amerika. Setiap Presidennya adalah orang yang keji dan jahat namun mendapat tempat terhormat dan tertinggi dalam masyarakay Dunia. Sekalipun manusia tahu mereka adalah hina, namun mereka diangkat ibarat tuhan bagi mereka yang tidak mengetahui.
Mengucapkan salam Kepada Orang Yang Dikenali Sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya sahaja.” (H.R Ahmad)
Tanda yang ini tidak perlu dihuraikan lagi kerana semua tahu bahawa inilah yang paling dahsyat berlaku dalam masyarakat.
Ramai Wanita Berpakaian Tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Huraira r.a “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”
Bulan Sabit Kelihatan Besar
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah membesarnya bulan sabit.” (H.R Thabrani)
Banyak Dusta dan Tidak Tepat dalam menyampaikan Berita
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh ibu bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu.” ( Sahih Muslim)
Mengenai tanda ini, bagi mereka yang sudah menonton siri The Arrivals, Phase 3, The Devine Book, Slavery By Consent dan Story of Money di wall page HKSH dapat mengesahkan hadith ini berlaku kini.
Slavery By Consent : http://www.youtube.com/wat ch?v=33W5EnHQio8
Story of Money: http://www.youtube.com/wat ch?v=CdqKESd3zBA
Banyak Saksi Palsu dan Menyimpan Kesaksian Yang Benar
“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” (Riwayat Ahmad)
Negara Arab menjadi Padang Rumput dan Sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.” (Sahih Muslim)
Demikianlah sebahagian daripada tanda-tanda kecil akan berlakunya hari kiamat. Marilah kita renungkan sejenak untuk menjadi panduan hidup. Hidup kita hanya sebentar sahaja di muka bumi ini, seharusnya hidup yang singkat ini kita isi dengan sesuatu yang berfaedah sama ada untuk diri sendiri, agama, bangsa mahupun negara. Andai kita seorang remaja, jadilah remaja yang bijak, baik hati, ingat Tuhan dan berbakti.

Slavery By Consent : http://www.youtube.com/wat
Story of Money: http://www.youtube.com/wat
Banyak Saksi Palsu dan Menyimpan Kesaksian Yang Benar
“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” (Riwayat Ahmad)
Negara Arab menjadi Padang Rumput dan Sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.” (Sahih Muslim)
Demikianlah sebahagian daripada tanda-tanda kecil akan berlakunya hari kiamat. Marilah kita renungkan sejenak untuk menjadi panduan hidup. Hidup kita hanya sebentar sahaja di muka bumi ini, seharusnya hidup yang singkat ini kita isi dengan sesuatu yang berfaedah sama ada untuk diri sendiri, agama, bangsa mahupun negara. Andai kita seorang remaja, jadilah remaja yang bijak, baik hati, ingat Tuhan dan berbakti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
NuffNang
XchaNge
AMARAN :
BLOG INI MUNGKIN MENYEBABKAN KETAGIHAN. BAHAN YANG DIPAPARKAN MUNGKIN MENGGANGGU JIWA DAN RAGA ANDA. SEBARANG KECEDERAAN MINDA ATAU KOMPLIKASI PADA OTAK ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI. DISARANKAN ANDA MELAYARI DENGAN DITEMANI ORANG YANG LEBIH DEWASA.
Kandungan Blog Ini Merupakan Hak Milik Semua, Anda Boleh Memuat Turun Bahan Untuk Rujukan Atau Sebagai Paparan Umum Atas Tanggungjawab Sendiri.

Post a Comment