Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Modified Kereta Raya
Raya dah dekat, kasut raya, baju raya, kuih raya semua dah setel. Tinggal keta je lagi x siap. Time bujang dulu, kalo keta x siap make up, rasa macam xnak balik raya jek. Nak melaram keta super kat kampung la katakan. Geng2 lain pun sama... Paling kurang pun, mesti ada satu mende mesti lebih dari geng-geng lain yg balik raya tu. Bodo-bodo pun letak sticker tranformer pun jadi. Haha

Masa mula beli keta dulu, nak balik kampung mesti dah rasa kembang kecup idung.... X sabo nak melaram dgn keta power la konon... Korang pun mesti lebih kurang punya... (Tak termasuk mat standard sampai tua)

So ari ni aku nak story sket bab modified ni pd korang yang baru blaja nak mengangkat martabat keta korang time raya nak dekat ni. Story ni x payah baca la kalau korang dah expert sebab taraf dia lebih kurang sama dgn UPSR ja. Aku nak bagi tips sket-sket bab yang mana aku tau sampai korang boleh la nak bangga diri bila balik kampung nanti. Cuma satu je pesanan aku, bikin keta ni membazir... Hehehe....

Rujukan Peraturan Modified Kereta yg Dibenarkan JPJ (Klik Sini)


LANGKAH MODIFIED KETA untuk AMATUR


LANGKAH 1 :TINTED
Ni memang benda paling penting bila drive kat Malaysia ni. Makin hari makin panas. Tinted lagi gelap lagi bagus. Tp jgn sampai kantoi JPJ sudah, kang tak pasal-pasal kena koyak tinted yg berjuta harganya tu.
Kat pasaran ada bermacam jenis tinted, dari yg harga kurang RM150 sampai harga 3-4 ribu. Pilih berdasarkan kesesuaian dan ketebalan poket. Tinted sebenarnya menaikkan aura sporty kereta kita, tinted yg berlawanan dgn warna body biasanya menyerlahkan ciri-ciri sport kereta tu. Tinted yg sama warna dgn badan kereta lebih sesuai utk kereta yang nak nampak elegen. Macam misterius gitu...


LANGKAH 2 : RIM SUKAN
Rim memang antara benda paling wajib utk menaikkan seri kereta kita. Banyak jenis rim dipasaran. Boleh diperolehi dalam pelbagai jenis model dan jenama yg pelik2. Benda pertama yg kita perlu tau, Rim yg kita pilih mestilah x lebih dari 2 inci saiz rim asal. Tukar rim dah ubah dia punya kestabilan, apa lagi kalau kita tukar sampai berinci-inci. Pilih tayar yang sederhana lebar. Kelebaran tayar mestilah x kurang dari 13.5 dari saiz rim yg kita masuk tu. Ketebalan tayar pulak bergantung pada kesesuaian kereta kita.
Contohnya : Rim asal saiz 15 - Upgrade pada rim 17 maksimum, dgn kelebaran tayar (17 x 13.5) 230 dan tebal antara 45 ke 60.
Tayar yang terlalu lebar akan meningkatkan kestabilan kereta, mencengkam bila mengambil selekoh dan lebih stabil bila membrek tetapi kereta akan kehilangan banyak kuasa dan mengalami masalah pengendalian apabila hujan. Jadi, jgn risikokan keselamatan semata-mata kerana gaya...






LANGKAH 3 : SKIRTING
Ni bab menarik. Ada bermacam jenis skirting kat pasaran. Makin banyak design skirting yg dihasilkan oleh kilang dan kedai keta. Ada 3 jenis skirting yg aku tau kat pasaran tu. 1st yg dikeluarkan oleh tuner, ni memang betul2 fit dgn keta kita, design x banyak pilihan tapi kualitinya memang terbaik. Cuma bukan semua model kereta mempunyai skirting yg dikeluarkan oleh tuner ni...

Jenis ke2 ialah skirting yg dihasilakn dgn PU fiber. Lebih kepada getah, berkualiti, tahan lasak dan lebih mahal. Ramai yg kaki modified yg menggunakan skirting jenis ni kerana ianya lebih berbaloi berbanding wang yg dilabur.

Satu lg skirting jenis fiber glass. Kualitinya bergantung pd kedai yg menghasilkan fober tu. Harganya lebih murah. bahan ni tak tahan lama, mudah pecah dan x begitu masuk dgn warna kereta kalau kita tak spray betul2.
Sebahagian keta kat atas tu tambah skirting kat bumper diorg.

Keta biru n silver tu gunakan skirting.



Ni sebahagian dari skirting sisi. Sori la, aku banyak gambor keta waja jer...



   
LANGKAH 4 : BODYKIT
Mungkin ramai yg nak lebih gempak. Bodykit sebenarnya melibatkan ubahsuai atau menukarkan sebahagian body keta. Bahannya sama ada PU fiber atau Fiber Glass. Biasanya bahagian yg diubahsuai ialah bumper depan dan belakang, skirt sisi, bonet hadapan dan belakang dan kadang-kadang tambah GT wing atau spoiler kat belakang tu. Kalau dah sampai tukar bodykit ni, boleh dikatakan mula masuk tahap ekstrem la ni...
Antara contoh modified bodykit yg agak ekstrem...

Bodykit yag simple

Antara bodykit yg paling digemari ramai. amik trus idea dari model asal....





LANGKAH 5 : EKZOS
Fungsi ekzos sebenarnya utk mengurangkan bunyi bising dan menghalang pengeluaran gas berbahaya ke persekitaran. Tapi ekzos sebenarnya boleh meningkatkan prestasi kereta kita kalau kena cara bikinnya. Ramai yg modified ekzos kerana nakkan bunyi, ada yg kerana nakkan bentuk sport kat blakang keta diorg, kononnya lagi besar lobang ekzos, lagi ganas la... ada jugak yg advance sket ubahsuai ekzos utk tambah pick up keta diorg.
Ekzos ni biasanya terdiri dari 3 bahagian utama.. Yg keluar dari enjin tu kita panggil manifold (Banana), pastu bersambung ke converter (tabung tengah) biasanya ada 1 atau 2 bijik dan yg terakhir yg terjulur kt belakang tu namanya muffler. Tiap bahagian ada fungsi tersendiri dan boleh diubahsuai utk dapatkan apa sebenarnya yag kita nak. Gaya, bunyi atau kuasa....
Banana/Manifold kat sebelah enjin. Tukarkan kepada 4-1 utk lebih kuasa tapi bunyinya makin kuat la.

Tabung tengah. Utk lebih pick up, kurangkan tabung tengah atau ubahsuai dgn tabung jenis berpusar. Kesannya pada bunyi pun boleh tahan. Kurangkan lengkok ekzos utk lebih power. Sebab tu la ramai yg guna straight piping ekzos tu...

Muffler standard. Untuk kurangkan bunyi dan perangkap gas berbahaya. Ubahsuai menatang ni akan menghasilkan bunyi yg macam-macam gaya dan memberikan efect dari segi kuasa.




Semakin kuat bunyi dan semakin pick up kereta kita sebenarnya akan turut sama menyumbang pd banyaknya Petrol dalam tangki tu terbakar. So, bila dah masuk bab ubahsuai, jg cerita lagi bab nak berjimat.....





LANGKAH 6 : LAMPU KELIP
Lampu ni sebenarnya dah cukup dah kat keta kita. Kita tambah lampu lain sebenarnya bergantung pd 3 tujuan utama. 1. Untuk membantu kita memandu dgn lebih baik. 2. Membantu pemandu lain lebih alert kereta kita dan persekitaran.  3. Memang kita jenis minat lampu sejak kecil lagi.

Ada had tertentu jenis lampu yg kita boleh pasang kat kereta. Panjang pulak aku nak cerita. So korang rujuk peraturan yg aku dah post dulu . (Peraturan Modified)







LANGKAH 7 : SPRAY n STICKER
Spray hanya digunakan utk ubahsuai warna pada kereta. Biasanya kalo dah tukar bodykit, mesti siap spray body skali. Cuma bab ticker tu, bergantung pada selera masing-masing.
Gunakan sticker yg simple jer. "Less is Much"




LANGKAH 8 : HIASAN DALAMAN
Kalo masuk bab hiasan dalaman ni, pompuan memang terer bab menghias dalaman keta diorg. Ada yg siap pasang langsir lagi kat tingkap. Adoyai....

 i. Audio
Antara benda penting mat kereta akan sentuh. kononnya nak dapatkan feel masa drive. Lagi bising lagi pening la beb...
Ubahsuai audio ni melibatkan 5 bahagian asas iaitu, Player, Power Amp, Woofer, Speaker dan Twiter. Kalau baru nak berjinak-jinak dgn sistem audio, cukuplah sekadar laburkan 3-4 ratus untuk tambah Amplifier dan woofer. Benda-benda lain bleh upgrade pelan-pelan..

ii. Seat
Ni pun penting jugak. Sama ada nak keselesaan atau gaya. Kalau nak selesa, tukar jer dgn seat kulit. Tp kalau nak bergaya dgn bajet ciput, pi sambar mana-mana bucket seat tiruan kat kedai aksesori. Kurang 500, 2 bucket seat dah boleh masuk dlm keta kita. kalau bernasib baik, dapat mana-mana bucket kat kedai potong lagi la masyuk, boleh wat gadai kat pajak tu...


iii. Steering
Steering pun x kurang pentingnya. Kriteria utama mestilah selsesa, selamat dan bergaya. banyak pilihan kita boleh dapatykan kat kedai tu. pilih la sendiri...


Macam-macam lagi boleh modified. Kalo aku nak crite sini, memang x abis la sampai pagi. Sume yg aku tulis tu bukan fakta sepenuhnya, aku tulis berdasarkan apa yg aku tau. Mungkin ada salah n silap. Satu lagi, sebelum korang modified ape-aper, refer dulu peraturan yg JP buat. Aku ada bagi link kat bawah ni. Selamar Berhari Raya dgn Kereta Baru. hahaha


Link utk GuideLines Modified JPJ (Klik)
0 Responses

Post a Comment

NuffNang

XchaNge

AMARAN :

BLOG INI MUNGKIN MENYEBABKAN KETAGIHAN. BAHAN YANG DIPAPARKAN MUNGKIN MENGGANGGU JIWA DAN RAGA ANDA. SEBARANG KECEDERAAN MINDA ATAU KOMPLIKASI PADA OTAK ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI. DISARANKAN ANDA MELAYARI DENGAN DITEMANI ORANG YANG LEBIH DEWASA.

Kandungan Blog Ini Merupakan Hak Milik Semua, Anda Boleh Memuat Turun Bahan Untuk Rujukan Atau Sebagai Paparan Umum Atas Tanggungjawab Sendiri.
  • "QUOTE"

    It is not how much u earn,
    It is how u spend what u earn...

    MaLaYN3um

    MaLaYN3um
    Gabenor Bank Negara in The MakinG

    NuffNang

    Churp Churp

    ALpha ProJecT


    ShoutMix chat widget

    Followers

    My SupeCar

    My SupeCar
    Catch Me If u CaN

    Loan Calculator

    Site Meter

    Google Analytics

    Pageviews last month