Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Modified Kereta
Dah lama tak dapat lepak kedai aksesori kereta. Ptg semalam baru sempat jenguk-jenguk aksesori kat Brothers. Dah dekat stengah tahun tinggalkan benda alah ni. Tiap kali tgk keta org lain yang meriah, teringin pulak nak modified smula keta aku cam diorg. Tp aku dah janji dgn isteri, xnak modified dah, jadi mat standard jer sampai tua. Smlm pun pi beli door visor je. Dapat cover sket bila ujan. Nak park dengan cermin tertutup semua kang, meletup pulak keta. Panas.... Bila bukak cermin, malas pulak nak tutup bila ujan.
 Ni dah kira modified tahap dewa dah ni. Bukan keta aku... Ntah mamat mana ekstrem gila nih...

Aku tgk, makin banyak benda ntah aper-aper jual kat kedai aksesori skrang. Dari yang bersirip, keluar bunyi pelik-pelik, lampu yang berkelip ntah ape-ape hinggalah aksesori dummy yang mengarut tahap gaban. Tapi, ada jugak yang beli tu. Kadang-kadang aku nak tergelak bila tgk kereta yang terlebih modified ni, rupa macam sarkis bergerak pulak. Dah la warna-warni dengan sticker, kadang-kadang siap dengan lampu berkelip-kelip keliling kereta. Ada jugak mat K-Kar yang terlebih eksyen, bunyi ekzos macam supercar. Kalau kat trafik light tu, bunyi keta dia menggelegak. X bleh duk diam, bergerak-gerak dengan bunyi tong. Kononya ganas, x sabar nak tunggu lampu hijau. Bila gerak jer, bunyi lebih kuat dari geraknya...Kalo kat Hiway, geng-geng ni la yang perasan laju, cilok tak kira masa. Time jem pun sempat main angin lagi. Dgn SkyLine pun bleh nak test power jugak. Tak kisah la apa diorg nak buat. Selera masing-masing. Cuma apa yang aku nak kongsi sini. Boleh ker kita modified ikut selera kita jer.(Apa JPJ dan aku kata...)



Dah tentu tak boleh. Kalo nak ikutkan peraturan, takkan ada keta modified kat Malaysia ni. Tp penguatkuasa kita buat dek jer. Kadang-kadang berat sebelah. Kalau betul modified salah, jgn la benarkan kedai keta tu jual aksesori yang pelbagai. Ni, bila kita pasang, kena dgn mood x baik diorg, kita yang kena saman. Sepatutnya, kerajaan kena longgarkan peraturan, bukan melonggarkan sampai bahayakan orang lain. Longgarkan peraturan secara teknikal la. Diorg pun tau, industri modified kenderaan ni bagi banyak keuntungan pada negara. Berapa juta sebulan spare part dan half cut masuk Malaysia. Tu tak kira lagi aksesori yang dijual seluruh Malaysia. Confirm ada paling kurang 1 kedai aksesori tiap bandar. Kalau dibuat secara sah, dengan bantuan pakar teknikal kerajaan, confirm industri modified ni makin meriah. Kurang-kurang pun kerajaan dapat untung melalui cukai.

Kat bawah ni ada sikit guidelines kalau korang nak modified keta. Guidelines ni JPJ malaysia yang tetapkan. Bukan JPJ Brazil... Antaranya :

1. Air Spoiler depan, belakang, aerofoil dan side skirt.
Tak boleh lebih 150mm dari body asal. Kalau side skirt tu, ukuran tak lebih 150mm diukur dari luar tayar belakang.

2. Door Visor
Tak boleh lebih 100mm lebar dan tinggi. Dah confirm ramai yang pakai ala mafia style, tu dah lebih 150mm dah.

3. Rim dan tayar lebar
Besar mana yang dibenarkan aku tak tau, tapi asalkan tak modified dia punya stud tempat nat tayar sudah. Kalau nak pakai tayar dan rim besar, kena tutup sepenuhnya dengan mudguargs atau mudflaps.

4. Protecting guards pada lampu.
Tak boleh tutup lampu (cahaya) kenderaan. Tak boleh ada bucu yang tajam terkeluar. Bahagian yang terkeluar mesti kurang 100mm. Pasang pun tak boleh melebihi bahagian luar lampu.

5. Ubahsuai atau bumper lain.
Boleh guna keluli atau fiber (Gentian kaca atau PU) tetapi lebihan mestilah kurang dari 50% diukur dari titik tengah roda kenderaan.

6. Ubahsuai Head Lamps atau signal
Jarak head lamps dan lampu signal tak boleh lebih 300m lepas ubahsuai.

7. Ubahsuai bumbung atau pasang bumbung
Tidak boleh melebihi panjang bumbung asal dan lebar kenderaan. Ketinggian pulak tak lebih 400mm dari bumbung asal.

8. Boleh buat ubahsuai kecil pada radiator grills, bonet atau bentuk/ reka bentuk lampu.

9. Boleh pasang para bumbung selagi ianya tidak membahayakan kenderaan lain.

10. Lampu brek dan signal
Lampu brek tambahan boleh dipasang tetapi hanya bewarna merah dan berwarna amber untuk signal

11. Pemasangan spot light dibenarkan pada bahagian hadapan sahaja dengan pilihan warna putih atau kuning sahaja.

12. Sticker
Hentam sahaja asalkan jgn letak sticker Penguatkuasa atau yang boleh menimbulkan kekeliruan pengguna.

13. Tiada sebarang lampu tambahan yang berkelip-kelip atau bewarna-warni dibenarkan.

Memang susah jugak nak modified. Aku rasa berjuta kat malaysia ni yang hobinya sama mcm aku, modified keta. Kalu nak kira kat kedai aksesori tu, lebih 80% barang yang dijual x lulus jpj punya. Bila pasang, kita yang kena. Kalau awal-awal dah salah, sepatutnya kerajaan awal-awal lagi jangan bagi diorg jual. Geng-geng modified ni sepatutnya buat Union supaya hobi kita ni jadi benda yang legal. Macam jepun buat. Kerajaan diorg dapat lebih 10 billion setahun dari industri modified keta ni.


Alang-alang dah cerita pasal modified, aku pun nak tunjuk keta aku yang aku make up sikit-sikit tu.

Keta 1st yang aku beli. Beli jek, terus masuk rim sukan 17" dgn skirting....

Ntah sticker aper yang aku masuk. Kononnya ganas la tu. Apapun, banana, tabung tengah ngan muffler dah tukar. Kasi bunyi best sket...

Brubah jadi wajavo. Sume bodykit aku tukar. Dalam baru tukar bucket seat dgn meter ntah ape-ape...

Blakang pun kasi gempak sket. Tapi tak tahan lama dia punya simen. Stahun je dah crack....

Rupa wajavo yang dah siap. Ni baru bleh panggil isteri no 1... Keta paling vogue kat kampung masa tu.. Haha

Basuh tiap ari, rim dgn tayar mesti kilat kaw-kaw punya.. Isteri no 1 katakan....

Wajavo dah siap sedia untuk beraya...

Boring dah jadi wajavo, bertukar jadik transformer pulak. Asalnya depan rosak kena divider jer, alang-alang dah masuk bengkel, ubah semua jek....

Dalam proses nak jadik transformer....

Akhirnya, putih melepak, berkilat-kilat....

Nak cari bonet carbon, tp bujet dah lari. Spray hitam jer. Asalkan nampak bercelak..




Rupa transformer aku dari belakang...  Apa nak direkemenkan lagi???

Kawal Selia - Puspakom JB

Dalam proses penggantian enjin - Enjin jet TUDM. Jgn bagi tau sesape, 1 lagi half cut jet tu ada dgn aku. Sape nak kena contact cepat-cepat....

To Be Continued......


3 Responses
  1. agaga Says:

    Kalau bonet yg macam wajavo tu jpj tak kcau ka?..


  2. Anonymous Says:

    kan tu sy pelik sebenarnya macam buat2 ni dikira mengubah identiti asal kereta ke x....sebab bumper dpn blkg dh ubah...


  3. Unknown Says:

    Bolehkah modify pandu di tengah (seorang sj di depan)?


Post a Comment

NuffNang

XchaNge

AMARAN :

BLOG INI MUNGKIN MENYEBABKAN KETAGIHAN. BAHAN YANG DIPAPARKAN MUNGKIN MENGGANGGU JIWA DAN RAGA ANDA. SEBARANG KECEDERAAN MINDA ATAU KOMPLIKASI PADA OTAK ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI. DISARANKAN ANDA MELAYARI DENGAN DITEMANI ORANG YANG LEBIH DEWASA.

Kandungan Blog Ini Merupakan Hak Milik Semua, Anda Boleh Memuat Turun Bahan Untuk Rujukan Atau Sebagai Paparan Umum Atas Tanggungjawab Sendiri.
  • "QUOTE"

    It is not how much u earn,
    It is how u spend what u earn...

    MaLaYN3um

    MaLaYN3um
    Gabenor Bank Negara in The MakinG

    NuffNang

    Churp Churp

    ALpha ProJecT


    ShoutMix chat widget

    Followers

    My SupeCar

    My SupeCar
    Catch Me If u CaN

    Loan Calculator

    Site Meter

    Google Analytics

    Pageviews last month