Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
TEGURAN AL-QURAN DAN SUNNAH KEPADA UMNO DAN PAS
Aku bukanlah penyokong fanatik mana-mana parti. Parti politik sebenarnya medium utama untuk kita perjuangkan hak dan menjadi tempat utk kita bergantung harap. Tapi sejak akhir-akhir ini, kebanyakan parti mula mendedahkan kelemahan dan kebodohan mereka sendiri. Mungkin parti yg ditubuhkan ini menjadi sarang utk pemimpin membuncitkan diri sendiri. Hak dan suara rakyat mula dipinggirkan. Penyokong fanatik digunakan utk kepentingan pemimpin tertentu sahaja. Sememangnya semua parti mempunyai kelemahan, tp kelemahan itu semua boleh dijadikan kelebihan kepada rakyat jika semua parti berubah dan bermuafakat. Jika ditanya mana-mana rakyat Malaysia, Kami semua inginkan keamanan di Malaysia. Kami sudah muak dengan mainan politik yg tak kesudahan. Aku tetap akan menyokong parti yang mendahulukan agama, bangsa dan negara...

Alamak, berpolitik pulak. Sebenarnya aku nak berkongsi info yang aku dapat dari fesbuk HKSH. Semoga teguran dari HKSH boleh diambil oleh penyokong parti dengan hati terbuka..

SETERUSNYA...... Teguran Kepada UMNO & PAS


TEGURAN KEPADA UMNO

Baru-baru ini heboh isu Judi Bola dan isu ini sehingga menjadi kesempatan dibahaskan di dalam Khutbah Jumaat seperti di Masjid-masjid Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Ini adalah isu yang perlu dipandang serius kerana perbuatan Judi adalah suatu yang mungkar dan mesti ditegah. Adalah menjadi kewajipan para Ulama untuk menegur perbuatan memberi lesen untuk aktiviti perjudian di dalam negara. Larangan judi begitu jelas di dalam firman Allah SWT:

Allah berfirman, "Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syetan, maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan." (Al-Maidah : 90)

Jelaslah bahawa perbuatan judi itu adalah sangat ditegah di dalam Islam dan pemerintah wajib mencegahnya kerana akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.


TEGURAN TERHADAP PAS

Mengenai isu judi bola, ia dijadikan sebagai peluang untuk berkempen agar pihak kerajaan dibenci oleh Rakyat. Nasihat dari golongan Pas tentang isu judi bola ini adalah menepati syarak kerana berdasarkan dalil:

Allah berfirman, "Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syetan, maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan." (Al-Maidah : 90)

Namun, tidakkah pihak Pas memandang dalil diatas yang digariskan itu? Dimanakah teguran terhadap lesen kilang arak yang diluluskan oleh Pakatan Rakyat di Shah Alam? Dimana perginya kelantangan suara anda yang ketika ini mencela judi bola? Allah tidak membezakan Judi dan Arak di dalam firman di atas kerana meletakkannya dalam ayat yang sama. Maka tidak boleh kita sebagai umat Islam membezakan kelantangan dalam menegur isu lesen Judi dan Arak.


TERGURAN TEHADAP UMNO

Wahai pemimpin UMNO. Datangkanlah dalil yang membenarkan anda melebihkan MIC dan MCA berbanding PAS dari segi syarak? Apakah dalil yang digunakan oleh anda untuk melebihkan kebajikan kafir zimmi melebihi orang Islam sendiri? Tidak pernah kubaca dalam mana-mana hadith membenarkan melebihkan kafir zimmi yang baik melebihi muslim yang ingkar. Tidak pernah sama sekali wahai pemimpin Umno. Malahan kesatuan umat Islam itu menjadi fardu ain yang perlu disahut oleh siapa sahaja yang bergelar Islam.

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara” [Surah Ali-Imran ; 103]


TEGURAN TERHADAP PAS

Wahai pemimpin PAS. Datangkanlah dalil yang membenarkan anda melebihkan DAP berbanding UMNO dari segi syarak? Apakah dalil yang digunakan oleh anda untuk melebihkan kebajikan kafir zimmi melebihi orang Islam sendiri? Tidak pernah kubaca dalam mana-mana hadith membenarkan melebihkan kafir zimmi yang baik melebihi muslim yang bermaksiat. Tidak pernah sama sekali wahai pemimpin PAS. Malahan kesatuan umat Islam itu menjadi fardu ain yang perlu disahut oleh siapa sahaja yang bergelar Islam. Dulu kamu katakan kepada UMNO jika UMNO menerima Islam kamu akan bersatu bersama mereka. Kini DAP dan PKR yang jelas-jelas tidak ada perjuangan Islam di dalam perlembagaan mereka namun kamu tetap bersatu. Mana prinsip itu Wahai pemimpin PAS?

Saya pasti penyokong PAS akan menggunakan alasan Tahalluf Siyasah dalam kes ini. Tapi bukan itu yang saya ingin nyatakan. Apa yang ingin saya nyatakan:

1) Bolehkah MELEBIHKAN kafir zimmi berbanding orang Islam yang lain. Ini soal melebihkan bukan soal bergabung atau tidak dengan mereka.

2) Ketika disuruh bergabung dengan UMNO, PAS kata tunggu dia terima Islam. Bila bergabung dengan DAP, dia guna alasan Tahalluf Siyasah. Ini soal prinsip.

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara” [Surah Ali-Imran ; 103]


TEGURAN TERHADAP UMNO

Wahai pemimpin Umno, jalankanlah tanggungjawabmu untuk menegakkan Syiar Islam di Malaysia. Bukan kamu tidak boleh tetapi kerana keegoan kamu untuk sentiasa berbeza dengan parti yang membangkang. Jangan kerana keegoan kamu itu kamu sanggup menggadaikan Sistem Islam dari ditegakkan. Namun segulung tahniah di atas penambahanmu tentang hukum bagi peminum arak yang dijalankan sebelum ini. Mungkin itu langkah awal sebelum langkah besar yang bakal menjelma. Dan ingatlah firman Allah:

"Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan sesuatu yang diturunkan Allah maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim." (Al Maidah: 45)

Dan janganlah kamu sentiasa mencari salah mereka yang membangkangmu kerana ingin menjaga kepentingan diri. Kamu adalah Ulil Amri ! Tidak boleh Ulil Amri itu mencari-cari silap dan salah rakyatnya.

Dari empat sahabat; Jubair bin Nafir, Katsir bin Murrah Miqdam bin Ma'di Karib dan Abi Umamah Al Baahili ra, dari Nabi SAW beliau bersabda, "Sesungguhnya amir (seorang pemimpin) itu apabila mencari keraguan pada manusia maka akan merosakkan mereka." (HR. Abu Dawud)

Berimanlah wahai Umno kepada hadith di atas ini. Hentikanlah sikap bersangka buruk terhadap rakyat kalian sendiri. Kasihlah mereka dan jalinkanlah hubungan ukhuwwah bersama mereka.


TEGURAN TERHADAP PAS

Wahai pemimpin PAS, kalian boleh dibanggakan kerana bersemangat menegakkan Syiar Islam. Perjuangan kamu ini dengan menegur pemimpin adalah patut dibanggakan. Teguran utama yang sering menjadi modal kalian ialah "pemimpin tidak menegakkan hukum Allah". Maka ketahuilah wahai PAS bahawa hukum Allah itu tidak hanya terletak pada sistem mahkamah semata. Hukum Allah itu adalah menyeluruh termasuk di dalam hal kehidupan seharian dan kewajipan menjaga Akhlak. Jika kamu menuduh pihak Umno melanggar hukum, tidakkah kamu sedar kamu juga melanggar hukum dalam pelbagai dalil?

Maksudnya: “Pergilah kamu berdua kepada Firaun, Sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. “Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut”. [Taha: 43&44].

Dalil di atas ini membuktikan jika ingin menegur pemerintah seperti Firaun Laknatullah itu sekalipun perlu dengan secara lemah lembut dan berakhlak. Bolehkah kamu menegur pemimpin beragama Islam dengan mengatakan mereka barua? anak haram? celaka dan sebagainya?

Sabda Nabi s.a.w:

من أراد أن ينصح لذى سلطان بأمر فلا يبدله علانية ولكن ليأخذ بيده فيخلو به فان قبل منه فذاك وإلا كان قد أدى الذى عليه

Maksudnya: “sesiapa yang hendak menasihati pemimpin akan sesuatu urusan maka janganlah dia melakukannya terang-terangan tetapi peganglah tangannya dan bersendirianlah dengannya (lalu nasihatlah), jika dia (pemimpin) menerimanya maka demikianlah yang dikehendaki, jika tidak maka dia telah melaksanakan tanggungjawabnya”. [Riwayat Imam Ahmad, sahih].

Wahai pemimpin PAS, sangat dibanggakan jika kalian ingin membentuk parti kerana untuk menegur silap Kerajaan dengan cara yang mulia dan baik. Namun adalah menjadi kemungkaran jika kalian keluar di jalanan dengan niat memberontak kepada pemimpin beragama Islam sekali pun pemimpin itu pembuat maksiat:

Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

( يكون بعدي أئمة لا يهتدون بهداي ولا يستنون بسنتي وسيقوم فيهم رجال قلوبهم قلوب الشياطين في جثمان إنس ) قال قلت كيف أصنع ؟ يا رسول الله إن أدركت ذلك ؟ قال ( تسمع وتطيع للأمير وإن ضرب ظهرك وأخذ مالك فاسمع وأطع )

Maksudnya: “Akan ada selepasku pemimpin-pemimpin yang tidak mengikut petunjukku dan tidak mengikut sunnahku dan akan ada dalam mereka lelaki-lelaki yang berhati syaitan berbadan manusia”. Kata Huzaifah:’Aku bertanya: Maka bagaimana aku harus lakukan wahai Rasulullah?’ Jawab baginda: “Kamu dengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia menyebat belakangmu dan merampas hartamu, dengar dan taatlah (hanya pada arahan yang bukan maksiat)”. [al-Bukhari & Muslim, lafaz bagi Muslim].

Sabda Rasulullah s.a.w:

مَنْ كَرِهَ مِنْ أَمِيرِهِ شَيْئًا فَلْيَصْبِرْ فَإِنَّهُ مَنْ خَرَجَ مِنْ السُّلْطَانِ شِبْرًا مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً

Maksudnya: “Sesiapa yang membenci akan perbuatan pemimpinnya (yang maksiat) maka bersabarlah kerana sesungguhnya sesiapa yang keluar menentang pemerintah sejengkal lalu mati, maka dia mati sebagai orang jahiliah”. [al-Bukhari & Muslim]

Adakah Rasulullah begitu bodoh kerana menyuruh supaya tidak memberontak kepada pemimpin Islam sekali pun mereka zalim dan bermaksiat? Tidak, Rasulullah SAW dan Allah SWT lebih tahu bahawa perpecahan Umat Islam lebih memberikan impak yang dahsyat kepada Ummah berbanding pemimpin yang bermaksiat.

Tidak ada satu pun Imam Mazhab memberontak dan mencaci maki pemimpin sekalipun dipenjara dan diseksa:

Imam Abu Hanifah r.h: Beliau telah dipenjarakan oleh Khalifah al-Mansur al-Abbasi hanya kerana tidak mahu menerima jawatan Qadi (Hakim). Abu Hanifah r.h tidak pernah sama sekali membenarkan kaum muslimin menentang atau memberontak terhadap al-Mansur sehingga beliau wafat dalam penjara.

Imam Malik bin Anas r.h: Di zaman beliau terdapat pemberontakan terhadap al-Mansur (yakni Khalifah al-Mansur yang menghukum Abu Hanifah tadi) kemudian pemberontak ini berjaya menawan Madinah dan dipaksa untuk membaiat pemimpin mereka. Imam Malik enggan menderhaka pada Khalifah dan sanggup diseksa walaupun diketahui al-Masnur seorang yang zalim.

Imam al-Syafii r.h: Beliau telah ditangkap dan ditahan tanpa usul periksa dan dituduh sebagai pemberontak oleh Khalifah Harun al-Rasyid r.h, namun Imam Syafii setelah dibebaskan tidak pernah berdendam dengan khalifah bahkan sentiasa mendoakan kebaikan buat beliau.

Imam Ahmad bin Hanbal r.h: Khalifah al-Makmun dan al-Muktasim telah menyiksa beliau kerana keengganan menurut perintah maksiat mereka mengatakan al-Qur’an makhluk. Namun, Imam Ahmad melarang para pengikutnya yakni ASWJ memberontak.

Fikir-fikirkanlah teguran ini Wahai PAS dan UMNO

SUMBER : Hari Kiamat Sudah Hampir
Labels: , |
0 Responses

Post a Comment

NuffNang

XchaNge

AMARAN :

BLOG INI MUNGKIN MENYEBABKAN KETAGIHAN. BAHAN YANG DIPAPARKAN MUNGKIN MENGGANGGU JIWA DAN RAGA ANDA. SEBARANG KECEDERAAN MINDA ATAU KOMPLIKASI PADA OTAK ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI. DISARANKAN ANDA MELAYARI DENGAN DITEMANI ORANG YANG LEBIH DEWASA.

Kandungan Blog Ini Merupakan Hak Milik Semua, Anda Boleh Memuat Turun Bahan Untuk Rujukan Atau Sebagai Paparan Umum Atas Tanggungjawab Sendiri.
  • "QUOTE"

    It is not how much u earn,
    It is how u spend what u earn...

    MaLaYN3um

    MaLaYN3um
    Gabenor Bank Negara in The MakinG

    NuffNang

    Churp Churp

    ALpha ProJecT


    ShoutMix chat widget

    Followers

    My SupeCar

    My SupeCar
    Catch Me If u CaN

    Loan Calculator

    Site Meter

    Google Analytics

    Pageviews last month