Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Skim Cepat Kaya
Kayap Lagiii...

Ada lagi yang terkena. Dah 3 hari BH cerita pasal skim cepat kaya ni. Bukan sorang dua yang kena, tapi dekat 120,000 orang yang kena. Tu yang dah report, confirm ada lagi yang tengah syok kena tipu sekarang ni. RM33 juta lebur, kerana pulangan 10k dalam masa setahun.

Kalau dikira logik, melabur RM 200 takkan dapat RM 10k dalam masa setahun. Tu dah kira pulangan 4900% setahun (400% sebulan). Gila. Mana ada syarikat kat dunia ni bleh bagi pulangan gitu. Melabur kat kedai judi pun tak boleh kaya cenggitu. ASB pun kena tunggu 30 tahun nak dapat 10k kalau setakat melabur RM 200 dengan interest 14 % selama menyimpan. Tu pun kalo 14%, kalau dibuatnya turun macam tahun ni, dapat 6.3% jer, tak ke sampai mati baru dapat 10 k. (Lihat jadual pelaburan)

Dah jadi lumrah manusia nak cepat kaya, nak cepat senang, cepat gelap mata kalau pulangan berganda-ganda. Kalau dicanangnya pulangan sejuta dengan simpan RM100 pun ramai yang percaya. Kerja kaki temberang memang tak abis sampai bila-bila. Dari zaman 80-an lagi Pak Man Telo buat keje, ramai yang dapat Telor jer. Sampai sekarang, dah beratus-ratus jenis Skim Cepat Kaya keluar kat Malaysia ni. Moralnya, tak der jalan senang untuk cepat senang. Kedekut dengan wang sendiri, hati-hati dengan orang lain. Ingat, penipu ada dimana-mana sekeliling kita. Lebih baik melabur untuk ilmu.

Bagi yang belum betul-betul kenal dengan Skim Cepat Kaya ni, aku kongsi beberapa jenis skim yang ada kat Malaysia ni. Tengah tunggu peluang je nak bolot harta kita yang memang dah sikit ni. (Pautan wikipedia Skim Cepat Kaya)

Klik untuk mengenali SKIM CEPAT KAYA 


SKIM CEPAT KAYA &  KRONInya




1. MODAL KECIL, PULANGAN BESAR

Ni la skim yang teramat femes sekarang ni. Yang paling banyak orang jadi mangsa. Dulu hanya orang kampung, nelayan, penduduk felda je yang kena, tapi sekarang dah menular pada siapa saja x kira latar belakang. Skala skim pun dah main juta-juta. Skim ni akan minta kita depositkan sejumlah wang sebelum kita dapat pulangan yang biasanya melebihi 10 kali ganda pelaburan. Masa pelaburan tak lama dan mereka lebih suka menjanjikan pulangan kurang dari setahun.

Secara psikologinya, dengan modal kecil, pulangan besar dalam masa yang singkat, pastinya tak ramai yang menolak. Modal seratus, pulangan seribu dalam 2 bulan. Mesti ramai yang cuba dengan alasan, kalau kena tipu pun, RM100 jer. 4 tahun dulu, skim ni dah diubahsuai kedalam sistem talian. Tentu kita masih ingat dengan FUND yang macam-macam  kat internet dulu. Lagi ramailah member yang terkena.
Ingat, tiada pelaburan yang menjanjikan pulangan besar dalam jangka masa yang singkat. Berdasarkan pembacaan dan pemerhatian, produk kewangan terbaik (Unit Trust) hanya dapat memberikan kurang dari 50% setahun. Itupun hanya dapat dicapai bila melabur  lebih 3 tahun dan tak dapat bertahan lebih dari 8 tahun. Berwaspadalah........



2. SISTEM KUTU

Kalau dah nama kutu, memang jahat. Bukan setakat hisap darah, kadang-kadang siap disuntik lagi kuman pelik-pelik. Tu yang asyik gatal kepala. Kutu babi lagi la orang takut. 33 juta yang lebur tu disebabkan kutu la tu. Smart Kutoo. Memang smart la cara dia hisap. Sampai kering poket depa. Apa saja sistem kutu kat luar sana memang meragukan. Sistem kutu pada asalnya kaedah menyimpan orang dulu-dulu. Masa tu nak bank in duit agak sukar, jadi lebih baik diorang kumpul sesama kawan sambil membantu kawan lain yang memerlukan. Konsepnya tiada keuntungan pada nilai simpanan cuma dapat digunakan wang lebih awal seperti pinjaman tak berbunga. Sistem kutu sekarang diubahsuai dengan barangan seperti yang selalu dibuat kelab joyah kampung. Ada kutu tupperware, kutu karpet, kutu make-up, kutu beg tangan dan macam-macam lagilah. Keuntungan hanyalah pada penganjur melalui belian barangan. Penyimpan atau ahli kutu hanya mendapat kelebihan bayaran secara ansuran barangan tertentu.

Sistem kutu yang dianjurkan syarikat lahanat tu menjanjikan pulangan yang lebih banyak dalam masa tertentu hanya dengan sekali bayar. Sebenarnya hanya nama kutu digunakan, konsepnya masih pelaburan. Cuma apabila digunakan nama kutu, ramailah yang berkenan masuk, kononnya bukan pelaburan cepat kayap. Seperti yang saya dah nyatakan, pelaburan atau apa saja kutu tak akan memberikan pulangan berkali ganda dalam masa yang singkat. Hanya orang yang berfikiran singkat akan ambil jalan mudah.


3. MODAL SEKALI DAN PULANGAN SAMPAI MATI

Modal dikeluarkan sekali semasa pendaftaran dan pelabur mendapat pulangan setiap bulan atau  tahun sepanjang hayat. Paling kurang pun diorang letak 20 tahun. Mana ada bisnes yang hanya sekali melabur dan dapat keuntungan sepanjang masa. Kalaupun dapat keuntungan, akan ada masanya berlaku kerugian. Kalau kita menanam pokok pun, bukan sekali kita letak baja dan siram air sebelum dapat hasilnya. Datuk kita yang tanam durian, anak cucu yang dapat makan. Tu pun bertahun datuk kita jaga pokok durian sebelum anak cucu rembat buahnya.

Modal sekali dan pulangan berterusan sebenarnya lebih mirip kepada skim anuiti yang banyak terdapat dinegara luar. Skim anuiti diakui oleh kerajaan tapi modal awal yang disimpan biasanya berpuluh ribu. Hasilnya hanya dapat bila kita berada pada usia tertentu sampailah meninggal. Takkan ada syarikat sah yang berani menjanjikan pulangan secara tetap sepanjang hayat dengan modal yang sedikit. Lebih baik melabur untuk ilmu, hasilnya akan nampak sepanjang hayat, malah ke anak cucu...


4. SISTEM PIRAMID ALA MLM

Skim piramid atau binari memang femes bila kita bercerita bab kumpul duit cara senang. Skim ni memang boleh berfungsi pada peringkat awal, tetapi akan gagal apabila berada ditahap tepu. Kunci utama skim ini ialah melabur dengan kadar tertentu dan perkenalkan pelaburan untuk beberapa ahli tertentu. Mencari kaki la tu. Bila dah dapat taja beberapa individu, kita akan mendapat bonus, dan begitulah seterusnya hingga kaki terbawah dengan kadar pulangan semakin mengecil malah ada yang mendapat pulangan tanpa had (infiniti).

Skim piramid dan binari hanya berbeza pada asas kiraan pulangan. Skim piramid lebih kepada pergerakan membesarkan kumpulan tajaan sehingga infiniti. Jika syarat pencarian kaki adalah 3 individu, kumpulan akan berkembang dengan gandaan 3, 9, 27 sehinggalah beribu-ribu ahli. Skim binari pula lebih kepada menyeimbangkan kumpulan dengan pasangan yang seimbang di kiri dan kanan pelabur. Kita tinggalkan sistem piramid atau binari dahulu.

Pada asasnya, pelabur terawal akan mendapat pulangan seperti yang dijanjikan, tetapi pelabur bawah akan mengalami kesulitan apabila mencapai tahap tiada lagi pelabur menyumbang kepada kumpulan mereka. Masalahnya, skim ini tak akan sampai ketahap tepu kerana syarikat penganjur akan melarikan diri apabila sampai kepada target keuntungan mereka sendiri. Hampir kesemua syarikat ini pada awal lagi tidak sah. Pulangan diawal pelaburan hanyalah sebagai umpan untuk menarik lebih ramai pelabur. Antara syarikat yang popular pada awal 2000 ialah WINLIFUND, ABB FUND, World Fund dan macam-macam network lagi. Pelabur di Malaysia tertipu kerana terdapat jarak masa antara permulaan syarikat beroperasi sebelum dapat disahkan sebagai skim penipuan oleh pihak kerajaan. Hanya dalam jangka masa 5-6 bulan sebelum diharamkan, syarikat-syarikat ini akan sempat mengaut berjuta ringgit daripada pelabur malang.



Berbalik pada skim piramid tadi. Katakan di Malaysia hanya ada 100 penduduk. Orang pertama akan menaja 3, seterusnya level ke-3 ada 9 pelabur, level ke-4 27 pelabur, level ke-5 perlukan 81 pelabur.. Tak sampai level ke-5 skim ni dah kekurangan 21 pelabur. Bila ditahap tepu macam ni, pelabur terbawah dah sah akan hilang semua pelaburan. Tu kalau skim ni sah. Kalau dah dari awal lagi tauke skim ni perut busuk, tak sampai separuh sistem, diorang dah lari ke Hadyai...  Moralnya, jangan cari penyakit...


5. MANIPULASI UPLINE MLM

Ni bukan semata skim cepat kaya, tetapi sistem yang dimanipulasi oleh UPLINE dalam MLM untuk cepat diorang kaya. Kononnya jika kita yang sama-sama melaksanakan plan khas diorang ni, kita pun akan sama-sama kaya seiring dengan diorang. Ramai usahawan MLM yang baru nak berjinak-jinak dengan MLM tersungkur sebelum dapat bonus pertama, hanya kerana sikap tamak UPLINE yang berhati busuk. Sehingga semalam, aku dapat tahu ada lebih 800 syarikat MLM berdaftar dinegara kita. Lebih kurang 150 akan ditamatkan sijil AJL kerana tidak aktif atau ada unsur manipulasi sistem. Maknanya ada lebih kurang 650 syarikat MLM yang benar-benar boleh kita jadikan satu cabang bisnes yang betul-betul sah dan memberi pulangan lumayan.

Apa masalahnya dengan MLM sebenarnya? Masalahnya ialah individu dalam MLM. Sistem kebanyakan MLM ialah pemasaran berperingkat. Penjualan barangan dikalangan ahli atau orang lain dengan kadar keuntungan dikongsi bersama. Di tambah dengan bonus jika dapat menarik ahli baru sebagai pengedar. Dengan kata lain mencari kaki atau Downline. Jika semua syarat ini diikuti dengan baik, tekun, rajin dan bersungguh-sungguh, maka jadilah kita antara jutawan MLM yang berpotensi mendapat pulangan sepanjang hayat.

Penipuan dalam MLM berlaku apabila UPLINE mengubahsuai sistem kepada fast track untuk membeli kedudukan dalam hierarki kumpulan mereka. Sistem yang pada awalnya bermodalkan 1k, menjadi 10k. Malah ada yang mencecah 20k. Dengan tujuan mendapat kelayakan bonus yang berganda jumlahnya. Ahli baru yang terperangkap mengeluarkan modal yang banyak akan menerima tekanan untuk mencari Downline dengan nilai modal yang besar. Kebanyakannya, downline yang terkapai-kapai ini akan terus ditinggalkan oleh UPLINE tanpa belas kasihan. Hanya kerana target tertentu, UPLINE dajal ni sanggup tinggalkan kawan, sedara mara, mertua malah adik-beradik semata-mata untuk mendapat pulangan yang lumayan.
 Ahli baru yang ditinggalkan terpaksa membayar hutang yang dijadikan modal dan menyimpan stok barangan yang berguni-guni kat rumah kerana tak dibekalkan sedikit pun dengan ilmu berniaga oleh UPLINE.

Kelakuan dajal Upline ni membusukkan nama industri MLM dan menimbulkan keraguan kepada ramai orang lain yang nak mengenali MLM. Gara-gara rakan sekampung, rakan sepejabat aku terpaksa membayar pinjaman peribadi (20k) selama 10 tahun dan menjadikan stok alat slim & penapis air sebagai bahan pameran kat umah. Saudara terdekat aku pulak buat pinjaman 100k untukdijadikan modal MLM termasuk deposit kereta mewah semata-mata termakan pujukan Upline yang kononnya perlukan gaya untuk bisnes. Selepas 3 bulan dia beraya dengan duit bonus, malang jatuh bertimpa-timpa. Bonus permulaan dapat kerana modal besar yang dia letak pada awal menyertai syarikat tu. Kereta dijual kerana nak kena tarik. Tak sempat jual, kereta dilarikan runner. Menangis tak berlagu nak kena bayar semua hutang hampir 200k tanpa satu pun aset yang tinggal.Upline dajal punya pasal.


6. DEPOSIT UNTUK GANJARAN

Penipuan jenis ni pun dah semakin menjadi-jadi sekarang. Kita diminta memasukkan deposit sebelum mendapat ganjaran yang ditawarkan oleh agen. Biasanya mereka berlagak kononnya agen dari syarikat korporat ternama ataupun dari syarikat kewangan. Kita akan dimaklumkan mengenai kemenangan peraduan tertentu, mendapat hadiah misteri, pelanggan bertuah atau mendapat spesial offer dari diorang sebelum diminta memasukkan deposit sebagai wang pemprosesan atau wang cagaran. Ada juga yang dihubungi oleh agen dari negara luar yang meminta kita untuk membantu menjadi perantara untuk mengeluarkan wang mereka. Kononnya kita dipilih untuk dijadikan tempat simpanan sementara wang mereka yang berjuta-juta sedangkan pada masa yang sama mereka mencuri maklumat kewangan atau menipu kita untuk mendepositkan bayaran denga alasan tertentu.

Apa-apa sahaja urusan yang melibatkan kewangan mestilah secara sah dan bertulis. Jangan sekali-kali mendedahkan maklumat kewangan walaupun seorang pegawai bank yang memintanya.


7. MELABUR DALAM REAL BIZ

Baru minggu lepas aku ditawarkan menjadi bisnes partner untuk menjadi sebahagian dari pelabur lembu susu New Zealand. Yang peliknya, melabur 2k untuk seekor lembu susu yang berada nun jauh kat New Zealand dan akan dapat pulangan setiap kali susu dijual sehinggalah beberapa keturunan lembu tu hidup. Mamat yang bagi penerangan tu sepatah haram pun tak tau pasal bisnes. Katanya baru kerja bila booth tu dibuka di satu pasar raya kat area aku. Baru lepas SPM, xde sebarang pengalaman, mengajak orang ramai untuk melabur dalam bisnes yang dia sendiri tak nampak kat mana dan macam mana ia dijalankan. Tu hanya sebahagian.

Kaedah ni biasanya akan mengajak orang ramai menjadi sebahagian dari bisnes partner mereka. Kononnya perniagaan yang bakal dibuka akan meletop dan jadi fenomena dimalaysia. Maka berlumba-lumba la pelabur yang kemaruk nak jadik bisnes partner beli shares dalam bisnes diorang. Antara bentuk bisnes yang biasanya dijadikan modal lebih kepada aktiviti agrotek atau pertanian. Kalau nak dilistkan memang banyak, tapi aku bagitau mana yang dah terbengkalai bila tauke-tauke dah bawak lari duit pelabur. Antara bisnes yang femes dan sering dijadikan modal seperti bisnes cacing, lintah, baja kompos, ikan ketutu, ikan kerapu bunga, ikan siakap indoor, projek sarang burung, pawah lembu, pawah kambing, share ladang herba, tanam pokok balak, dan macam-macam lagi yang nampak macam betul.

Jika kita benar-benar ingin melabur dalam real bisnes seperti itu, kita perlu tahu background syarikat yang menganjurkan, kenal dan percaya dengan bakal rakan kongsi, sekurang-kurangnya kita mempunyai sedikit ilmu tentang bisnes tersebut, jangan jadi rakan kongsi tidur dan sentiasa pastikan semua urusan sah dan tidak menyalahi undang-undang negara.


8. PASARAN LUAR

Pelaburan dalam pasaran luar atau instrumen matawang yang seringkali dilakukan oleh individu yang mempunyai asas kewangan. Walaupun ada asas yang baik, pelaburan dalam bisnes yang tidak dapat kita kawal seratus peratus bukanlah jalan terbaik untuk menggandakan wang kita. Walaupun pulangan melalui pelaburan dipasaran luar negara lebih menguntungkan, banyak peluang untuk kita ditipu atau kerugian. Lebih baik melabur untuk ilmu sebelum melaksanakan apa saja yang melibatkan pelaburan supaya wang yang kita kumpul dengan penat lelah berbaloi.


NASIHAT AMBE

Tiada satupun jalan singkat dalam pelaburan atau kaedah untuk cepat kaya. Pastikan semua pelaburan yang bakal dibuat telah dilaksanakan selepas membuat kajian dan mendengar pandangan orang yang lebih berilmu. Hanya melabur dalam syarikat yang sah dan diakui oleh pihak berkuasa negara kita.
Labels: |
3 Responses
  1. fadzlil Says:

    Bole komen ttg program rajakereta.com?adakah konsep yg mcm program noradz yg dkenakan tindakan undang2 beberapa tahun yg lalu?


  2. azizi omar Says:

    Rajakereta... Jumpa la Rajakereta...
    Jangan dok jumpa penyampai2 yg tak tahun hujung pangkal...
    Kerjaya dok mengata orang...
    Asyik dok menyalahkan orang...
    Sendiripun kekadang Makan pun orang yg bayarkan...

    Hiduppun atas eksan orang....

    Kan Kalu sakit mate jumpa PAKAR mata..
    Kalu ilmu Agama jumpa Alimony.ulama.Ulama

    So Kalu rajakereta jumpa laa raja dia...Apa rasa..

    Jgn haprakkan dari ANDA


  3. Anonymous Says:

    Baghal btul cara jawab


Post a Comment

NuffNang

XchaNge

AMARAN :

BLOG INI MUNGKIN MENYEBABKAN KETAGIHAN. BAHAN YANG DIPAPARKAN MUNGKIN MENGGANGGU JIWA DAN RAGA ANDA. SEBARANG KECEDERAAN MINDA ATAU KOMPLIKASI PADA OTAK ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI. DISARANKAN ANDA MELAYARI DENGAN DITEMANI ORANG YANG LEBIH DEWASA.

Kandungan Blog Ini Merupakan Hak Milik Semua, Anda Boleh Memuat Turun Bahan Untuk Rujukan Atau Sebagai Paparan Umum Atas Tanggungjawab Sendiri.
  • "QUOTE"

    It is not how much u earn,
    It is how u spend what u earn...

    MaLaYN3um

    MaLaYN3um
    Gabenor Bank Negara in The MakinG

    NuffNang

    Churp Churp

    ALpha ProJecT


    ShoutMix chat widget

    Followers

    My SupeCar

    My SupeCar
    Catch Me If u CaN

    ReCent Posts

    Loan Calculator

    Site Meter

    Google Analytics

    Pageviews last month

  • NuffNang

    My SiTe VaLu3

    Facebook Share

    NeoCounter

    Enter your email address:

    Delivered by FeedBurner

    FesBuk

    Sociable

    XX

    5

    Kelantan Bloggers