Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Petunjuk Kejayaan Seorang Lelaki
Kalau nak diceritakan faktor kejayaan lelaki. Memang banyak betul la. Macam-macam ada. Ada yang katakan disiplin, ada yang katakan usaha, ada yang katakan nasib dan macam-macam lagi. Tapi ari ni aku nak ceritakan petunjuk kejayaan seorang lelaki. Pendedahan ni tak pernah diwar-war kan kat mana-mana. Kiranya rahsia terbesar kalau kita nak tau setinggi mana tahap kejayaan lelaki tertentu. Klik untuk mengetahui rahsia petunjuk kejayaan lelaki.....

Modified Kereta
Dah lama tak dapat lepak kedai aksesori kereta. Ptg semalam baru sempat jenguk-jenguk aksesori kat Brothers. Dah dekat stengah tahun tinggalkan benda alah ni. Tiap kali tgk keta org lain yang meriah, teringin pulak nak modified smula keta aku cam diorg. Tp aku dah janji dgn isteri, xnak modified dah, jadi mat standard jer sampai tua. Smlm pun pi beli door visor je. Dapat cover sket bila ujan. Nak park dengan cermin tertutup semua kang, meletup pulak keta. Panas.... Bila bukak cermin, malas pulak nak tutup bila ujan.
 Ni dah kira modified tahap dewa dah ni. Bukan keta aku... Ntah mamat mana ekstrem gila nih...

Aku tgk, makin banyak benda ntah aper-aper jual kat kedai aksesori skrang. Dari yang bersirip, keluar bunyi pelik-pelik, lampu yang berkelip ntah ape-ape hinggalah aksesori dummy yang mengarut tahap gaban. Tapi, ada jugak yang beli tu. Kadang-kadang aku nak tergelak bila tgk kereta yang terlebih modified ni, rupa macam sarkis bergerak pulak. Dah la warna-warni dengan sticker, kadang-kadang siap dengan lampu berkelip-kelip keliling kereta. Ada jugak mat K-Kar yang terlebih eksyen, bunyi ekzos macam supercar. Kalau kat trafik light tu, bunyi keta dia menggelegak. X bleh duk diam, bergerak-gerak dengan bunyi tong. Kononya ganas, x sabar nak tunggu lampu hijau. Bila gerak jer, bunyi lebih kuat dari geraknya...Kalo kat Hiway, geng-geng ni la yang perasan laju, cilok tak kira masa. Time jem pun sempat main angin lagi. Dgn SkyLine pun bleh nak test power jugak. Tak kisah la apa diorg nak buat. Selera masing-masing. Cuma apa yang aku nak kongsi sini. Boleh ker kita modified ikut selera kita jer.(Apa JPJ dan aku kata...)

Baru Aku Tau - Terima Kasih Ultraman
Ari ni baru sempat round kampung. Dah seminggu balik bercuti tp asyik kenduri je. Ramai betul geng yg kawin. Ni bukan nak cerita pasal kawin. Td masa ronda-ronda, aku nampak sorang pak cik tu menung jauh jek. Tengok stadium negeri aku yg baru roboh tu. Aku tanya apsal. Pak cik tu cakap, "Macam x percaya". Aku tanya apa kebendanya? Dia balas, "Anak, tengok la sendiri gambar dalam handset pakcik ni". Terus dia keluarkan BlackBerry dia, tunjukkan kat aku.... (Korang Tengok La Sendiri)

Insufficient Funds
A young college co-ed came running in tears to her father. "Dad, you gave me some terrible financial advice!"
"I did? What did I tell you?" said the dad.
"You told me to put my money in that big bank, and now that big bank is in trouble."  
"What are you talking about? That's one of the largest banks in the state," he said. "there must be some mistake."
"I don't think so," she sniffed. "They just returned one of my checks with a note saying, 'Insufficient Funds'."





    
Selamat Hari Guru 2010
Selamat Hari Guru kepada guru-guru dan cikgu-cikgu seluruh malaysia. Dah terlambat 3 hari aku baru dapat wish. Tak sempat nak menulis 2-3 hari ni, asyik overtime jek. Keje skolah pun menimbun lagi nak buat. Tahun ni tema Hari Guru tetap sama macam tahun lepas, "Guru Pembina Negara Bangsa". Kalau nak dikirakan, hari guru boleh dikatakan antara hari terpenting selain hari Ibu pada masyarakat kita, tapi ramai yang tak ingat tarikh hari guru. Bila anak mintak belikan hadiah, baru teringat hari guru pada 16 Mei tiap tahun. Apalah sangat jasa guru, bila dah berjaya, semua bakti guru dilupakan. Kononnya semua kejayaan yang dapat selama ni adalah atas usaha sendiri semata.

Teringat zaman sekolah dulu, dari darjah 1 hingga 3, aku duk dikelas Kuning, kelas belakang la tu. Aku mula masuk sekolah tahun 1987 kat  Sek Kebangsaan Bukit Puteri, Besut, Terengganu. Aku antara pelajar yang tak berapa laju kalau bab belajar. Exam dapat nombor puluh-puluh je. Arwah cikgu Mohammad mengajar kitaorg hampir semua subjek. Asyik mengadap muka dia tiap hari. Bila masuk darjah 4, seorang cikgu praktikal mengajar kita orang lebih kurang 4 bulan. Cikgu Yusuf Zaki Bin Haji Mohammad. Aku masih ingat lagi nama, tapi rupanya dah makin kabur. Cikgu ni la orang pertama yang berjaya merubah hidup aku. Tiap kali lepas sekolah, dia akan ajak aku dan beberapa kawan lepak rumah bujangnya dibelakang sekolah. Sambil dengar cerita, sambil tolong dia buat kerja. Rupanya aku bukan sekadar main kat rumah dia, dalam diam-diam dia mengajar aku mengira. Subjek paling aku fail masa tu. Makin lama aku makin minat matematik hinggalah exam darjah 4 tu membuatkan aku berjaya naik ke kelas paling depan, Darjah 5 Merah..





   

 Bermula dari masa tu, aku makin laju belajar, walaupun tak tau lagi untuk apa aku belajar. Exam darjah 5 dah jadikan aku antara top student kat skolah. Sebenarnya no 2. Ada sorang lagi yang terer sikit dari aku. Yang paling aku suka, tiap kali exam math, aku confirm dapat 100%. Paling teruk pun salah 1 soalan. Aku bernasib baik bila keputusan UPSR tahun 1992 berjaya menempatkan aku ke AYTB, dengan penempatan sekolah di Sekolah Nasiruddin Shah. Aku berada di AYTB (Kini MRYT-Besut) selama 3 tahun sebelum mendapat tawaran ke MRSM Terengganu dan SMT Besut. Kerana cita-cita nak jadi engineer, aku sambung belajar ke Sekolah Teknik Besut hingga SPM tahun 1997.

Sepanjang aku belajar disekolah rendah dan menengah, bermacam-macam ragam pelajar dan guru yang aku temui. Ada rakan-rakan yang nakal sampaikan cikgu-cikgu menangis. Ada yang lebih teruk menyakat cikgu hingga terpekik-pekik cikgu marahkan kitaorg. Cikgu pun ada bermacam-macam ragam, ada yang serius semacam, ada yang lawak memanjang sampaikan kalau x jumpa sehari rasa x senang duduk, ada yang cun melecun sampai termimpi-mimpi, ada yang moody tiap masa, ada yang garang dan bermacam-macam lagi. Apapun, semua cikgu-cikgu ni la yang banyak memberi tunjuk ajar dan ilmu pada aku. Tanpa cikgu-cikgu, aku tak akan kemana. Terima kasih Cikgu..... Selamat Hari Guru
Labels: 0 comments | |
IRON MAN 2

 Ni antara hero yang aku minat. Ada logik la sikit dari batman yang terlebih aksi, spiderman yang kuasa x berapa nak lojik atau superhero yang tak berapa nak betul macam superman yang pakai spender kat luar tu. Iron Man nampak macho sket. Kuasa dari teknologi yang mungkin 10 ke 20 tahun lagi jadi kenyataan. Kalau kat jepun, dgn kos kurang 250k, dah bleh beli beli sut fungsi macam iron man, cuma x dapat terbang dgn menembak je lagi. Tak lama lagi Iron Man jadi hero real la.

Menarik, Iron Man 2

FuTSaL (GILA BOLA)
Hari ni dapat sms dari team mate, ada 1 team ajak frendly.  X sabo nak kalah la tu. Minggu ni saja ada 3 team ajak kitaorg frendly. Full la jadual sampai minggu depan. Apsal la ramai yang berminat ni. Last week kitaorg kalahkan team Desa Cemerlang 21-18, hehe, macam badminton pulak. Agaknya team futsal kitaorg ni dah makin mantap, tu yg ramai yg berkenan. X pun diorg nak cari team belasahan kot.
SEAL CiTy FC - Team kuat yang aku tgh cerita ni......


 Bos dah on, lawan je sape yang ajak katanya. Bila2 pun boleh asalkan jangan malam jumaat. Apa pulak la pantang orang tua ni malam jumaat???  Ye tak ye jugak, mlm jumaat banyak hantu.....

Aku mula kenal futsal 6 tahun lepas bila mula bertugas kat Johor ni. Dulu kerja kat hutan, jgn kata futsal, bola pun haram x jumpa. Mula2 jumpa court, punya la best dapat main atas turf. X pernah2 lagi main atas rumput tiruan sebelum tu. Dah la main malam, ada sport light lagi tu, macam rusa masuk kampung. Bila time nak bayar, mak aiiii, terkejut beruk. Main sejam kena bayar seratus. Kat kampung main bola free jek. Gila betul org bandar bersukan.
 Frenly dengan Desa Cemerlang, alaaa, yg kena 21 tuuu laa

 Ni game dgn Kota Puteri, kalah bermaruah kata bosssssssss

Dah makin lama main, makin ramai geng yang aku dapat kenal. Mula la bleh buat team, masuk 2-3 tournament, tapi tak pernah menang pun. Macam2 jenis kawan dapat jumpa time main. Polis, tentera, cikgu, mat kilang, geng2 tom yam, macam2 lagi la. Cuma x pernah lagi jumpa geng2 peguam dgn doktor main futsal. Kemain lagi nak sihatkan org, tp x pulak diorg bersukan. Bola x standard kot......

Sebut pasal bola, World Cup dah makin dekat. Meriah lagi la kedai mamak. Ramai lagi la geng yang menguap time keje. Ada lagi la member yang tido bawah meja ni....   Aku pun tak paham, kenapa la bola sepak ni boleh jadi kegilaan sampai gitu skali. Walaupun aku ni fanatik dengan bola, x pernah pulak aku berjaga semata-mata nak tgk org lain terkejar2 bola kat tgh padang. Elok aku sendiri yg main, dapat jugak keluar peluh.

Pernah jugak aku ikut kaki2 bola ni lepak kat mamak tgk world cup time ngaji dulu. Dari mula game sampai balik umah, x abis2 dengan ulasan. Sampai nak gaduh-gaduh. Yang lawaknya, yang paling banyak ulas tu, haram x pernah main bola. Bukan takat kaki bangku, sepak bola pun sipi-sipi je kena. Tapi ulasan ngalahkan shebby singh. Siap bagitau lagi strategi apa yang patut manager buat. Kadang-kadang, dia punya bodohkan player macam dia lagi terer. Hahaha, bola punya cerita.

Tapi yang paling aku sedih, team Malaysia x pernah dapat pi World Cup. Cium bau pun jauh lagi. Nak dapat ranking cantik dalam FIFA pun termengah-mengah. Dengan team ghana yang x cukup makan pun bleh kalah. Heran dgn pemain kita yang semuanya dah taraf profesional. Cukup makan, cukup latihan, cukup segalanya. Nak kata stadium x elok, dah lebih dari mewah. Nak kata kerajaan x bantu, dari zaman sekolah sampai besar dah ada yang tolong. Kalau nak kata xde bakat, ramai jugak yang main kat luar negara. EPL je x dapat masuk lagi. Player kita lebih makan kot.... Xpe la, janji aku dapat buat peluh.

Ni kalo ada team mana2 yang rasa nak kena bantai dengan kitaorg, jgn la malu-malu nak ajak frenly.
Utk team belasahan area Pasir Gudang ke Tebrau saja. Kalo ada team dari kelantan nak ajak frenly, elok kita lawan online kat PS je. Kitaorg selalu main kat court ID Sport(Masai) atau Sport Prima(Tebrau). Lupa nak bagitau nama team terer ni, SEAL CITY FC, huhu.....

 Berminat, Hubungi : En Mat Beckham (o127594049) atau emel je eragon_jjd@yahoo.com.my

Ni Team aku tgh bentuk untuk WorlD Cup 2018....
Stop being late to work

Stop being late to work

Tom had this problem of getting up late in the morning and was always late for work. His boss was mad at him and threatened to fire him if he didn't do something about it. So Tom went to his doctor who gave him a pill and told him to take it before he went to bed. Tom slept well and in fact beat the alarm in the morning by almost two hours. He had a leisurely breakfast and drove cheerfully to work.

"Boss", he said, " The pill actually worked!"

"That's all fine" said the boss, " But where were you yesterday?"






    
Waja Modification - Max Mod



   










  
TEGURAN AL-QURAN DAN SUNNAH KEPADA UMNO DAN PAS
Aku bukanlah penyokong fanatik mana-mana parti. Parti politik sebenarnya medium utama untuk kita perjuangkan hak dan menjadi tempat utk kita bergantung harap. Tapi sejak akhir-akhir ini, kebanyakan parti mula mendedahkan kelemahan dan kebodohan mereka sendiri. Mungkin parti yg ditubuhkan ini menjadi sarang utk pemimpin membuncitkan diri sendiri. Hak dan suara rakyat mula dipinggirkan. Penyokong fanatik digunakan utk kepentingan pemimpin tertentu sahaja. Sememangnya semua parti mempunyai kelemahan, tp kelemahan itu semua boleh dijadikan kelebihan kepada rakyat jika semua parti berubah dan bermuafakat. Jika ditanya mana-mana rakyat Malaysia, Kami semua inginkan keamanan di Malaysia. Kami sudah muak dengan mainan politik yg tak kesudahan. Aku tetap akan menyokong parti yang mendahulukan agama, bangsa dan negara...

Alamak, berpolitik pulak. Sebenarnya aku nak berkongsi info yang aku dapat dari fesbuk HKSH. Semoga teguran dari HKSH boleh diambil oleh penyokong parti dengan hati terbuka..

SETERUSNYA...... Teguran Kepada UMNO & PAS

Skim Cepat Kaya
Kayap Lagiii...

Ada lagi yang terkena. Dah 3 hari BH cerita pasal skim cepat kaya ni. Bukan sorang dua yang kena, tapi dekat 120,000 orang yang kena. Tu yang dah report, confirm ada lagi yang tengah syok kena tipu sekarang ni. RM33 juta lebur, kerana pulangan 10k dalam masa setahun.

Kalau dikira logik, melabur RM 200 takkan dapat RM 10k dalam masa setahun. Tu dah kira pulangan 4900% setahun (400% sebulan). Gila. Mana ada syarikat kat dunia ni bleh bagi pulangan gitu. Melabur kat kedai judi pun tak boleh kaya cenggitu. ASB pun kena tunggu 30 tahun nak dapat 10k kalau setakat melabur RM 200 dengan interest 14 % selama menyimpan. Tu pun kalo 14%, kalau dibuatnya turun macam tahun ni, dapat 6.3% jer, tak ke sampai mati baru dapat 10 k. (Lihat jadual pelaburan)

Dah jadi lumrah manusia nak cepat kaya, nak cepat senang, cepat gelap mata kalau pulangan berganda-ganda. Kalau dicanangnya pulangan sejuta dengan simpan RM100 pun ramai yang percaya. Kerja kaki temberang memang tak abis sampai bila-bila. Dari zaman 80-an lagi Pak Man Telo buat keje, ramai yang dapat Telor jer. Sampai sekarang, dah beratus-ratus jenis Skim Cepat Kaya keluar kat Malaysia ni. Moralnya, tak der jalan senang untuk cepat senang. Kedekut dengan wang sendiri, hati-hati dengan orang lain. Ingat, penipu ada dimana-mana sekeliling kita. Lebih baik melabur untuk ilmu.

Bagi yang belum betul-betul kenal dengan Skim Cepat Kaya ni, aku kongsi beberapa jenis skim yang ada kat Malaysia ni. Tengah tunggu peluang je nak bolot harta kita yang memang dah sikit ni. (Pautan wikipedia Skim Cepat Kaya)

Klik untuk mengenali SKIM CEPAT KAYA 


SKIM CEPAT KAYA &  KRONInya


Labels: 8 comments | |

NuffNang

XchaNge

AMARAN :

BLOG INI MUNGKIN MENYEBABKAN KETAGIHAN. BAHAN YANG DIPAPARKAN MUNGKIN MENGGANGGU JIWA DAN RAGA ANDA. SEBARANG KECEDERAAN MINDA ATAU KOMPLIKASI PADA OTAK ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI. DISARANKAN ANDA MELAYARI DENGAN DITEMANI ORANG YANG LEBIH DEWASA.

Kandungan Blog Ini Merupakan Hak Milik Semua, Anda Boleh Memuat Turun Bahan Untuk Rujukan Atau Sebagai Paparan Umum Atas Tanggungjawab Sendiri.
  • "QUOTE"

    It is not how much u earn,
    It is how u spend what u earn...

    MaLaYN3um

    MaLaYN3um
    Gabenor Bank Negara in The MakinG

    NuffNang

    Churp Churp

    ALpha ProJecT


    ShoutMix chat widget

    Followers

    My SupeCar

    My SupeCar
    Catch Me If u CaN

    Loan Calculator

    Site Meter

    Google Analytics

    Pageviews last month