Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Akhirnya Aku Jutawan
Terkejut beruk aku bila tengok akaun bank ada balance RM 1 Juta. Nak melompat depan ATM, takut dikatakan gila pulak. Kerana x percaya dengan mata sendiri, aku beratur kat lane pertanyaan, check dengan  pegawai bank, macam mana tiba-tiba akaun Maybank aku bleh cecah 1 juta tak sampai seminggu. Biasanya, kalau dah ujung bulan, tinggal kerak je la. Pegawai bank yang cun melecun tu cakap ........... (Nak Tau??).



    
Dengan muka selamba, pegawai bank tu cakap, "Dalam mimpi semua boleh jadi, bukan setakat 1 Juta, 100 Juta pun boleh bang". Ceshhhhhhhh.... Dia tambah lagi, "Tiap hari, beratus orang beratur semata-mata tak percaya diorang bermimpi jadi jutawan. Dah la bang, bangun... Kalau tiap hari membuta, bukan sejuta, 2 ringgit pun sipi-sipi boleh dapat". Alamak, mimpi lagi.......
Korang pun mesti sama jugak. Mesti pernah termimpi-mimpi jadi jutawan. Alangkah indahnya dunia kalau lepas ambik duit, tengok baki yang tinggal RM 1 juta lagi... Hahaha, tak lama dah tu...  Kalau bukan tiap masa pun, mesti pernah bermimpi ada wang banyak cenggitu. At least pernah berangan sebelum tido.

Apa Aku Nak Buat Kalau Ada Sejuta Dalam Poket.......

Sejuta tak banyak, kalau belanja 10 sen pun dah hilang title jutawan aku. Jadi plan pertama mestilah gandakan dulu sebelum berbelanja.

Langkah 1 : Terus bekerja macam biasa. Laburkan stengah juta dalam ASB. Setiap tahun dah confirm sejuk-sejuk masuk 50k kalau interest 10%. 50k setahun, dah dapat 4k tiap bulan. Dapat dah bayar semua hutang piutang dan tambah hartanah baru. (Hutang kereta 1400 + Hutang belajar 400 + Hutang Pinjaman 1000 + Aset Baru/Hartanah 1200).

Langkah 2 : Laburkan dalam Unit Trust 400k dengan portion 2:1:1. 2 bahagian labur dalam Bond, 1 bahagian dalam Balance, 1 bahagian dalam Ekuiti. Sebabnya Bond selamat dan tentunya terjamin walaupun pulangan sikit. Balance risikonya tak tinggi sangat, sesuai kalau nak melabur untuk 5-6 tahun jer. Dan ekuiti untuk dapat pulangan yang betul-betul masyuk.

Kiraan aku berdasarkan kedudukan syarikat pelaburan terbaik Malaysia dan keadaan semasa :

BOND          : 10 % dari 200k =  20k setahun
BALANCE   : 20 % dari 100k = 20k setahun
EKUITI        : 40 % dari 100k = 40k setahun

JUMLAH PULANGAN SETAHUN = 80k @ lebih RM 6500 sebulan

Langkah 3 : Belen 100k tu buleh bukak bisnes yang dah lama aku idamkan. Bisnes dobi dan cucian kering. Berdasarkan survey dan info geng-geng, dengan modal permulaan 80k dan pusingan 20k untuk 3 bulan. Aku dah boleh pusing bisnes berjalan tanpa masalah untuk setahun. Lepas setahun dah boleh makan untung busuk-busuk pun 5k sebulan.

Langkah 4 : Selepas setahun, income pelaburan dan bisnes dah boleh kurang-kurang 11k + Combine Gaji kerja full time, dah nak cecah 20k. Rumah, kereta, harta dah ada. Dengan belanja macam biasa. Dah boleh menyimpan untuk masa depan. Simpan 10k sbulan atau suntik modal dalam bisnes, tak sampai umur 40 dah boleh bersara...

Abes tu bila nak joli?

Langkah 5 : Joli katak pun tak guna. Kalau setakat sejuta, 1 bulan dah confirm abes kalau nak berjoli. Joli sket-sket dah lebih dari cukup. Pi umrah, melancong tiap tahun, tambah perabot, beli gajet, hmmmmm. Ape lagi agaknya...

Korang amacam, kalau dapat SEJUTA. Apa yang nak dibuatnya?????
Labels: , |
3 Responses
  1. Unknown Says:

    Bagus idea ko bang 😅



  2. Unknown Says:

    Pintar.tp cuma angan2.huhu


Post a Comment

NuffNang

XchaNge

AMARAN :

BLOG INI MUNGKIN MENYEBABKAN KETAGIHAN. BAHAN YANG DIPAPARKAN MUNGKIN MENGGANGGU JIWA DAN RAGA ANDA. SEBARANG KECEDERAAN MINDA ATAU KOMPLIKASI PADA OTAK ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI. DISARANKAN ANDA MELAYARI DENGAN DITEMANI ORANG YANG LEBIH DEWASA.

Kandungan Blog Ini Merupakan Hak Milik Semua, Anda Boleh Memuat Turun Bahan Untuk Rujukan Atau Sebagai Paparan Umum Atas Tanggungjawab Sendiri.
  • "QUOTE"

    It is not how much u earn,
    It is how u spend what u earn...

    MaLaYN3um

    MaLaYN3um
    Gabenor Bank Negara in The MakinG

    NuffNang

    Churp Churp

    ALpha ProJecT


    ShoutMix chat widget

    Followers

    My SupeCar

    My SupeCar
    Catch Me If u CaN

    Loan Calculator

    Site Meter

    Google Analytics

    Pageviews last month