Aku kenal Fesbuk dekat 5 bulan. Macam-macam ada. Sebelum fesbuk, aku gila dgn frendster & my space. Tiap-tiap ari update, x bukak sehari, serba x kena rasanya. Tapi bila dah kenal fesbuk, lagi teruk gilanya. Kalau boleh, tiap minit nak tengok fesbuk. Bangun pagi fesbuk, makan fesbuk, tidurkan anak fesbuk, tido pun lewat kerana fesbuk. Tu dulu la. Masa mula-mula kenal fesbuk.
Masa awal-awal dulu, aku memang x miss game dalam fesbuk ni. Dari poker, farmville sampai la ke game mafia wars. Patut pun budak2 x dapat fokus belajar kerana FB ni. Mana taknya, kalo main farmville tu, tiap masa kena tengok kebun. Ada time2 kena pungut hasil, kalo tak, rugi pulak. Kul 3 pagi pun bedal online, asalkan dapat jual sayur kat farmville tu. Yang siotnya, aku abis dekat RM 50 semata-mata nak beli chips main poker. X sampai seminggu abis semua duit gara2 kalah bertaruh dalam poker game. Bodoh betul. Isteri aku dah tak kuasa nak membebel. Pelik tengok suami dia asyik mengadap lap top. Tup-tup, dia pun tumpang sekaki.
Anak aku pun layan FB
Yang bagusnya FB ni, x sampai sebulan aku bukak akaun, lebih 60% kawan-kawan lama dapat contact semula. Rupa-rupanya aku sorang yang ketinggalan. Memang excited bila dapat dgr berita kawan2 lama, dapat tengok gambar2 depa, dapat tau apa diorg buat. Ada yang x pernah jumpa sejak 20 tahun dulu, muka ada iras tapi ramai yang dah boroi. Huhu. Aku jugak yang cengkeding gini. Ramai yang dah berjaya, tapi yang peliknya, ramai pulak geng2 yang jadi cikgu. Dulu punya la nakal menyakat cikgu2 kat sekolah, tup-tup sekarang jadi cikgu. Mula la menyesal dulu dajalkan cikgu kat sekolah. Sekarang baru tau macam mana anak murid dajalkan diorang pulak.
(Geng2 Lama yang berFesBuk - Foto SKBP 1991)
Bukan kawan2 lama jer aku jumpa kat FB, rupanya makcik2, pakcik2 pun ramai yang berFB. X kira tua muda, semuanya ada. Memang patut la fesbuk ni jadi trend baru. Aku pernah terbukak satu laman FB sorang makcik ni, punya la ramai pengikut sebab dia cerita pengalaman dengan bekas-bekas laki dia (kawin 6). Siap bagi tip lagi tu. Ntah betul ke tak. Aku layan jer. Bab layan ni, bulan lepas aku masuk 2-3 grup yang lebih kepada politik sket. Kononnya nak tinggalkan komen. Yer lah, aku ni ada sket2 ciri2 ahli politik.Haha. Baru bagi 2-3 komen, macam2 ayat keluar kat wall. Bila dah banyak grup aku ikut, macam2 jenis bahasa pulak aku jumpa. Rupanya kat malaysia ni ramai ahli politik siber. Berdegar2 bila cakap. Bila mintak fakta, banyak pulak kelentongnya. Semua nak tegakkan pendapat sendiri sampaikan kadang2 ayat Quran ngan hadis pun diorang gunakan untuk kuatkan hujah. Ramai yang aku jumpa, bila bagi komen jer, keluar ayat Quran, macam dialah seorang pembela agama kat malaysia ni. Macam dia la yang paling bagus bila berdebat. Macam ulamak. Huhu, tapi bila tengok info kat fesbuk, main farmville jugak, layan mafia wars jugak, yang bestnya, gambar foto kat profile pakai seluar pendek. Layan je...
Bila dah ramai yang jadi friend, macam2 pulak perangai aku jumpa. Paling tak tahan bila masuk jer grup, iklan bisnes berterabur sana sini. Sket2 bisnes internet. Sket2 peluang buat duit. Sampaikan tempat org bincang masalah agama pun sempat lagi taruk link. Nak bisnes pun agak2 la tempatnya. Aku pun suka jugak bisnes2 ni, tapi x la sampai kemaruk nak taja semua satu malaysia. Mcm MLM la pulak... Cari 3 kepala lepas tu kaya. Haha, kaya ke kayap. X ke cari penyakit namanya.
Paling best kat FB ni, bleh jumpa yang satu kepala. Macam-macam grup bleh jumpa. Bila dah geng sama dalam grup, macam2 la cerita boleh dapat. 2-3 minggu ni geng2 satu ofis pulak mula main fesbuk. Dah lebih separuh ada FB. Bos2 pun dah berFB sekali. Rupanya kat luar lain, tapi bila kat dalam FB meriah betul. Mula la senyum2 bila jumpa time keje. Ada yang kene kutuk, ada yang kena puji, ada yang jadi mangsa lepaskan tension. Apapun, aku FB dulu.......
Haa, jgn lupa jenguk2 la FB ambe.. http://www.facebook.com/MalaYNeum74
Selamat Ulangtahun Kelahiran untuk aku sendiri n semua kerabat yang lahir 24 April. X lupa untuk anak sedara (Umar Adruce) yang berkongsi tarikh lahir yang sama dgn Pak Long dia ni. Hehe. Tup-tup dah 30 tahun hidup dibumi Allah ni. Syukur dengan nikmat yang dipinjamkanNya. Aku antara manusia bertuah, dipinjamkan banyak kesenangan walaupun ada sikit cubaan sepanjang hidup. Rasa macam sekejap. Tapi kalau dikira ikut teknikal, ni dah dikira separuh usia. Ada belen separuh lagi ni. Banyak lagi benda x buat, banyak plan belum tercapai, yg plan pun banyak lagi belum mula.
Teringat masa kecik2, bila bday je bapak beli buku. Adik2 yang lain pun kalo bday mesti dapat buku. Kitaorg bukan orang senang. Bapak kais pagi makan la tu jugak. Tp x la pernah miss makan. Walaupun umah x banyak perabot, x dapat main mainan yang mahal2, kat umah penuh dengan buku. Patut la kami adik beradik otak geliga. Bday yang ke 30 ni aku hadiahkan diri aku sebuah buku. Dah abis baca nanti aku kongsi sama. Isteri aku nak hadiahkan jam, kesian tengok suami dia pakai jam dengan tali yang disalotape. Jam ni pun dia yang hadiahkan masa bday 4 tahun lepas. Hehe. Xpela, aku baru je nak tukar tali jam.
Bday kali ni aku ada satu janji dengan diri sendiri. Kira macam azam la ni. Nak mantapkan kewangan. Nak menyimpan sebanyak yang mungkin. Tp sebelum tu aku nak ikut 2-3 bengkel dan kursus kewangan yang kawan2 suggest. Walaupun dah umur 30, tak terlambat lagi nak mula dengan perancangan baru. Agak-agak, bila umur 65 dah boleh jadi jutawan. (Simpan 300 sebulan kat unit trust dgn interest at least 10% confirm boleh dapat). Tp tak nak lah tunggu sampai umur 65. Kalo umur 45 dah dapat title tu lagi bagus. Ni nak kena study dan rancang betul2 ni. Atas kertas semua boleh dapat. Tengah semangat ni, huhu.
Aku mula dengan baca buku yang baru beli ni dulu...

PELABURAN INTERNET
1. Cuci kereta boleh dilakukan depan kawan-kawan tanpa merasa malu dan bersalah.
2. Masa sedang asyik menggosok badan kereta tak perlu tengok-tengok kiri kanan.
3. Kereta tak merengek-rengek masa ia mula basah dan licin oleh sabun. Lagi...
Memang panas... Ni pesta basah-basah ke mende ni? Kot ye pun panas, jangan sampai brader-brader kat sebelah tu "basah" sama...
Kat Malaysia pun ada buat cuci-cuci amal cenggini. Awek pulak tu yang cuci. Untungnya motor tu......
Ni baru panas betul. Fesyen ni memang nyaman sampai ke tulang... (Lagi Foto Kenderaan Panas)
Kat Malaysia pun ada buat cuci-cuci amal cenggini. Awek pulak tu yang cuci. Untungnya motor tu......
Ni baru panas betul. Fesyen ni memang nyaman sampai ke tulang... (Lagi Foto Kenderaan Panas)
When George found out he was going to inherit a fortune when his ill father died, he decided he needed a woman to enjoy it with. So one evening he went to a singles club where he checked out the most beautiful woman he had ever seen..
Her natural beauty was astounding it took his breath away. "I may look like just an ordinary man," he said as he walked up to her, "but in just a week or two my father will die, and I'll inherit 15 million dollars."
Impressed, the woman went home with him that evening.
Three days later, she became his stepmother.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90) [1]
Hadis Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat meminumnya di Akhirat kelak (di Syurga)." (Nombor Hadis Dalam Kitab Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3733)
Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walau dalam jumlah yang sedikit." (Kitab Sunan Ibnu Majah Jilid 3, Kitab memabukkan , Bab 30, hadis No. 3392)
Arak yang juga disebut “khamar” dalam bahasa Arab bermaksud minuman yang memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang-orang fasik, kafir dan munafik. Di dalam Islam hukum meminumnya adalah haram. Oleh itu tidak ada alasan untuk meminum arak walaupun seteguk ataupun setitik. Haram tetap Haram.
Tapi mengapakah masih ramai lagi umat islam khususnya melayu islam di Malaysia masih lagi menjadikan arak hidangan utama mereka. Kononnya untuk hanya sekadar alat bersosial ataupun menghormati majlis yang disertai. Hal ini diberatkan lagi dengan perilaku segelintir pemimpin yang masih tetap menyebelahi Arak dengan alasan tertentu wal hal ianya jelas haram disisi Allah...
Dalil kutukan Allah ini dengan jelas mengharamkan dang mengutuk sekeji-kejinya semua individu yang terlibat dengan arak walau secalit sahaja. Bukan setakat peminum yang jelas haram, tetapi mereka yang terlibat secara tak langsung dengan arak tetap terkena tempias haramnya.
“ Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak :-
|
Cerita ni berlaku di sebuah reban ayam yang terletak di Gunung Datuk. Reban yang sederhana besar tu ada 15 ekor ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah agak lanjut.
Kerana merasakan ayam jalak yang sudah tua tadi tu dah melewati masa suburnya, si pemilik reban tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lain yang lebih muda. Ayam jalak tua sememangnya sudah dapat mengagak plan tuannya dari awal lagi. Bila tiba masanya, sampailah ayam jalak muda tu ke reban mereka. Dengan bangga dan machonya, ayam jalak muda tersebut berjalan-jalan disekitar reban barunya sambil mengibas-ngibaskan ekor untuk menawan ayam-ayam betina kat sana. Bila sampai je kat depan ayam jalak tua, dgn bangganya beliau berkokok... (Ikuti babak seterusnya......)
(Gambar Fesbuk ayam jalak tua tu. Beliau sedang berposing dengan tuannya)

NuffNang
XchaNge
AMARAN :
BLOG INI MUNGKIN MENYEBABKAN KETAGIHAN. BAHAN YANG DIPAPARKAN MUNGKIN MENGGANGGU JIWA DAN RAGA ANDA. SEBARANG KECEDERAAN MINDA ATAU KOMPLIKASI PADA OTAK ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI. DISARANKAN ANDA MELAYARI DENGAN DITEMANI ORANG YANG LEBIH DEWASA.
Kandungan Blog Ini Merupakan Hak Milik Semua, Anda Boleh Memuat Turun Bahan Untuk Rujukan Atau Sebagai Paparan Umum Atas Tanggungjawab Sendiri.
Kandungan Blog Ini Merupakan Hak Milik Semua, Anda Boleh Memuat Turun Bahan Untuk Rujukan Atau Sebagai Paparan Umum Atas Tanggungjawab Sendiri.