Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90) [1]
Hadis Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat meminumnya di Akhirat kelak (di Syurga)." (Nombor Hadis Dalam Kitab Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3733)
Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walau dalam jumlah yang sedikit." (Kitab Sunan Ibnu Majah Jilid 3, Kitab memabukkan , Bab 30, hadis No. 3392)
Arak yang juga disebut “khamar” dalam bahasa Arab bermaksud minuman yang memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang-orang fasik, kafir dan munafik. Di dalam Islam hukum meminumnya adalah haram. Oleh itu tidak ada alasan untuk meminum arak walaupun seteguk ataupun setitik. Haram tetap Haram.
Tapi mengapakah masih ramai lagi umat islam khususnya melayu islam di Malaysia masih lagi menjadikan arak hidangan utama mereka. Kononnya untuk hanya sekadar alat bersosial ataupun menghormati majlis yang disertai. Hal ini diberatkan lagi dengan perilaku segelintir pemimpin yang masih tetap menyebelahi Arak dengan alasan tertentu wal hal ianya jelas haram disisi Allah...
Dalil kutukan Allah ini dengan jelas mengharamkan dang mengutuk sekeji-kejinya semua individu yang terlibat dengan arak walau secalit sahaja. Bukan setakat peminum yang jelas haram, tetapi mereka yang terlibat secara tak langsung dengan arak tetap terkena tempias haramnya.
“ Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak :-
|
Bila pelopornya melayu islam, apa lagi nak di hairankan...
Kesannya kepada anak-anak moden yang kurang terdidik
Terdidik, tetapi dengan acuan barat....
Budaya yang menjadi ikutan dari dulu hingga sekarang..
Tanpa segan silu. Pimpinlah kami ke jalan kebenaran
Nikmat Allah melimpah ruah, inilah gayanya...
Apa jua alasan, arak tetap haram..
Gambar-gambar ini telah lama berputar diinternet, penulis meletakkannya hanya sekadar hiasan. Besar atau kecil, rakyat atau pemimpin, dosa tetap dosa, haram tetap haram, musibah dan bala menimpa semuanya.. Jauhkan Kami dari balamu ya Allah.....

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
NuffNang
XchaNge
AMARAN :
BLOG INI MUNGKIN MENYEBABKAN KETAGIHAN. BAHAN YANG DIPAPARKAN MUNGKIN MENGGANGGU JIWA DAN RAGA ANDA. SEBARANG KECEDERAAN MINDA ATAU KOMPLIKASI PADA OTAK ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI. DISARANKAN ANDA MELAYARI DENGAN DITEMANI ORANG YANG LEBIH DEWASA.
Kandungan Blog Ini Merupakan Hak Milik Semua, Anda Boleh Memuat Turun Bahan Untuk Rujukan Atau Sebagai Paparan Umum Atas Tanggungjawab Sendiri.
Kandungan Blog Ini Merupakan Hak Milik Semua, Anda Boleh Memuat Turun Bahan Untuk Rujukan Atau Sebagai Paparan Umum Atas Tanggungjawab Sendiri.
Post a Comment