Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FesBuk

Aku kenal Fesbuk dekat 5 bulan. Macam-macam ada. Sebelum fesbuk, aku gila dgn frendster & my space. Tiap-tiap ari update, x bukak sehari, serba x kena rasanya. Tapi bila dah kenal fesbuk, lagi teruk gilanya. Kalau boleh, tiap minit nak tengok fesbuk. Bangun pagi fesbuk, makan fesbuk, tidurkan anak fesbuk, tido pun lewat kerana fesbuk. Tu dulu la. Masa mula-mula kenal fesbuk.

Masa awal-awal dulu, aku memang x miss game dalam fesbuk ni. Dari poker, farmville sampai la ke game mafia wars. Patut pun budak2 x dapat fokus belajar kerana FB ni. Mana taknya, kalo main farmville tu, tiap masa kena tengok kebun. Ada time2 kena pungut hasil, kalo tak, rugi pulak. Kul 3 pagi pun bedal online, asalkan dapat jual sayur kat farmville tu. Yang siotnya, aku abis dekat RM 50 semata-mata nak beli chips main poker. X sampai seminggu abis semua duit gara2 kalah bertaruh dalam poker game. Bodoh betul. Isteri aku dah tak kuasa nak membebel. Pelik tengok suami dia asyik mengadap lap top. Tup-tup, dia pun tumpang sekaki.
                                          Anak aku pun layan FB

Yang bagusnya FB ni, x sampai sebulan aku bukak akaun, lebih 60% kawan-kawan lama dapat contact semula. Rupa-rupanya aku sorang yang ketinggalan. Memang excited bila dapat dgr berita kawan2 lama, dapat tengok gambar2 depa, dapat tau apa diorg buat. Ada yang x pernah jumpa sejak 20 tahun dulu, muka ada iras tapi ramai yang dah boroi. Huhu. Aku jugak yang cengkeding gini. Ramai yang dah berjaya, tapi yang peliknya, ramai pulak geng2 yang jadi cikgu. Dulu punya la nakal menyakat cikgu2 kat sekolah, tup-tup sekarang jadi cikgu. Mula la menyesal dulu dajalkan cikgu kat sekolah. Sekarang baru tau macam mana anak murid dajalkan diorang pulak.
(Geng2 Lama yang berFesBuk - Foto SKBP 1991)

Bukan kawan2 lama jer aku jumpa kat FB, rupanya makcik2, pakcik2 pun ramai yang berFB. X kira tua muda, semuanya ada. Memang patut la fesbuk ni jadi trend baru. Aku pernah terbukak satu laman FB sorang makcik ni, punya la ramai pengikut sebab dia cerita pengalaman dengan bekas-bekas laki dia (kawin 6). Siap bagi tip lagi tu. Ntah betul ke tak. Aku layan jer. Bab layan ni, bulan lepas aku masuk 2-3 grup yang lebih kepada politik sket. Kononnya nak tinggalkan komen. Yer lah, aku ni ada sket2 ciri2 ahli politik.Haha. Baru bagi 2-3 komen, macam2 ayat keluar kat wall. Bila dah banyak grup aku ikut, macam2 jenis bahasa pulak aku jumpa. Rupanya kat malaysia ni ramai ahli politik siber. Berdegar2 bila cakap. Bila mintak fakta, banyak pulak kelentongnya. Semua nak tegakkan pendapat sendiri sampaikan kadang2 ayat Quran ngan hadis pun diorang gunakan untuk kuatkan hujah. Ramai yang aku jumpa, bila bagi komen jer, keluar ayat Quran, macam dialah seorang pembela agama kat malaysia ni. Macam dia la yang paling bagus bila berdebat. Macam ulamak. Huhu, tapi bila tengok info kat fesbuk, main farmville jugak, layan mafia wars jugak, yang bestnya, gambar foto kat profile pakai seluar pendek. Layan je...

Bila dah ramai yang jadi friend, macam2 pulak perangai aku jumpa. Paling tak tahan bila masuk jer grup, iklan bisnes berterabur sana sini. Sket2 bisnes internet. Sket2 peluang buat duit. Sampaikan tempat org bincang masalah agama pun sempat lagi taruk link. Nak bisnes pun agak2 la tempatnya. Aku pun suka jugak bisnes2 ni, tapi x la sampai kemaruk nak taja semua satu malaysia. Mcm MLM la pulak... Cari 3 kepala lepas tu kaya. Haha, kaya ke kayap. X ke cari penyakit namanya.

Paling best kat FB ni, bleh jumpa yang satu kepala. Macam-macam grup bleh jumpa. Bila dah geng sama dalam grup, macam2 la cerita boleh dapat. 2-3 minggu ni geng2 satu ofis pulak mula main fesbuk. Dah lebih separuh ada FB. Bos2 pun dah berFB sekali. Rupanya kat luar lain, tapi bila kat dalam FB meriah betul. Mula la senyum2 bila jumpa time keje. Ada yang kene kutuk, ada yang kena puji, ada yang jadi mangsa lepaskan tension. Apapun, aku FB dulu.......

Haa, jgn lupa jenguk2 la FB ambe.. http://www.facebook.com/MalaYNeum74
Labels: |
0 Responses

Post a Comment

NuffNang

XchaNge

AMARAN :

BLOG INI MUNGKIN MENYEBABKAN KETAGIHAN. BAHAN YANG DIPAPARKAN MUNGKIN MENGGANGGU JIWA DAN RAGA ANDA. SEBARANG KECEDERAAN MINDA ATAU KOMPLIKASI PADA OTAK ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI. DISARANKAN ANDA MELAYARI DENGAN DITEMANI ORANG YANG LEBIH DEWASA.

Kandungan Blog Ini Merupakan Hak Milik Semua, Anda Boleh Memuat Turun Bahan Untuk Rujukan Atau Sebagai Paparan Umum Atas Tanggungjawab Sendiri.
  • "QUOTE"

    It is not how much u earn,
    It is how u spend what u earn...

    MaLaYN3um

    MaLaYN3um
    Gabenor Bank Negara in The MakinG

    NuffNang

    Churp Churp

    ALpha ProJecT


    ShoutMix chat widget

    Followers

    My SupeCar

    My SupeCar
    Catch Me If u CaN

    Loan Calculator

    Site Meter

    Google Analytics

    Pageviews last month