Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PELABURAN INTERNET
PELABURAN INTERNET

Ada lagi yang terkena. Semalam seorang eksekutif wanita kehilangan RM228,000.00 angkara skim pelaburan internet. Skim cepat kaya la tu. Aku pun pernah terkena, nak cepat kaya punya pasal. Kerana Winlifund dan Swisscash, dekat USD 2k aku hangus...
Mesti ramai yang pernah terkena, kurang2 pun pernah terdengar pasal pelaburan internet. Walaupun namanya berbeza, skimnya tetap sama. Kalau dulu modus operandinya kat luar (offline) sekarang ianya dah merebak kedalam internet. Dari modal pelaburan RM 10 hinggalah ke berjuta ringgit. Dari nama kampung macam Pak Man Telo hinggalah nama pro macam Ponzi, AB Fund, WinliFund dan macam-macam Fund lagi.

Bukan budak2 je yang terkena, dari pakcik makcik kat kampung, cikgu2 kat sekolah, pegawai-pegawai kat bank, pekerja swasta, profesional dan pemimpin, semua golongan dah terkena. Kenapa agaknya..

Adakah orang malaysia banyak duit, mudah percaya, pemalas, inginkan wang mudah tanpa perlu usaha…pelik…walaubagaimana pun jika ingin menceburi pelaburan atau perniagaan pastikan perkara-perkara berikut.

Antara perkara yang perlu diambil berat jika ingin melibatkan diri didalam bidang Pelaburan atau Perniagaan tidak kira diinternet ataupun offline .
Secara Ringkasnya. Perkara yang paling penting ialah untuk pastikan ianya diluluskan oleh kerajaan Malaysia sebab kita duduk dimalaysia. Bukan duk kat China, India, Usa, Swiss, Ghana atau Zimbabwe.
Lesen sah dikeluarkan oleh badan-badan berikut:-
  1. Bank Negara Malaysia- Jika melibatkan deposit/placement duit. Pembayaran faedah/interest. Pelaburan dan apa-apa yang melibatkan kutipan wang dari orang ramai.
  2. Security Commission( Suruhan Jaya security)- Jika melibatkan Deposit/placement duit. Pelaburan(apa-apa jenis pelaburan).
  3. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri- Jika melibatkan jualan ulangan(belbagai peringkat). Ada pelan pemasaran yang melibatkan cari downline. Perlu ada lesen dibawah akta jualan langsung.(AJL). Yang ni pun banyak penyakit...
Jika perniagaan atau pelaburan yang anda ceburi itu ada salah satu lesen diatas bolehlah anda tidur lena kerana diluluskan oleh kerajaan . Jika tidak dan jika anda didapati bersalah anda boleh disabitkan dengan AKTA MONEY LAUNDERING. Di bawah akta ini – Barang siapa terlibat secara lansung, bersubahat, menggunakan wang jika sabit kesalahan anda akan dipenjara selama 10 tahun atau denda 10 juta ringgit atau kedua-duanya sekali,Segala harta hasil dari yang tersebut akan disita oleh kerajaan. Ada lagi beberapa perkara yang perlu diteliti. Diantaranya adalah seperti berikut:
  1. Alamat tetap syarikat. Pastikan alamat itu betul-betul ujud.Jika dinegara lain sekalipun pastikan ianya ujud. Jika satu syarikat perniagaan atau pelaburan yang betul-betul hebat , tak pernah rugi boleh bayar faedah yang tinggi dan berterusan sudah tentu mempunyai satu atau sepuluh banggunan yang sekurang-kurangnya setinggi KLCC. Kalau hanya ada 2 buah komputer dan bilik sebesar Jamban, lupakan sahaja. Anda telah ditipu.
  2. No telefon tetap syarikat. Bukan Hand Phone. Pastikan ada no. tel tetap dan didaftarkan atas nama syarikat tersebut. Tak kira dinegara mana sekalipun.Kalau sudah ada jaringan dimalaysia, syarikat tersebut semestinya sudah membuka satu cawangan disini untuk menguruskan hal-hal perniagaan. Jika tiada dinasihatkan jangan sertai.
  3. E-mail address. Perlu ada e-mail address syarikat, bukan individu atau laman web sahaja. Jika hanya ada laman web ini pasti milik peribadi seseorang seperti anda dan saya. Jika hanya ada laman web sahaja saya pun boleh buat.
Panduan kat atas hanyalah asas sebelum menceburi mana2 bidang pelaburan. Xde benda yang mudah kat atas dunia ni. Nak kaya mesti berusaha. Yang paling penting hukum Allah.  Skim Cepat kaya adalah HARAM.......

1. Pelaburan di internet atau offline  yang dikenal pasti secara umumnya menjurus kepada kaedah 'mencari' orang untuk menambah pendapatan dan tiada produk yang diniaga malah seandainya ada pun ianya bersifat haram kerana terdapat unsur judi dan gharar (tidak jelas) yang ditegah di dalam Islam

2. Terdapat juga pelaburan yang mewajibkan kita meletakkan cagaran tertentu sebelum mendapat pulangan dalam kadar yang berlipat kali ganda seperti contoh seorang individu melabur RM 200, dan dan dalam tempoh dua bulan akan mendapat pulangan RM 2,000. Ini dinamakan Riba Al-Fadhl merujuk kepada (Mughni al-Muhtaj, Khatib Ash-Sharbini, 2/28 ; Al-Bada'I As-Sonai' , Al-Kasani, 5/183 ; Qadhaya Iqtisodiyyah Mu'asiroh, Dr Sulaiman Al-Asyqar, 2/592).
Telah jelas, ini bukannya perniagaan yang diiktiraf tetapi adalah Riba.






3. Tanpa menjual sebarang produk malah sistem ini secara amnya melanggar 'nature of business' atau fitrah ekonomi yang akan mengakibatkan ramai yang tidak bekerja, malas dan berangan kaya semata-mata menantikan keuntungan yang dijanjikan.
Inilah yang dinamakan 'money game' yang diharam sama sekali di dalam Islam. Allah SWT menghalalkan jual beli dan mengharamkan Riba.







4. Terdapat juga MLM yang berlindung dibawah urus niaga produk. Bukan semua MLM tetapi jenis yang 'bermain dengan kepala' (komsiyen ikut kepala dan berapa ramai ahli yang berjaya diperolehi dan bukannya komisyen jual barangan syarikat) jelas haram disisi agama.
Walaupun sistemnya kelihatan seperti betul, tetapi malangnya, ia adalah tidak halal secara pasti tanpa syubhah lagi
Dapatkan lebih maklumat berkaitan Hukum Perniagaan, pelaburan dan skim tertentu dalam web ini.  http://www.zaharuddin.net/
Labels: |
0 Responses

Post a Comment

NuffNang

XchaNge

AMARAN :

BLOG INI MUNGKIN MENYEBABKAN KETAGIHAN. BAHAN YANG DIPAPARKAN MUNGKIN MENGGANGGU JIWA DAN RAGA ANDA. SEBARANG KECEDERAAN MINDA ATAU KOMPLIKASI PADA OTAK ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI. DISARANKAN ANDA MELAYARI DENGAN DITEMANI ORANG YANG LEBIH DEWASA.

Kandungan Blog Ini Merupakan Hak Milik Semua, Anda Boleh Memuat Turun Bahan Untuk Rujukan Atau Sebagai Paparan Umum Atas Tanggungjawab Sendiri.
  • "QUOTE"

    It is not how much u earn,
    It is how u spend what u earn...

    MaLaYN3um

    MaLaYN3um
    Gabenor Bank Negara in The MakinG

    NuffNang

    Churp Churp

    ALpha ProJecT


    ShoutMix chat widget

    Followers

    My SupeCar

    My SupeCar
    Catch Me If u CaN

    Loan Calculator

    Site Meter

    Google Analytics

    Pageviews last month