Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Modified Kereta Raya
Raya dah dekat, kasut raya, baju raya, kuih raya semua dah setel. Tinggal keta je lagi x siap. Time bujang dulu, kalo keta x siap make up, rasa macam xnak balik raya jek. Nak melaram keta super kat kampung la katakan. Geng2 lain pun sama... Paling kurang pun, mesti ada satu mende mesti lebih dari geng-geng lain yg balik raya tu. Bodo-bodo pun letak sticker tranformer pun jadi. Haha

Masa mula beli keta dulu, nak balik kampung mesti dah rasa kembang kecup idung.... X sabo nak melaram dgn keta power la konon... Korang pun mesti lebih kurang punya... (Tak termasuk mat standard sampai tua)

So ari ni aku nak story sket bab modified ni pd korang yang baru blaja nak mengangkat martabat keta korang time raya nak dekat ni. Story ni x payah baca la kalau korang dah expert sebab taraf dia lebih kurang sama dgn UPSR ja. Aku nak bagi tips sket-sket bab yang mana aku tau sampai korang boleh la nak bangga diri bila balik kampung nanti. Cuma satu je pesanan aku, bikin keta ni membazir... Hehehe....

Rujukan Peraturan Modified Kereta yg Dibenarkan JPJ (Klik Sini)


LANGKAH MODIFIED KETA untuk AMATUR


LANGKAH 1 :TINTED
Ni memang benda paling penting bila drive kat Malaysia ni. Makin hari makin panas. Tinted lagi gelap lagi bagus. Tp jgn sampai kantoi JPJ sudah, kang tak pasal-pasal kena koyak tinted yg berjuta harganya tu.
Kat pasaran ada bermacam jenis tinted, dari yg harga kurang RM150 sampai harga 3-4 ribu. Pilih berdasarkan kesesuaian dan ketebalan poket. Tinted sebenarnya menaikkan aura sporty kereta kita, tinted yg berlawanan dgn warna body biasanya menyerlahkan ciri-ciri sport kereta tu. Tinted yg sama warna dgn badan kereta lebih sesuai utk kereta yang nak nampak elegen. Macam misterius gitu...


LANGKAH 2 : RIM SUKAN
Rim memang antara benda paling wajib utk menaikkan seri kereta kita. Banyak jenis rim dipasaran. Boleh diperolehi dalam pelbagai jenis model dan jenama yg pelik2. Benda pertama yg kita perlu tau, Rim yg kita pilih mestilah x lebih dari 2 inci saiz rim asal. Tukar rim dah ubah dia punya kestabilan, apa lagi kalau kita tukar sampai berinci-inci. Pilih tayar yang sederhana lebar. Kelebaran tayar mestilah x kurang dari 13.5 dari saiz rim yg kita masuk tu. Ketebalan tayar pulak bergantung pada kesesuaian kereta kita.
Contohnya : Rim asal saiz 15 - Upgrade pada rim 17 maksimum, dgn kelebaran tayar (17 x 13.5) 230 dan tebal antara 45 ke 60.
Tayar yang terlalu lebar akan meningkatkan kestabilan kereta, mencengkam bila mengambil selekoh dan lebih stabil bila membrek tetapi kereta akan kehilangan banyak kuasa dan mengalami masalah pengendalian apabila hujan. Jadi, jgn risikokan keselamatan semata-mata kerana gaya...






LANGKAH 3 : SKIRTING
Ni bab menarik. Ada bermacam jenis skirting kat pasaran. Makin banyak design skirting yg dihasilkan oleh kilang dan kedai keta. Ada 3 jenis skirting yg aku tau kat pasaran tu. 1st yg dikeluarkan oleh tuner, ni memang betul2 fit dgn keta kita, design x banyak pilihan tapi kualitinya memang terbaik. Cuma bukan semua model kereta mempunyai skirting yg dikeluarkan oleh tuner ni...

Jenis ke2 ialah skirting yg dihasilakn dgn PU fiber. Lebih kepada getah, berkualiti, tahan lasak dan lebih mahal. Ramai yg kaki modified yg menggunakan skirting jenis ni kerana ianya lebih berbaloi berbanding wang yg dilabur.

Satu lg skirting jenis fiber glass. Kualitinya bergantung pd kedai yg menghasilkan fober tu. Harganya lebih murah. bahan ni tak tahan lama, mudah pecah dan x begitu masuk dgn warna kereta kalau kita tak spray betul2.
Sebahagian keta kat atas tu tambah skirting kat bumper diorg.

Keta biru n silver tu gunakan skirting.



Ni sebahagian dari skirting sisi. Sori la, aku banyak gambor keta waja jer...



   
LANGKAH 4 : BODYKIT
Mungkin ramai yg nak lebih gempak. Bodykit sebenarnya melibatkan ubahsuai atau menukarkan sebahagian body keta. Bahannya sama ada PU fiber atau Fiber Glass. Biasanya bahagian yg diubahsuai ialah bumper depan dan belakang, skirt sisi, bonet hadapan dan belakang dan kadang-kadang tambah GT wing atau spoiler kat belakang tu. Kalau dah sampai tukar bodykit ni, boleh dikatakan mula masuk tahap ekstrem la ni...
Antara contoh modified bodykit yg agak ekstrem...

Bodykit yag simple

Antara bodykit yg paling digemari ramai. amik trus idea dari model asal....





LANGKAH 5 : EKZOS
Fungsi ekzos sebenarnya utk mengurangkan bunyi bising dan menghalang pengeluaran gas berbahaya ke persekitaran. Tapi ekzos sebenarnya boleh meningkatkan prestasi kereta kita kalau kena cara bikinnya. Ramai yg modified ekzos kerana nakkan bunyi, ada yg kerana nakkan bentuk sport kat blakang keta diorg, kononnya lagi besar lobang ekzos, lagi ganas la... ada jugak yg advance sket ubahsuai ekzos utk tambah pick up keta diorg.
Ekzos ni biasanya terdiri dari 3 bahagian utama.. Yg keluar dari enjin tu kita panggil manifold (Banana), pastu bersambung ke converter (tabung tengah) biasanya ada 1 atau 2 bijik dan yg terakhir yg terjulur kt belakang tu namanya muffler. Tiap bahagian ada fungsi tersendiri dan boleh diubahsuai utk dapatkan apa sebenarnya yag kita nak. Gaya, bunyi atau kuasa....
Banana/Manifold kat sebelah enjin. Tukarkan kepada 4-1 utk lebih kuasa tapi bunyinya makin kuat la.

Tabung tengah. Utk lebih pick up, kurangkan tabung tengah atau ubahsuai dgn tabung jenis berpusar. Kesannya pada bunyi pun boleh tahan. Kurangkan lengkok ekzos utk lebih power. Sebab tu la ramai yg guna straight piping ekzos tu...

Muffler standard. Untuk kurangkan bunyi dan perangkap gas berbahaya. Ubahsuai menatang ni akan menghasilkan bunyi yg macam-macam gaya dan memberikan efect dari segi kuasa.




Semakin kuat bunyi dan semakin pick up kereta kita sebenarnya akan turut sama menyumbang pd banyaknya Petrol dalam tangki tu terbakar. So, bila dah masuk bab ubahsuai, jg cerita lagi bab nak berjimat.....





LANGKAH 6 : LAMPU KELIP
Lampu ni sebenarnya dah cukup dah kat keta kita. Kita tambah lampu lain sebenarnya bergantung pd 3 tujuan utama. 1. Untuk membantu kita memandu dgn lebih baik. 2. Membantu pemandu lain lebih alert kereta kita dan persekitaran.  3. Memang kita jenis minat lampu sejak kecil lagi.

Ada had tertentu jenis lampu yg kita boleh pasang kat kereta. Panjang pulak aku nak cerita. So korang rujuk peraturan yg aku dah post dulu . (Peraturan Modified)







LANGKAH 7 : SPRAY n STICKER
Spray hanya digunakan utk ubahsuai warna pada kereta. Biasanya kalo dah tukar bodykit, mesti siap spray body skali. Cuma bab ticker tu, bergantung pada selera masing-masing.
Gunakan sticker yg simple jer. "Less is Much"




LANGKAH 8 : HIASAN DALAMAN
Kalo masuk bab hiasan dalaman ni, pompuan memang terer bab menghias dalaman keta diorg. Ada yg siap pasang langsir lagi kat tingkap. Adoyai....

 i. Audio
Antara benda penting mat kereta akan sentuh. kononnya nak dapatkan feel masa drive. Lagi bising lagi pening la beb...
Ubahsuai audio ni melibatkan 5 bahagian asas iaitu, Player, Power Amp, Woofer, Speaker dan Twiter. Kalau baru nak berjinak-jinak dgn sistem audio, cukuplah sekadar laburkan 3-4 ratus untuk tambah Amplifier dan woofer. Benda-benda lain bleh upgrade pelan-pelan..

ii. Seat
Ni pun penting jugak. Sama ada nak keselesaan atau gaya. Kalau nak selesa, tukar jer dgn seat kulit. Tp kalau nak bergaya dgn bajet ciput, pi sambar mana-mana bucket seat tiruan kat kedai aksesori. Kurang 500, 2 bucket seat dah boleh masuk dlm keta kita. kalau bernasib baik, dapat mana-mana bucket kat kedai potong lagi la masyuk, boleh wat gadai kat pajak tu...


iii. Steering
Steering pun x kurang pentingnya. Kriteria utama mestilah selsesa, selamat dan bergaya. banyak pilihan kita boleh dapatykan kat kedai tu. pilih la sendiri...


Macam-macam lagi boleh modified. Kalo aku nak crite sini, memang x abis la sampai pagi. Sume yg aku tulis tu bukan fakta sepenuhnya, aku tulis berdasarkan apa yg aku tau. Mungkin ada salah n silap. Satu lagi, sebelum korang modified ape-aper, refer dulu peraturan yg JP buat. Aku ada bagi link kat bawah ni. Selamar Berhari Raya dgn Kereta Baru. hahaha


Link utk GuideLines Modified JPJ (Klik)
Sori Ore Guo Muse
Maah la kalu ado hok maroh lepah baco cerito ni. Kawe jupo maso tengoh berfesbuk takdi. Lucah sikit cerito dio, tapi sakit perot lepah baco lawok gilo dio nih. Sori la Ore kelate..... Ore guo muse pong samo.......




   
Asal kawe, Kapong Ulu, Guo Muse.......
Kuruskan Pahala Puasa Kat Pasar Ramadhan
Dah lama x pi pasar Ramadhan. Asyik balik lambat je keje. Biasalah, kalo dah makan gaji, kena ikut peraturan. Karang bos potong gaji, aku jugak yg naya. Dari pagi lg aku dah bgtau isteri, ari ni xyah masak, kita borong makanan kat pasar ramadhan abes-abesan. Dah lama terliur nak makan kueh akok dgn tepung pelita. Hehe... Kueh tradisi kelate tuhh...

Kueh Akok yang jadi pujaan hatiku...

Misi memburu tepung pelita..

Sampai pasar ramadhan dekat pukul 5.30. Orang dah ramai. Susah jugak nak cari parking, seb baik aku bawak keta mini jer. 2-3 kali pusing, dapat jugak park kat kotak parking. Jauh sket xpelah, jalan-jalan sambil excercise....

Biasanya, aku tawaf dulu satu trip. Bila patah balik baru mula beli apa yg patut... Pusing-pusing, jumpa jugak  gerai yg jual kueh akok yg aku cari tu. Tinggal sekeping je lagi. Sekeping pun jadilah... Asalkan dapat merasa... awal betul abis.. Ntah-ntah tengahari diorg dah mula bisnes... Hehehe... Untung org yg x puasa..

Nak dijadikan cerita, tgh jalan-jalan tu, aku terserempak dgn satu pasangan. Gayanya macam baru kawin. Terkepit-kepit macam jalan kat taman bunga la pulak. Lantaklah korang. Asalkan bahagia. Yang aku tak tahan tu, pakaian perempuan tu seksi gila. Dgn baju kurang lengan, ketat, sampai terjojol benda tu nak x sabar-sabar nak keluar. Dah la baju cenggitu, boleh dia pakai seluar pendek ketat. Paras paha pulak tu. Aku bukan nak busy body sangat, tp dah namanya nak ke pasar Ramadhan, di Bulan Ramadhan pulak tu, agak-agak la kalau nak buat free show pun. Nak kata kurang duit sampai pakai baju budak, x jugak. Nampak gaya macam org berada. Tersengih je isteri aku tengok bila aku pandang-pandang. Free-free dapat dosa tadi.
Lebih kurang macam ni ler (Gambar Hiasan)

Kerana aku x berapa puas hati, aku pi dekat sket. nak confirmkan spesis jenis mana. Sah, confirm melayu... cuma speaking ada berterabur skit. Slang jerman barat. Kalau dah melayu tu, 99% islam punya. Apa nak jadi dgn org Islam sekarang. Ntah kitab mana yg diorg baca....  Tu baru bab si perempuan. Yang lelakinya, x kurang hebatnya... Dengan short byk poket, baju sendat ala-ala Malek Nor, bangle besar penumbuk, rantai bergayut kat leher, siap ada spek hitam lg kat dahi. memang cool.... Cool kepala hotak dia... Memang lari tune..

Aku senyum sensorang. Mesti isteri aku perasan. Tp dia tau, suami dia x pandang punya. Jeling sikit jer... Hehe...  Bila aku tengok semua pengunjung pasar Ramadhan kat situ. Lebih separuh pompuan yg memborong sakan tu, semuanya buat dosa free. Tak tutup rambut satu hal dah, yg pakaian ala-ala nak pi fun fair lagi la ramai... Kalau tengok anak-anak dara yg berhingus tu lagi la. Pakai baju sendat dgn seluar ketat. Patut pun baju baby makin mahal, diorg pun pakai sama rupanya.




   
Dah lupa pulak pasal tepung pelita aku. Ada 2-3 gerai yg jual tepung pelita, tp aku pi beli tempat yg ramai org. Biasanya, kalo ramai pengunjung tu, kueh dia mesti best. Aku mintak nak beli seringgit. Aku sorang je makan, banyak-banyak kang membazir pulak. Pak Cik tu cakap, kueh tu dah pakej. Dia jual 5 biji RM2. Aku cakap xpela, saya nak seringgit jer, bagi 2 biji pun xper. Dgn muka serius pak cik tu sound, "Kitaorg jual RM2 jer. Tak boleh jual sikit-sikit, memang dah pakej macam tu.. Kalau x nak xper"...

Ni la penyakit org kita, bila bisnes jer, nak untung lebih. Apa salahnya jual 2 bijik. Bukan rugi pun... Siap ada pakej lagi. Kalau aku beli, gerenti x abes punya... Malas nak layan, baik aku beli tempat lain jer...

Sambil jalan cari kueh tu, terjumpa pulak aku dgn sorang budak lelaki. Agak aku baru umur 3-4 tahun. Mak aiiii, dia punya gaya, kalah punk rock yg aku tgk kat tv. Dgn jeans ngan seluar petaknya, rambut pacak ala red indian, siap ada ekor lagi kat belakang... Kat tangan ada bangle, ada la besar jari tengah aku... Memang bergaya.... Hishhhhhhh, anak sapa la ni. Kecik2 dah dipakaikan dgn aksesori camtu. Siap dgn gaya rambut lagi tuh. Bila aku tgk bapak dia.... Memang sah la.. Bapak borek, anak rintik... Macam mana kita nak jadikan anak kita cemerlang didunia dan akhirat kalau dari kecik lg kita dah tempelkan benda yg ntah ape-ape kat budak2 tu. Patut lah, bila masuk sekolah je, macam-macam gaya budak-budak boleh jumpa. Bila panggil mak bapak, diorg boleh tanya.. "Salah ke???" Hahaha....
Bukan gambar budak tu.....

Macam-macam ragam.. Hehe. Akhirnya abes juga sesi borong sakan ari ni. Ada la 2-3 jenis kueh aku beli. Nasi kerabu ngan nasi dagang. 2 jenis air. Malam ni mesti kenyang gila... Asalkan jangan membazir udah le...

Sampai je kat keta, kurus lagi puasa aku. Memang sedozen aku menyumpah dalam hati. Mana taknya, dengan bangganya, ada keta park belakang keta aku. Kalau suruh Schumacer bawak pun, confirm x boleh keluar. Punya la banyak tempat parking lain, kat situ jugak dia nak sental. Mesti mamat ni malas jalan jauh, x pun sakit sendi lutut ni. Jangan sakit otak sudah... Dekat stengah jam aku tunggu, baru datang tuan punya kereta. Dengan rasa bangganya, dia masuk keta, terus blah, macam x bersalah jer. Kalau mintak maaf, sejuk jugak hati ni.

X pasal-pasal, kurus pahala puasa aku hari ni...
Labels: 0 comments | |
Berbuka Kat Mana?
Ari ni korang berbuka kat mana??? Restoran 25 Jam ni ker....

X pun kita makan kat warung jer..

Kalau rasa nak western, kita pi Setarbak...





   
Xpun kita test makanan eksotik... Pompuan mesti suka ni... Hehe
 Ni pun western ni....
Labels: 0 comments | |
Menu Hari Ni
Dah tak tau nak berbuka dgn menu ape. Pi pasar ramadhan pun macam sama jer. Nampak best, bila dah beli, x abes jugak... Ni ada 2-3 menu yg aku jumpa, test la korang nak rasa...
Selamat Mencuba, hehehe.....
Ayam golek berempah tu...

Sandwich special....

Beger ni confirm xde kat Mc Donald




   

Auwww, seksinya menu. Batal pose I....

Perghhhh, itik golek pun ada...

Adushh, x tahan.....


Ayam bakar dah abes, ni ayam Tanning....





   
Labels: 0 comments | |
Mana Ada Hantu
Ali dan Abu baru pulang dari bandar. Sebelum sampai kekampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yg bersebelahan sebuah kawasan perkuburan.


Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup2 malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu.

Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kuburdan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat.Dalam keadaan yang agak gelap itu,orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu diatas batu nisan.

Ali dan Abu bersuara"Fuuufff...terkejut kami, ingatkan pakcik ni hantu tadi, buat kami terkejut aje".

Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya :"Apa yang pakcik buat malam2 buta kat kubur ni??"

Tiba2 lelaki tua itu menjawab dengan marah..."Bodoh!!Dia orang salah eja nama aku!"
Adat yg di Islamkan
 

 Last week aku terima emel dr kawan zaman skolah dulu pasal beberapa benda yg sering kita buat tetapi sebenarnya dah lari sangat dari landasan agama. Kita sendiri mungkin dah terbiasa hinggakan adat dan budaya tu dah jd semacam kehendak sebenar agama Islam. Aku x pandai nak bersyarah panjang bab agama ni, aku "paste" kan terus emel dia. Cuma ada sikit aku edit n tambah gambo je.

Marilah kita bermuhasabah/ menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-terikut dgn budaya hidup orang lain.

Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah dimana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik dirumah mahupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik2nya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam peperiksaan. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya.Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10.Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, Astaghfirullah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh2 di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita berada pada landasan dan ajaran Islam yg sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yg mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.
KOD E, Kod Untuk BABI
BABI lagi. Dalam duk surf internet smlm, aku jumpa banyak lagi artikel pasal BABI dalam makanan kita. Dek kerana rasa sakit hati kerana dah ter"makan" beberapa produk yg x berapa nak halal tu, aku pun meluaskan lg pencarian utk berkongsi dengan korang.
Watak utama dlm cerita kita ni, Mr Piggy @ En BABI

Kenapa En Babi ni femes sangat? Mamat ni femes bukan kerana hidung mancungnya, tapi kandungan lemaknya yg terkandung dalam hampir kesemua makanan pek, bungkus dan tin di seluruh dunia. Lemak BABI atau gelatin ni digunakan sebagai agen penstabil, agen penebal, agen pembuih, agen pelekat atau agen pengikat dalam hampir kesemua makanan proses. Memang terer mamat ni.

Oleh kerana sifat gelatin yg unik, hampir kebanyakan produk makanan proses ni tak boleh dihasilkan. Ada 2 jenis gelatin yg digunakan iaitu "Type A" yg dihasilkan dari lemak BABI, dan "Type B" yg dihasilkan dari kulit atau tulang haiwan bovine (lembu, kambing dan kerbau).

Gelatin "Type A" telah ternyata haramnya dan gelatin "Type B" masih lagi tidak halal kecuali ianya dihasilkan dari haiwan yang disembelih secara halal, di proses secara halal, dibiakkan secara halal dengan makanan yang halal. Hampir 90% gelatin yang dihasilkan utk kegunaan dunia tidak dapat dipastikan halalnya dengan gelatin "Type A" merupakan penyumbang terbesar dalam industri makanan dunia. Kalaupun kita tak termakan gelatin BABI ni, kita masih lagi berpeluang makan makanan bergelatin HARAM yg lain.

KOD E untuk BABI

Memandangkan hampir kesemua gelatin yg digunakan diperbuat dari lemak BABI tonyok ni, maka pengeluar di Eropah menukarkan nama pd kandungan makanan dari PIG FAT kepada ANIMAL FAT atau KOD E. Penukaran kod dgn menggunakan KOD E ni dibuat kerana lebih 70% penggunan lemak emulsifier atau gelatin mereka ni terdiri dari negara-negara ISLAM. Kod E telah berjaya menipu kita dan  menjadi sebahagian dari makanan kita seharian.
X dapat dibayangkan, si Tonyok ni jd hidangan kita....

Lemak Si Tonyok ni jd makanan kita.


EMULSIFIER KOD atau KOD E yang boleh kita jadikan panduan utk mengelakkan diri termakan bahan yg mengandungi LEMAK BABI.


E100, E110, E120, E140, E141, E153, E210, E214, E216, E234, E252,E270,E280,E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E442, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473,E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904
 
Untuk langkah berjaga-jaga, kita perlu menjauhi dan memboikot terus semua barangan yg mempunyai emulsifier atau gelatin dgn KOD E diatas kecuali yg mempunyai tanda HALAL JAKIM. 

SUMBER :   HALAL GEL


SENARAI BARANGAN YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI
Senarai ini aku perolehi dari emel dan aku x dapat pastikan sumber ni betul atau sebaliknya. Camna pun, aku rasa elok aku berkongsi info ni sebagai langkah berhati-hati. Terpulang pd kita untuk membuat keputusan. Kita berhak untuk memilih, dan lebih elok jika kita menghindarkan diri jika kita tidak yakin dan was-was dgn produk yg dipasarkan. (KLIK UNTUK SENARAI BARANGAN)

Labels: 1 comments | |
Seb Baik X Batal Pose
PERKARA YG BOLEH MEMBATALKAN PUASA

1. MAKAN dgn sengaja
Yg ni tak sengaja xpe...

Ni pun x sengaja ni..


2.MINUM dgn sengaja
Bestnyer diorg tonggang botol.... Ishhhh


3. MEROKOK
Home made cigar tuuuu

4. TIDO
Penatnya dia pose...


Alahai, x sempat sahur semalam...


5. MANDI
Mandi pun agak-agak la. Makin lama, air makin surut tuu..

6. KOREK IDUNG
Korek apa-apa lubang dgn sengaja. Huhu. Jgn korek idung, biar hingus melelh sendiri...

7. MAJALAH LUCAH
Kurus pahala pose, silap-silap batal ni....

8.WEB PORNO
Wahhhhhhhhhhhh...


9.KATA-KATA LUCAH




10. SKODENG





11. MUKADIMAH SEKS


Ish budak-budak ni
Lemak Babi dlm Lychee Aku
Tengah posa cenggini, bestnya kalo dapat tea 'O' lychee sejuk. Lagi ler terangkat kalo lychee tu gebu-gebu macam kiah pekasam. Alamak, kurang pahala posa aku...

Ni bab lychee ni. Hangin betul aku, baru last week aku minum lychee Brand kat bawah ni, sampai menjilat jari. Tup-tup ari ni aku dapat tau, lyche ni mengandungi LEMAK BABI. Sadis betol. Patut pun makin lama, makin kurang terawih yg aku buat. Lemak babi dh beroperasi kat dalam. Adoiiiii.....

Ni ler dia lychee yang aku cerita tu. Memang lychee ni antara yang terlaris kat pasaran. Aku gerenti mesti separuh dari korang dah terbabas minum lychee ni. Sama la macam aku. Sekarang tolong la sebarkan utk rakan yg lain, jgn sampai ada lg muslim yg terminum kerana x tau kandungan babi dalam tin tu...

Bukan lychee ni jer. Ada byk lagi produk syarikat Narcissus ni yg mengandungi lemak babi tonyok tu. Aku x pasti apa dia, tp produk dia mcm kat bwh ni. Ada 2-3 yg macam familiar jer. Bertambah ler lagi lemak tonyok tu dlm badan kita.
Produk Narcissus ni sebenarnya keluaran China yg dah lama masuk Malaysia ni. Dek kerana kurang pengawasan dan ramai yg amik mudah, produk2 berBABI ni dah jadi kebiasaan dijual bersama produk halal lain. Mana kita nak tau kalau diorg x letak kat bahagian NON HALAL. Lepas ni, memang aku BANNED semua produk cina. Geli betul, termakan si tonyok tu....

Kenyataan kat bawah ni aku amik dari fesbuk TOK WAN

"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :

Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings



JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya menutup tanda halal pada produk tersebut.
 Sama-samalah kita mengingatkan rakan yg lain. Jgn sampai si tonyok kat bawah ni menjadi darah daging kita.
(Tonyok bersama spesis baru tonyok betina baka campuran)





   
Labels: 0 comments | |
Otak Lelaki & Otak Perempuan

Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, di antara keunikan itu sudah tentulah otak manusia. Di bawah ini ada ujian yang menarik untuk dicuba bersama…

Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan
dan jangan cuba menipu diri anda sendiri

Kira jumlah huruf F’s dalam perenggan dibawah
dalam masa 15 saat:

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

Dah selesai?

Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai
mengira!

OK?

berapa banyak?

Tiga? (Anda tentunya seorang lelaki!!!)

Sila baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula…

Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan
dibawah ini…

Otak LELAKI tidak memproses perkataan “OF”.

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat mengira kesemua 6 F’s pada
permulaan ujian memiliki otak PEREMPUAN.





   

Labels: 0 comments | |
Kurma ISRAEL, Awas

Menjelang Ramadhan yang penuh barakah ini, tentunya ramai dikalangan kita yang menjadikan kurma untuk bersahur dan berbuka. Awas, niat kita untuk mendapat lebih keberkatan mungkin menjadi sebaliknya. Kurma Israel kini mula memasuki pasaran kita melalui Singapura dengan dibawah jenama "JORDAN RIVER"

Walaupun kurma ini didatangkan dengan kotak dan dicetak Jordan River, namun ia bukanlah dari Jordan tetapi dihasilkan dari Israel Laknatullah! Kurma ini telah ditanam di suatu kawasan luas di bahagian timur Israel Laknatullah yang bersempadanan dengan Negara Palestin dan dimiliki oleh seorang Yahudi yang kaya serta ramai pekerjanya yang juga berbangsa yahudi.

Hasil jualan kurma kurma ini akan disalurkan kepada tabung pertubuhan pertubuhan yahudi. Pendedahan ini telah dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura.


Terkini kurma ini juga dipasarkan dengan nama "KALAHARI" dengan tulisan Jordan River dicetak kecil pada kotak. Jangan kita turut sama menjadi pembunuh saudara saudara kita di Palestin sedangkan dalam masa yang sama kita melaungkan jihad dan kebencian kepada Israel Laknatullah!
Sumber : Berita Harian Online & Fesbuk Sutera Biru





    
Labels: 0 comments | |
President Bank's Balls
A little old lady walks into the Bank of Canada with a bag of money. She insists that she must speak with the president of the bank.

She tells the bank president that she has accumulated several hundred thousand dollars over the years and would like to open a trust in the bank.

The president is curious, so he asks her, "Where did you get all this money?" The old lady replies, "I make bets."

The president then asks, "Bets? What kind of bets?"

The old woman says, "Well, for example, I'll bet you $25,000 that your balls are square."

"Ha!" laughs the president, "That's ridiculous -- you can never win that kind of bet!"

The old lady challenges, "So, would you like to take my bet?"

"Sure," says the president, "I'll bet $25,000 that my balls are not square!"

The little old lady says, "OK. I'll bring my lawyer with me tomorrow at 10 a.m. as a witness, and we'll see."

The next morning, the little old lady appears with her lawyer at the president's office. "OK," she says, "Time to drop your pants and settle this bet."

The president complies. The little old lady peers closely at his balls and asks if she could feel them. "Well, OK," says the bank president, "since there's so much money on the line."

Just then, the lawyer starts banging his head against the wall. The president asks the old lady, "What the hell's the matter with your lawyer?"

She replies, "I bet him $50,000 that at 10 a.m. today, I'd have the president of the Bank of Canada's balls in my hand."





    

NuffNang

XchaNge

AMARAN :

BLOG INI MUNGKIN MENYEBABKAN KETAGIHAN. BAHAN YANG DIPAPARKAN MUNGKIN MENGGANGGU JIWA DAN RAGA ANDA. SEBARANG KECEDERAAN MINDA ATAU KOMPLIKASI PADA OTAK ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI. DISARANKAN ANDA MELAYARI DENGAN DITEMANI ORANG YANG LEBIH DEWASA.

Kandungan Blog Ini Merupakan Hak Milik Semua, Anda Boleh Memuat Turun Bahan Untuk Rujukan Atau Sebagai Paparan Umum Atas Tanggungjawab Sendiri.
  • "QUOTE"

    It is not how much u earn,
    It is how u spend what u earn...

    MaLaYN3um

    MaLaYN3um
    Gabenor Bank Negara in The MakinG

    NuffNang

    Churp Churp

    ALpha ProJecT


    ShoutMix chat widget

    Followers

    My SupeCar

    My SupeCar
    Catch Me If u CaN

    Loan Calculator

    Site Meter

    Google Analytics

    Pageviews last month