Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jalan-Jalan Jumpa Remis
Petang tadi sempat jenjalan pusing Wakaf Tengah. Nak pi Gong Badak, cari lampin ngan susu anak, tapi jalan sibuk sangat. Ntah dari mana orang datang, keta berderet-deret atas jalan. Sume keta plat luar jek. Orang amik peluang jalan-jalan time cuti ni kot. Aku tukar plan, pi kedai dekat-dekat jek. Balik merang lepak pantai lagi bagus. Layan keropok gotel sukaramai kat pantai lg syok.

Pantai merang dgn umah aku x sampai 1km pun. Sampai je pantai, ingatkan orang tak ramai, terkejut beruk den, punya la bersusun orang parking kereta. Tgk kat pantai, beratus orang tengah lepak. Baru aku teringat, last week baru masuk paper, pantai ni jd tumpuan sebab REMIS tengah naik. Adik aku cakap, ni dah masuk minggu kedua orang ramai berkampung cari remis kat sini. Siap bawak semua famili lagi tuh. Bukan setakat tikar, ada yg siap pasang khemah. Kalo bawak cukup alat, setakat nak 5-6 kilo tu kejap jer. Patut pun ramai. awek-awek pun ada. Best tu............

Remis ni sejenis spesis moluska bercangkerang. Kulitnya bujur sket, warna cerah. Kulitnya licin warna kelabu. Isinya warna putih campur jingga sket. Ada la besar ibu jari. Best kalo masak dengan serai. Gulai pon sodap.... Remis ni dok dalam pasir. Tapi kat pesisir pantai la. Time ombak naik jer, dia ikut sama gerak ke pantai. Time tu la bleh kaut dengan apa-apa je alat yg patut. Ramai yang turun ari ni, aku tengok guna sauk sendiri je. Ada yg guna jejaring kipas angin kat umah, ada yg guna raga motosikal, ada yg guna perangkap tikus. Guna bakul yg jarang je senang. Kalau duk sejam dua, dapat la 4-5 kilo. Diorg cakap, 5 tahun sekali je benda alah ni naik. Patut pun ramai sangat, macam pesta pulak. 2 tahun lepas, udang baring yg naik. Penuh pantai dengan udang-udang ni. Merah jer kalo tgk dari atas. Dekat 2 minggu jugak udang ni serang pantai.

Aku x turun, malas nak tukar baju. Tengok dari pantai je org berpesta. Tp sempat la amik gambar skeping dua. Bleh share dgn korang.
 Dari Pantai Merang ke Pantai Batu  Rakit, penuh dengan pengunjung..
 
 Budak-budak la yg paling seronok

 Tangkap guna bakul kecik pun boleh

Remis yg diorang dapat tangkap...

Awek cun yg aku jumpa kat pantai tu.... 

 Ni la Remis tu..
Labels: |
0 Responses

Post a Comment

NuffNang

XchaNge

AMARAN :

BLOG INI MUNGKIN MENYEBABKAN KETAGIHAN. BAHAN YANG DIPAPARKAN MUNGKIN MENGGANGGU JIWA DAN RAGA ANDA. SEBARANG KECEDERAAN MINDA ATAU KOMPLIKASI PADA OTAK ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI. DISARANKAN ANDA MELAYARI DENGAN DITEMANI ORANG YANG LEBIH DEWASA.

Kandungan Blog Ini Merupakan Hak Milik Semua, Anda Boleh Memuat Turun Bahan Untuk Rujukan Atau Sebagai Paparan Umum Atas Tanggungjawab Sendiri.
  • "QUOTE"

    It is not how much u earn,
    It is how u spend what u earn...

    MaLaYN3um

    MaLaYN3um
    Gabenor Bank Negara in The MakinG

    NuffNang

    Churp Churp

    ALpha ProJecT


    ShoutMix chat widget

    Followers

    My SupeCar

    My SupeCar
    Catch Me If u CaN

    Loan Calculator

    Site Meter

    Google Analytics

    Pageviews last month