Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cuti, Keje n KawiN
Best jugak jadik cikgu ni. Dapat cuti bila sekolah cuti. Dua minggu pulak tu... Kena pulak suami n isteri sama-sama cikgu, lagi la best cuti... Bila dah bercuti, online pun susah la sket. Bukan kerana cuti x dapat online, tapi kerana keje makin banyak dari x cuti, line tenet pun susah nak dapat. Dah 3-4 ari x dapat online, gian betul nak layan fesbuk, tangan gatal jer nak update blog. Maklumlah, baru belajar buat blog. Aku mula cuti 7 sampai 19 Jun. 2 minggu, macam budak-budak sekolah jugak. Tapi 1st week kena stay kat skolah, bos suruh siapkan keje. Dek kerana byk majlis kawin, adik ipar pun kawin tadi, dapat jugak xcuse dari bos. Balik kampung awal pun, keje kene siapkan jugak. Ada 2-3 bende mengarut nak kene buat. Kalau aku bos, confirm xde keje time cuti. Hehe, bangkrap bos....

Aku bertolak sabtu tghri dari JB. Tension betul, nak dekat 4 jam baru sampai Mersing. Punya la banyak keta kat atas jalan. Biasa tak sampai sejam stengah dah bleh lepas mersing. Dah la driver macam-macam ragam. Paling tak tahan bila ada driver yang suka potong Queue, kita dah lama nunggu turn, berkilometer terhinggut-hinggut atas jalan, dia dgn selamba tenuk jer ikut kiri. Nak kata bodo, kesian pulak, tapi memang bodo tahap gaban la. Kalau x susahkan org lain xpe la, tapi bila dah ikut kiri, dengan selamba badak pulak dia selit masuk depan kita. Kalau kena keta kita, satu hal pulak nak gaduh mintak ganti. Dari mersing ke Pekan. dah tak sampai 3 jam. jalan pun ok, trafik pun clear jer. Lambat sket sebab acap kali aku brenti. Dah ada anak, kurang-kurang pun 7-8 kali kena brenti. Racing macam mana pun x guna dah, lambat jugak sampai. Dari Pekan aku sampai kat kampung (Lembah Bidong, Setiu) dekat pukul 9 mlm. 10 jam perjalanan baru sampai. Bengkak urat kentut drive lama-lama beb. Kalo bujang, tak lebih 7 jam bleh sampai ni.

Sejak aku ulang alik dari JB-TRganu 5-6 tahun ni, benda yang paling aku tak suka kat atas jalan bila ada driver semput. Ntah la sape yang semput, driver ke keta dia. Aku rasa ramai yang sama dgn aku. Aku tak kisah kalau org nak bawak laju, cecah 350km/j pun xpe. Orang nak potong aku ker, atau trafik banyak ker. Tapi yang paling aku tak tahan bila ada yang drive keta macam siput sedut. Kalau bawak 70-80 tu xpe la, dah peraturan macam tu. Tp ramai benar yang drive lembap semacam, kadang-kadang x cecah 40km/j pun. Punya la berjambul drive cenggitu sampai berderet keta kat blakang. Kadang-kadang amik masa dekat stengah jam baru boleh potong. Bila potong jer, dia rilek jer pegang handset. Bleh lagi call makwe time drive. Kadang-kadang ada yang slow sebab layan muvie dalam keta. Punya la *****. Buat muvie atas keta pun ada. Huishhh. Tp yang paling banyak aku jumpa, orang tempatan yang keluar berkelah kat atas jalan. Agaknya dia ingat drive perlahan tu selamat. Kalau korang biasa drive long distance, mesti tau perasaan bila kita best drive, tiba-tiba kena brek kerana keta kat depan terhinggut-hinggut atas jalan. Dah la slow, kena follow pulak sejam dua. Tensen beb... Tapi xpe la, aku dah selamat sampai.

Sampai je kat kampung, terus marathon majlis kawin. Walaupun bukan org penting, tapi sibuk la jugak tolong tengok org lain buat preparation. Sambil-sambil jaga anak aku yang sorang tu. Penat beb. Seb baik malam ni dapat rilek sket, ramai sedara yang buat part time. Esok mula pulak pi majlis kenduri sedara n geng-geng aku. Campur pulak kenduri belah isteri, berderet la jadual. Kalau betul-betul ikutkan jemputan. Botak jugak kepala. 5 kenduri sehari minimum, kena 7 hari, dah dekat 35 kali pusing negeri. Petrol, hadiah, masa, hohoho, banyak jugak yang terbang. Kurang-kurang pun bajet kenduri kena jugak simpan 7-8 ratus. Cuti punya pasal. Esok mertua aku kena 14 jemputan. Tahun lepas rekod dia buat, 17 jemputan sehari. Ramai betul kerabat nak kawin. Xper, asalkan bahagia. Semoga semua kekal bahagia sepanjang hayat.

Isteri aku masam je 4-5 hari ni. Bukan marahkan aku, tapi dek kerana kerja yang kena buat kat umah. Lepas je rombongan pengatin sampai tadi, sempat dia tanda paper exam budak-budak. Tinggal lagi 1 kelas x tanda. esok markah dah nak kena hantar. Seb baik semalam aku dah pulun abis-abisan, tadi dah bleh sms n email markah pd cikgu-cikgu. Tensen jugak bila kena buat keje time cuti. Kalau takat paper exam, bleh jugak aku cool, tapi siap kena buat plan x lagi utk sekolah. Hantar kat PPD. Kalau bleh hantar guna emel xpe jugak, ni tetap jugak guna disket. X abis-abis lagi guna cara kuno tu. X guna jugak aku marah-marah, sape yang suruh jadik cikgu kan.

Mula sabtu depan, kurang sket jemputan. Baru betul-betul bleh cuti. Plan pertama aku nak ke pantai Merang. Bawak kerabat ramai-ramai, nak sauk Ti'jah banyak-banyak. Nak tangkap ketam 2-3 guni. Sekarang ni musim mende tu tengah naik. 5 tahun sekali je beb. Minggu depan dah minggu last. Nanti aku masukkan gambar kalau korang nak tengok. Plan seterusnya, nak pi pasar jumaat kat Kuala Besut n Payang. Baru aku bleh bawak famili pi round Batu Buruk. Nak berkelah, bimbang ujan pulak. Kalau dah ujan, jawabnya berselimut je la kat umah.

Anyway, Selamat Pengantin Baru pada adik ipar aku yang baru kawin semalam, kawan-kawan yang tamatkan zaman bujang esok lusa, welkam to D Club. Selamat bercuti pada geng-geng yg seangkatan. Tido dulu beb...
Labels: |
0 Responses

Post a Comment

NuffNang

XchaNge

AMARAN :

BLOG INI MUNGKIN MENYEBABKAN KETAGIHAN. BAHAN YANG DIPAPARKAN MUNGKIN MENGGANGGU JIWA DAN RAGA ANDA. SEBARANG KECEDERAAN MINDA ATAU KOMPLIKASI PADA OTAK ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI. DISARANKAN ANDA MELAYARI DENGAN DITEMANI ORANG YANG LEBIH DEWASA.

Kandungan Blog Ini Merupakan Hak Milik Semua, Anda Boleh Memuat Turun Bahan Untuk Rujukan Atau Sebagai Paparan Umum Atas Tanggungjawab Sendiri.
  • "QUOTE"

    It is not how much u earn,
    It is how u spend what u earn...

    MaLaYN3um

    MaLaYN3um
    Gabenor Bank Negara in The MakinG

    NuffNang

    Churp Churp

    ALpha ProJecT


    ShoutMix chat widget

    Followers

    My SupeCar

    My SupeCar
    Catch Me If u CaN

    Loan Calculator

    Site Meter

    Google Analytics

    Pageviews last month