Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Puasa - Kebaikannya Pada Kulit
Sya'ban hampir dipenghujungnya, dan kita kini hampir ke permulaan Bulan Ramadhan yg di berkati Allah.
Bulan untuk kita memperbanyakkan amal di samping berpuasa pada sebahagian harinya.

Selain dari tuntutan yang diwajibkan Allah, puasa juga bertujuan untuk melatih diri menahan hawa nafsu, meletakkan sifat empati terhadap fakir yang kesulitan makanan, menahan pandangan mata, menahan diri dari ghibah/mengumpat, menahan diri dari amarah dan banyak perkara yg mendisiplinkan diri kita.

Dari aspek kesihatan, puasa sememangnya diakui memberikan banyak kebaikan terhadap tubuh badan kita. Antaranya ialah KESIHATAN KULIT.

Alvenia M. Fulton, Pengarah Lembaga Makanan Sihat "Fultonia" di AS menyatakan bahawa puasa adalah cara terbaik untuk memperindah dan mempercantik wanita secara semulajadi. Puasa menghasilkan kelembutan pesona dan daya pikat. Puasa menormalkan fungsi-fungsi kewanitaan dan membentuk kembali keindahan tubuh (fasting is the ladies best beautifier, it brings grace charm and poice, it normalizes female functions and reshapes the body contour).

PUASA memiliki banyak hikmah dan manfaat untuk kesihatan tubuh, ketenangan jiwa, dan kecantikan. Semasa berpuasa, organ-organ tubuh dapat berehat dan sel-sel tubuh berupaya menjadi lebih aktif & sihat.

Puasa berfungsi sebagai detoksifikasi untuk mengeluarkan kotoran, toksin/racun dari dalam tubuh, meremajakan sel-sel tubuh dan menggantikan sel-sel tubuh yang sudah rosak dengan yang baru serta memperbaiki fungsi hormon, menjadikan kulit sihat dan meningkatkan daya tahan tubuh.

Puasa dapat menjadikan kulit lebih segar, sihat, lembut, dan berseri. Setiap saat, tubuh menggunakan metabolisma untuk menghasilkan tenaga. Tenaga dari makanan diproses menjadi tenaga yg akan digunakan tubuh kita. Sisa tenaga tersebut selain disimpan di dalam tubuh, ianya turut tersimpan di ginjal, sel kulit atau pelupuk mata dalam bentuk lemak atau glikogen.

Kita mempunyai sumber tenaga tambahan iaitu glikogen yg boleh bertahan sekitar 24 jam. Sumber ini akan dibakar menjadi tenaga jika tiada sumber lain didalam badan. Ketika berpuasa, sumber tenaga ini akan digunakan oleh tubuh. Organ tubuh akan kekurangan beban akibat penyimpanan dan ini meningkatkan kadar keaktifan organ dan sel tubuh kita. Ia juga disebut Peremajaan Sel. Peremajaan sel ini akan meningkatkan kekebalan tubuh serta kulit kita. Oleh kerana hal inilah, orang yg sering berpuasa akan kelihatan lebih cergas, segar, sihat dan berseri-seri.

Untuk lebih berkesan, orang yg berpuasa disarankan berbuka dan bersahur dengan makanan yg seimbang dengan kadar yg sederhana supaya bukan sahaja nutrien diperolehi badan, malahan tetap mengekalkan kesihatan diri dan kulit.
0 Responses

Post a Comment

NuffNang

XchaNge

AMARAN :

BLOG INI MUNGKIN MENYEBABKAN KETAGIHAN. BAHAN YANG DIPAPARKAN MUNGKIN MENGGANGGU JIWA DAN RAGA ANDA. SEBARANG KECEDERAAN MINDA ATAU KOMPLIKASI PADA OTAK ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI. DISARANKAN ANDA MELAYARI DENGAN DITEMANI ORANG YANG LEBIH DEWASA.

Kandungan Blog Ini Merupakan Hak Milik Semua, Anda Boleh Memuat Turun Bahan Untuk Rujukan Atau Sebagai Paparan Umum Atas Tanggungjawab Sendiri.
  • "QUOTE"

    It is not how much u earn,
    It is how u spend what u earn...

    MaLaYN3um

    MaLaYN3um
    Gabenor Bank Negara in The MakinG

    NuffNang

    Churp Churp

    ALpha ProJecT


    ShoutMix chat widget

    Followers

    My SupeCar

    My SupeCar
    Catch Me If u CaN

    Loan Calculator

    Site Meter

    Google Analytics

    Pageviews last month