Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ganda Wang - Simpanan Dan Pelaburan
WANG BERGANDA. Macam Skim Cepat Kaya pulak bunyinya kan. Apa yg aku nak ceritakan ni x termasuk dalam bab menipu tu. Ni cara yg sah disisi undang-undang. Cuma apabila melibatkan wang, risiko tetap akan ada. Bergantung pada kita utk menanggung jenis risiko yg bakal kita hadapi.
Simpanan merupakan perkara pertama perlu dibuat utk mencapai kebebasan kewangan. Ada formula yg menekankan 1/3 pendapatan kita disimpan. Mungkin agak banyak, sebagai permulaan simpanan 5-10 % dari pendapatan boleh dijadikan langkah pertama untuk GANDAKAN WANG kita.

Simpanan semata mungkin menghadkan wang kita untuk berganda. Kita perlu melabur dalam intrumen tertentu untuk memastikan wang kita berganda dan tidak merosot nilainya dengan masa. Kat bawah ni aku ceritakan serba sedikit jenis pelaburan yg ada kat negara kita :

1. Akaun Simpanan/Akaun Semasa
2. Simpanan Tetap (Fixed Deposit)
3. Unit Amanah (Unit Trust)
4. ASB (Amanah Saham Bumiputera)
5. REIT (Real Estate Investment Trust)
6. Tabung Haji
7. KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja)
8. Saham
9. Koperasi
10. Warrant & Options
11. Futures & Commodity
12. Forex (Foreign Exchange)
13. Bon
14. Hartanah
15. EMAS
 ---------- (Klik Utk Penerangan Selanjutnya) ----------


1. Akaun Simpanan/Akaun Semasa
Akaun ini bukan tempat pelaburan. Hanya sesuai digunakan sebagai akaun utk pebelanjaan harian atau standby saja. Walaupun kita mendapat pulangan dari simpanan kita, nilai wang yg disimpan akan merosot dengan masa. (Inflasi)

2. Simpanan Tetap (Fixed Deposit)
Akaun ini memberikan pulangan yg ditetapkan oleh bank, antara 2-4 % setahun. Walaupun kita dijamin mendapat kembali simpanan dan pulangan, ianya masih tetap rendah dan merugikan. Bank mengenakan interest 4-8% untuk pinjaman peribadi. Wang kita digunakan oleh bank utk pinjaman org lain dan mereka untung atas angin hampir 4%. So, lebih baik lupakan niat utk membuat simpanan tetap.

3. Unit Amanah (Unit Trust)
Antara kaedah pelaburan yg aku suka kerana pulangannya boleh menjangkau 35% setahun, malahan hingga 50% utk pelaburan berterusan sehingga 5 tahun. (Fund Tertentu)
Tapi tiada pelaburan yg sempurna. Sebelum kita mendapat keuntungan, pelaburan kita terlebih dahulu susut antara 5-8 % untuk bayaran tertentu. Terdapat fund yg masih mengenakan caj tertentu secara tahunan atau semasa ingin menarik kembali pelaburan. Secara umumnya, kurang dari 10% pelaburan kita akan dikenakan caj.
So, utk mendapat pulangan yg berbaloi, kita perlu memastikan pulangan yg diperolehi sekurang-kurangnya 20% supaya kita mendapat keuntungan bersih 10% minima setiap tahun. Terdapat banyak Fund yg ditawarkan diMalaysia. Anda perlu meneliti, membuat sedikit kajian dan bertanya sebelum melaburkan wang anda dalam unit trust terpilih. Lipper, sebuah badan bebas yg mengeluarkan kedudukan Unit Trust tertentu berdasarkan prestasi mereka. Rujukan ini hanya boleh dijadikan panduan sahaja kerana prestasi sebenar bergantung kepada keadaan semasa.
Pandangan aku, “ Cuba lihat unit amanah yg dikendalikan dibawah Public Mutual, setakat ini aku berjaya mendapat pulangan secara konsisten melebihi 20% setahun utk beberapa unit amanah yg aku labur”.

4. ASB (Amanah Saham Bumiputera)
Amanah Saham ni mempunyai beberapa kelebihan berbanding Unit Trust kat atas tu. ASB tiada Upfront Fee, tiada management Fee dan tiada sebarang susut nilai walaupun sesen pun. ASB memberi pulangan yg agak konsisten antara 6-12% setiap tahun. Pulangannya dijamin oleh kerajaan sekurang-kurangnya 6% dan pelaburannya juga dikawal oleh kerajaan. Selamat bukan. Beberapa tahun ini, ASB memberikan pulangan minimum 7.3% dan dijangka meningkat selaras dengan perkembangan ekonomi negara. Jgn ada GLC yg cari pasal sudah. Dan satu lagi, selain dividen, ASB juga memberikan bonus kepada pelaburnya. Tunggu apa lagi, ini antara peluang pelaburan terbaik setakat ini.


5. REIT (Real Estate Investment Trust)
REIT mempunyai sistem yg agak sama dengan Unit Trust. Bezanya, pelaburan yg dibuat hanya melibatkan sektor hartanah. Produk ini lebih sesuai dilaburkan hanya jika kita mempunyai perancangan kewangan utk jangka masa yg panjang.

6. Tabung Haji
Pelaburan yg boleh dianggap serampang 2 mata. Pulangan antara 4-5% tetapi wang yg dikumpul semestinya HALAL dan bebas daroi sebarang keraguan. Yang paling penting, pelaburan ini sebenarnya menyediakan kita utk mengerjakan Haji dgn lebih terancang. Pelaburan dalam Tabung Haji bolehlah dianggap sebagai pelaburan utk akhirat, bermotif utk jangka masa panjang dan bukan utk kegunaan keduniaan.

7. KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja)
Semua pekerja di Malaysia WAJIB mempunyai akaun ini. KWSP memberikan pulangan sekitar 4-5% sahaja tetapi ianya bersesuaian dengan motif utama sebagai simpanan dihari tua. Wang yg disimpan hanya boleh dikeluarkan selepas usia bersara, tetapi KWSP tetap memberi kelonggaran utk kita menggunakan akaun 2 bagi membiayai perbelanjaan tertentu. Wang KWSP juga boleh dipindahkan ke Unit Trust tertentu dengan beberapa syarat utk menggandakan lagi pelaburan kita.

8. Saham
Agak panjang utk menceritakan pelaburan melalui kaedah ini. Pada asasnya kita membeli syer dalam syarikat tertentu berdasarkan harga yang ditawarkan. Pulangan pelaburan bergantung pada prestasi syarikat yg kita beli sahamnya. Pulangan kita boleh meningkat atau menjunam pada bila-bila masa. Keuntungan atau kerugian bergantung pada banyak faktor.
Adalah lebih baik kita melabur dalam ilmu saham sebelum benar-benar melabur dalam saham. Pastikan kita benar-benar faham dan mempunyai ilmu yg cukup sebelum melabur. Jgn percayakan remisier atau agen semata-mata mendengar pulangan berjuta yg bakal diterima.
Langkah awal, melaburlah dalam saham amanah yg merupakan gabungan saham beberapa syarikat yg dibeli secara pool oleh kita..

9. Koperasi
Koperasi merupakan kaedah pelaburan yg lebih kurang sama dengan pembelian saham dalam syarikat. Bezanya ialah, saham hanya menumpukan bisnes pada aspek tertentu, pembelian saham hanya utk individu tertentu yg bersangkut paut dengan matlamat utama koperasi. Koperasi tidak mengutamakan keuntungan semata tetapi lebih kepada membantu sesama ahli dari aspek kewangan dan kebajikan. Walaubagaimanapun, koperasi tetap menawarkan pulangan yg agak berbaloi sama ada dalam bentuk bonus atau dividen.

10. Warrant & Options
Warrant adalah saham yang wujud dari syarikat awam berhad. Manakala Options pula, adalah saham yang wujud dari stock exchange. Keadaannya, lebih volatile berbanding saham. Hak untuk membeli saham Stock options belum ada di Malaysia. Hanya warrant sahaja yang boleh dijual beli setakat ini.

11. Futures & Commodity
Pasaran hadapan. Melibatkan pembelian saham untuk urusan pembelian pada masa hadapan. Macam harga minyak yg kita dah tau bila nak naik atau turunnya. Minyak diniagakan untuk beberapa bulan kehadapan berdasarkan permintaan dan stok sedia ada yang boleh ditawarkan kepada pembeli. Di Malaysia kita ada indeks saham dan kelapa samit mentah. Untuk pasaran produk yg lebih banyak, pasaran luar negara mempunyai peluang untuk urusniaga indeks saham luar negara, emas, perak, minyak mentah, kacang soya, besi, kopi, kapas dan sebagainya.

12. Forex (Foreign Exchange)
Perdagangan matawang asing atau pertukaran matawang. Asasnya, kita membeli matawang tertentu pada satu kadar harga tertentu dan dijual kembali untuk mendapat keuntungan semasa berlaku naik turun nilai matawang yang kita pegang. Perniagaan tanpa produk, pelik, tapi menjanjikan keuntungan yg berlipat kali ganda. Tapi kita perlu berhati-hati, terlalu banyak penipuan berlaku hasil dari perniagaan ini. Key Word, berilmu dan cari tempat yang betul utk mencuba. Jgn terlebih konfiden dan terburu-buru utk mendapat keuntungan yg terlampau.

13. Bon
Pelaburan yg selamat tetapi hanya memberikan pulangan yg sedikit. Bon boleh diibaratkan sebagai meminjamkan wang kepada institusi tertentu dengan perjanjian pulangan pada kadar tertentu yg dijamin. Dijamin pun, ada yg bangkrap jugak.......

14. Hartanah
Antara produk pelaburan yg menjanjikan pulangan berterusan jika kena caranya. Hartanah melibatkan tanah dan semua harta yg dibina diatas tanah sama ada untuk dijual, disewakan atau dipajakkan. Untuk mendapat pulangan yg berterusan dan meningkat, banyak faktor yg perlu diberi perhatian sebelum mula melabur dalam produk ini. Rujuk individu dan dalami ilmu berkaitan sebelum mula menjadikan hartanah sebagai pelaburan anda. Lebih separuh dari jutawan dunia, mengumpulkan kekeyaan melalui hartanah. Best bunyinya...... Hehe

15. EMAS
Pelaburan terbaik yg pernah ditemui. Simpanan, pelaburan atau manipulasi. Apa pilihan anda. Memandangkan terlalu banyak yg perlu dikongsi bersama, aku sertakan link ke blog Emas aku utk perkongsian semua....




   

P/S :
1. Melaburlah untuk ilmu dahulu sebelum melabur dalam produk lain.
2. Rancang dengan teliti apa yg ingin dicapai.
3. Ambil kira pandangan orang sekeliling dan pandangan pakar.
4. Berdisiplin dalam menjayakan perancangan.
5. Jangan mudah rambang mata. Tiada perkara yg mudah didunia ini...
Labels: |
4 Responses
  1. Jas Elegant Says:

    Terima kasih atas perkongsian to blog owner. Saya adalah Unit Trust Consultant (UTC) – agen unit trust investment untuk Public Mutual & lokasi utama dalam tugas adalah kawasan Johor Bahru, Kuala Lumpur, Selangor & Penang.
    .
    Minimum permulaan RM1000 sahaja. Boleh melabur dari akaun KWSP (berdasarkan kelayakan). Cash investment pun boleh & ada pilihan untuk ambil pelan tambahan bulanan serendah RM100 per month sahaja. Dana Islamic 100% juga ada (Approved Syariah Compliance Funds). Pelaburan untuk jangka masa panjang sahaja above 5 years. Keuntungan sekitar min 9%-15% per year.
    .
    Bagi sesiapa yang berminat melabur dalam Unit Trust, boleh lah juga hubungi saya melalui mobile atau email. Jika hanya ingin mengemukakan soalan, anda juga dialu-alukan. Terima kasih.
    .
    Jas
    Unit Trust Consultant / Perunding Unit Amanah
    Co: Public Mutual Berhad (wholly-owned subsidiary of Public Bank Berhad)
    T: +6017-7055 381
    E: jas.elegant@gmail.com
    W: http://www.facebook.com/investment.unittrust
    .
    ” Why not try, let’s say 10 years investment period & gain minimum 9% profit per year? Reports on fund past performance available just to show the ability of the fund. Feel free to request for one ! “


  2. Unknown Says:

    Saya, Jessica Shannon Shirley dari Amerika Syarikat, North Carolina saya berjanji
    untuk berkongsi kesaksian ini di seluruh dunia sekali Suami saya kembali kembali kepada saya, dan hari ini berkenaan dengan semua kerana saya ingin mengucapkan terima kasih dr. Odenore untuk membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada hubungan saya dan keluarga saya. Saya ingin memaklumkan kepada anda semua bahawa ada caster ejaan yang benar dan tulen. Saya tidak percaya dalam apa-apa perkara-perkara ini sehingga i perceraian suami saya, saya memerlukan bantuan sehingga saya mendapati yang caster ejaan yang hebat, Dan dia membuang ejaan cinta bagi saya, dan dia meyakinkan saya bahawa saya akan mendapat suami saya kembali dalam dua hari selepas ejaan telah dilemparkan. Tiga hari kemudian, telefon saya berdering, dan sebagainya teramat, ia adalah suami saya yang tidak memanggil saya untuk 6 bulan yang lalu sekarang, dan membuat permohonan maaf untuk percutian hati, dan memberitahu saya bahawa dia sudah bersedia untuk menjadi tulang belakang saya sehingga hidupnya dengan saya. Dr Odenore, dikeluarkan dia tahu berapa banyak saya suka dan mahu dia. Dan membuka matanya untuk gambar berapa banyak kita telah berkongsi bersama-sama. Sebagai I`m menulis kesaksian ini sekarang I `m gadis yang paling gembira di dunia dan saya dan suami saya yang hidup kehidupan yang bahagia dan cinta kita kini lebih kuat daripada bagaimana ia adalah lebih sebelum rehat kami sehingga. Jadi `s mengapa saya berjanji untuk berkongsi kesaksian saya di seluruh alam semesta. Semua terima kasih pergi ke Dr Odenore untuk kerja-kerja yang berlebihan yang beliau telah lakukan untuk saya. Di bawah adalah alamat e-mel dalam apa jua keadaan anda sedang menjalani rehat jantung, dan saya memberi jaminan kepada anda bahawa dia telah melakukan lombong bagi saya, dia pasti akan membantu anda juga. hubungi dia buat pada e-mel odenoretemple@gmail.com

    (1) musim Cancer
    (2) musim Kehamilan
    (3) Hiv / aids ejaan *
    (4) Mendapatkan wang penipuan anda kembali *
    (5) Jika anda mahu kanak-kanak.
    (6) Jika anda sentiasa mempunyai mimpi buruk
    (7) Eja untuk Dapatkan satu cinta anda keluar dari penjara.
    (8) Mendapatkan pinjaman yang besar tanpa membayar apa-apa fi mengeja *
    (9) Anda mahu wanita / orang yang berlari selepas anda.
    (10) Jika anda mahu bekas anda kembali.
    Hubungi beliau hari ini atas bantuan anda dan anda akan gembira untuk selama-lamanya. JAWAPAN (e-mel: odenoretemple@gmail.com)


  3. Halo, saya bernama BAMBANG LARRY. Saya ingin menggunakan media ini untuk mengingatkan semua pencari pinjaman sangat berhati-hati karena ada penipuan di mana-mana. Beberapa bulan yang lalu saya secara finansial tegang, dan karena putus asa, saya telah scammed oleh beberapa lender online. Aku hampir kehilangan harapan sampai seorang teman saya merujuk saya ke pemberi pinjaman sangat handal bernama HARTFORD FINANCIAL SERVICE yang meminjamkan pinjaman tanpa jaminan dari Rp600.juta dalam waktu kurang dari 24 jam tanpa tekanan atau stres dengan tingkat bunga hanya 1.5%. Saya sangat terkejut ketika saya memeriksa saldo rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah i diterapkan untuk dikirim langsung ke rekening saya tanpa penundaan. Karena itu saya berjanji saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa stres. Jadi jika Anda membutuhkan setiap pinjaman apapun, menghubunginya via email nya: hartfordfinancialservice@gmail.com
    Anda juga dapat menghubungi saya di email saya burgerlarry22@gmail.com
    Sekarang, semua saya lakukan adalah mencoba untuk bertemu dengan pembayaran pinjaman saya yang saya kirim langsung ke rekeningnya bulanan.


  4. Black Rambo Says:

    Saya Rambo Hitam dari Grammy, saya bekerja di Kem Grammy, isteri saya meninggal dunia 6 tahun yang lalu dan sejak saya menjaga anak tunggal saya bernama Clinton, seorang kawan nasihat saya untuk mencari isteri, pada pencarian saya bertemu Jennifer dia dan wanita Inggeris, Saya suka begitu banyak bahawa saya boleh memberikan segala-galanya dia berusia 37 tahun, selepas beberapa waktu bertarikh saya begitu banyak cinta dengannya, kami mempunyai beberapa salah faham, dan dia pecah dengan saya dan saya merayu kepadanya untuk kembali anak saya dipanggil dia berkata Tidak, bahawa dia telah menemui orang lain, dan kita suka antara satu sama lain selepas beberapa hari saya membaca artikel tentang bagaimana Dr Lomi boleh membantu membawa kembali , Saya memutuskan untuk mencuba, saya menghubungi Dr Lomi untuk membantu beliau memberitahu saya apa yang perlu dilakukan untuk membawa balik kekasih saya yang saya lakukan, dia melakukan doa dan Jennifer kembali dia mencintai saya dan menghargai saya lebih sekarang, dan kami mempunyai masa terbaik dalam hidup kita, Dr Lomi juga menyediakan beberapa herba semulajadi yang membuat saya kuat dan sihat lagi sekarang saya merasa seperti seorang pemuda saya berpuas hati dengan seksualnya sangat baik kita berdua gembira, hubungi Dr Lomi pada nombor WhatsApp +2349034287285 atau e-mel kepadanya di lomiultimatetemple@gmail.com HE MEMPUNYAI PENYELESAIAN TERBAIK UNTUK ANDA.


Post a Comment

NuffNang

XchaNge

AMARAN :

BLOG INI MUNGKIN MENYEBABKAN KETAGIHAN. BAHAN YANG DIPAPARKAN MUNGKIN MENGGANGGU JIWA DAN RAGA ANDA. SEBARANG KECEDERAAN MINDA ATAU KOMPLIKASI PADA OTAK ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI. DISARANKAN ANDA MELAYARI DENGAN DITEMANI ORANG YANG LEBIH DEWASA.

Kandungan Blog Ini Merupakan Hak Milik Semua, Anda Boleh Memuat Turun Bahan Untuk Rujukan Atau Sebagai Paparan Umum Atas Tanggungjawab Sendiri.
  • "QUOTE"

    It is not how much u earn,
    It is how u spend what u earn...

    MaLaYN3um

    MaLaYN3um
    Gabenor Bank Negara in The MakinG

    NuffNang

    Churp Churp

    ALpha ProJecT


    ShoutMix chat widget

    Followers

    My SupeCar

    My SupeCar
    Catch Me If u CaN

    Loan Calculator

    Site Meter

    Google Analytics

    Pageviews last month