Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sori Ore Guo Muse
Maah la kalu ado hok maroh lepah baco cerito ni. Kawe jupo maso tengoh berfesbuk takdi. Lucah sikit cerito dio, tapi sakit perot lepah baco lawok gilo dio nih. Sori la Ore kelate..... Ore guo muse pong samo.......




   
Asal kawe, Kapong Ulu, Guo Muse.......
Kuruskan Pahala Puasa Kat Pasar Ramadhan
Dah lama x pi pasar Ramadhan. Asyik balik lambat je keje. Biasalah, kalo dah makan gaji, kena ikut peraturan. Karang bos potong gaji, aku jugak yg naya. Dari pagi lg aku dah bgtau isteri, ari ni xyah masak, kita borong makanan kat pasar ramadhan abes-abesan. Dah lama terliur nak makan kueh akok dgn tepung pelita. Hehe... Kueh tradisi kelate tuhh...

Kueh Akok yang jadi pujaan hatiku...

Misi memburu tepung pelita..

Sampai pasar ramadhan dekat pukul 5.30. Orang dah ramai. Susah jugak nak cari parking, seb baik aku bawak keta mini jer. 2-3 kali pusing, dapat jugak park kat kotak parking. Jauh sket xpelah, jalan-jalan sambil excercise....

Biasanya, aku tawaf dulu satu trip. Bila patah balik baru mula beli apa yg patut... Pusing-pusing, jumpa jugak  gerai yg jual kueh akok yg aku cari tu. Tinggal sekeping je lagi. Sekeping pun jadilah... Asalkan dapat merasa... awal betul abis.. Ntah-ntah tengahari diorg dah mula bisnes... Hehehe... Untung org yg x puasa..

Nak dijadikan cerita, tgh jalan-jalan tu, aku terserempak dgn satu pasangan. Gayanya macam baru kawin. Terkepit-kepit macam jalan kat taman bunga la pulak. Lantaklah korang. Asalkan bahagia. Yang aku tak tahan tu, pakaian perempuan tu seksi gila. Dgn baju kurang lengan, ketat, sampai terjojol benda tu nak x sabar-sabar nak keluar. Dah la baju cenggitu, boleh dia pakai seluar pendek ketat. Paras paha pulak tu. Aku bukan nak busy body sangat, tp dah namanya nak ke pasar Ramadhan, di Bulan Ramadhan pulak tu, agak-agak la kalau nak buat free show pun. Nak kata kurang duit sampai pakai baju budak, x jugak. Nampak gaya macam org berada. Tersengih je isteri aku tengok bila aku pandang-pandang. Free-free dapat dosa tadi.
Lebih kurang macam ni ler (Gambar Hiasan)

Kerana aku x berapa puas hati, aku pi dekat sket. nak confirmkan spesis jenis mana. Sah, confirm melayu... cuma speaking ada berterabur skit. Slang jerman barat. Kalau dah melayu tu, 99% islam punya. Apa nak jadi dgn org Islam sekarang. Ntah kitab mana yg diorg baca....  Tu baru bab si perempuan. Yang lelakinya, x kurang hebatnya... Dengan short byk poket, baju sendat ala-ala Malek Nor, bangle besar penumbuk, rantai bergayut kat leher, siap ada spek hitam lg kat dahi. memang cool.... Cool kepala hotak dia... Memang lari tune..

Aku senyum sensorang. Mesti isteri aku perasan. Tp dia tau, suami dia x pandang punya. Jeling sikit jer... Hehe...  Bila aku tengok semua pengunjung pasar Ramadhan kat situ. Lebih separuh pompuan yg memborong sakan tu, semuanya buat dosa free. Tak tutup rambut satu hal dah, yg pakaian ala-ala nak pi fun fair lagi la ramai... Kalau tengok anak-anak dara yg berhingus tu lagi la. Pakai baju sendat dgn seluar ketat. Patut pun baju baby makin mahal, diorg pun pakai sama rupanya.




   
Dah lupa pulak pasal tepung pelita aku. Ada 2-3 gerai yg jual tepung pelita, tp aku pi beli tempat yg ramai org. Biasanya, kalo ramai pengunjung tu, kueh dia mesti best. Aku mintak nak beli seringgit. Aku sorang je makan, banyak-banyak kang membazir pulak. Pak Cik tu cakap, kueh tu dah pakej. Dia jual 5 biji RM2. Aku cakap xpela, saya nak seringgit jer, bagi 2 biji pun xper. Dgn muka serius pak cik tu sound, "Kitaorg jual RM2 jer. Tak boleh jual sikit-sikit, memang dah pakej macam tu.. Kalau x nak xper"...

Ni la penyakit org kita, bila bisnes jer, nak untung lebih. Apa salahnya jual 2 bijik. Bukan rugi pun... Siap ada pakej lagi. Kalau aku beli, gerenti x abes punya... Malas nak layan, baik aku beli tempat lain jer...

Sambil jalan cari kueh tu, terjumpa pulak aku dgn sorang budak lelaki. Agak aku baru umur 3-4 tahun. Mak aiiii, dia punya gaya, kalah punk rock yg aku tgk kat tv. Dgn jeans ngan seluar petaknya, rambut pacak ala red indian, siap ada ekor lagi kat belakang... Kat tangan ada bangle, ada la besar jari tengah aku... Memang bergaya.... Hishhhhhhh, anak sapa la ni. Kecik2 dah dipakaikan dgn aksesori camtu. Siap dgn gaya rambut lagi tuh. Bila aku tgk bapak dia.... Memang sah la.. Bapak borek, anak rintik... Macam mana kita nak jadikan anak kita cemerlang didunia dan akhirat kalau dari kecik lg kita dah tempelkan benda yg ntah ape-ape kat budak2 tu. Patut lah, bila masuk sekolah je, macam-macam gaya budak-budak boleh jumpa. Bila panggil mak bapak, diorg boleh tanya.. "Salah ke???" Hahaha....
Bukan gambar budak tu.....

Macam-macam ragam.. Hehe. Akhirnya abes juga sesi borong sakan ari ni. Ada la 2-3 jenis kueh aku beli. Nasi kerabu ngan nasi dagang. 2 jenis air. Malam ni mesti kenyang gila... Asalkan jangan membazir udah le...

Sampai je kat keta, kurus lagi puasa aku. Memang sedozen aku menyumpah dalam hati. Mana taknya, dengan bangganya, ada keta park belakang keta aku. Kalau suruh Schumacer bawak pun, confirm x boleh keluar. Punya la banyak tempat parking lain, kat situ jugak dia nak sental. Mesti mamat ni malas jalan jauh, x pun sakit sendi lutut ni. Jangan sakit otak sudah... Dekat stengah jam aku tunggu, baru datang tuan punya kereta. Dengan rasa bangganya, dia masuk keta, terus blah, macam x bersalah jer. Kalau mintak maaf, sejuk jugak hati ni.

X pasal-pasal, kurus pahala puasa aku hari ni...
Labels: 0 comments | |
Berbuka Kat Mana?
Ari ni korang berbuka kat mana??? Restoran 25 Jam ni ker....

X pun kita makan kat warung jer..

Kalau rasa nak western, kita pi Setarbak...





   
Xpun kita test makanan eksotik... Pompuan mesti suka ni... Hehe
 Ni pun western ni....
Labels: 0 comments | |
Menu Hari Ni
Dah tak tau nak berbuka dgn menu ape. Pi pasar ramadhan pun macam sama jer. Nampak best, bila dah beli, x abes jugak... Ni ada 2-3 menu yg aku jumpa, test la korang nak rasa...
Selamat Mencuba, hehehe.....
Ayam golek berempah tu...

Sandwich special....

Beger ni confirm xde kat Mc Donald




   

Auwww, seksinya menu. Batal pose I....

Perghhhh, itik golek pun ada...

Adushh, x tahan.....


Ayam bakar dah abes, ni ayam Tanning....





   
Labels: 0 comments | |
Mana Ada Hantu
Ali dan Abu baru pulang dari bandar. Sebelum sampai kekampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yg bersebelahan sebuah kawasan perkuburan.


Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup2 malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu.

Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kuburdan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat.Dalam keadaan yang agak gelap itu,orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu diatas batu nisan.

Ali dan Abu bersuara"Fuuufff...terkejut kami, ingatkan pakcik ni hantu tadi, buat kami terkejut aje".

Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya :"Apa yang pakcik buat malam2 buta kat kubur ni??"

Tiba2 lelaki tua itu menjawab dengan marah..."Bodoh!!Dia orang salah eja nama aku!"
Adat yg di Islamkan
 

 Last week aku terima emel dr kawan zaman skolah dulu pasal beberapa benda yg sering kita buat tetapi sebenarnya dah lari sangat dari landasan agama. Kita sendiri mungkin dah terbiasa hinggakan adat dan budaya tu dah jd semacam kehendak sebenar agama Islam. Aku x pandai nak bersyarah panjang bab agama ni, aku "paste" kan terus emel dia. Cuma ada sikit aku edit n tambah gambo je.

Marilah kita bermuhasabah/ menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-terikut dgn budaya hidup orang lain.

Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah dimana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik dirumah mahupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik2nya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam peperiksaan. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya.Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10.Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, Astaghfirullah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh2 di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita berada pada landasan dan ajaran Islam yg sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yg mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.
KOD E, Kod Untuk BABI
BABI lagi. Dalam duk surf internet smlm, aku jumpa banyak lagi artikel pasal BABI dalam makanan kita. Dek kerana rasa sakit hati kerana dah ter"makan" beberapa produk yg x berapa nak halal tu, aku pun meluaskan lg pencarian utk berkongsi dengan korang.
Watak utama dlm cerita kita ni, Mr Piggy @ En BABI

Kenapa En Babi ni femes sangat? Mamat ni femes bukan kerana hidung mancungnya, tapi kandungan lemaknya yg terkandung dalam hampir kesemua makanan pek, bungkus dan tin di seluruh dunia. Lemak BABI atau gelatin ni digunakan sebagai agen penstabil, agen penebal, agen pembuih, agen pelekat atau agen pengikat dalam hampir kesemua makanan proses. Memang terer mamat ni.

Oleh kerana sifat gelatin yg unik, hampir kebanyakan produk makanan proses ni tak boleh dihasilkan. Ada 2 jenis gelatin yg digunakan iaitu "Type A" yg dihasilkan dari lemak BABI, dan "Type B" yg dihasilkan dari kulit atau tulang haiwan bovine (lembu, kambing dan kerbau).

Gelatin "Type A" telah ternyata haramnya dan gelatin "Type B" masih lagi tidak halal kecuali ianya dihasilkan dari haiwan yang disembelih secara halal, di proses secara halal, dibiakkan secara halal dengan makanan yang halal. Hampir 90% gelatin yang dihasilkan utk kegunaan dunia tidak dapat dipastikan halalnya dengan gelatin "Type A" merupakan penyumbang terbesar dalam industri makanan dunia. Kalaupun kita tak termakan gelatin BABI ni, kita masih lagi berpeluang makan makanan bergelatin HARAM yg lain.

KOD E untuk BABI

Memandangkan hampir kesemua gelatin yg digunakan diperbuat dari lemak BABI tonyok ni, maka pengeluar di Eropah menukarkan nama pd kandungan makanan dari PIG FAT kepada ANIMAL FAT atau KOD E. Penukaran kod dgn menggunakan KOD E ni dibuat kerana lebih 70% penggunan lemak emulsifier atau gelatin mereka ni terdiri dari negara-negara ISLAM. Kod E telah berjaya menipu kita dan  menjadi sebahagian dari makanan kita seharian.
X dapat dibayangkan, si Tonyok ni jd hidangan kita....

Lemak Si Tonyok ni jd makanan kita.


EMULSIFIER KOD atau KOD E yang boleh kita jadikan panduan utk mengelakkan diri termakan bahan yg mengandungi LEMAK BABI.


E100, E110, E120, E140, E141, E153, E210, E214, E216, E234, E252,E270,E280,E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E442, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473,E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904
 
Untuk langkah berjaga-jaga, kita perlu menjauhi dan memboikot terus semua barangan yg mempunyai emulsifier atau gelatin dgn KOD E diatas kecuali yg mempunyai tanda HALAL JAKIM. 

SUMBER :   HALAL GEL


SENARAI BARANGAN YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI
Senarai ini aku perolehi dari emel dan aku x dapat pastikan sumber ni betul atau sebaliknya. Camna pun, aku rasa elok aku berkongsi info ni sebagai langkah berhati-hati. Terpulang pd kita untuk membuat keputusan. Kita berhak untuk memilih, dan lebih elok jika kita menghindarkan diri jika kita tidak yakin dan was-was dgn produk yg dipasarkan. (KLIK UNTUK SENARAI BARANGAN)

Labels: 1 comments | |
Seb Baik X Batal Pose
PERKARA YG BOLEH MEMBATALKAN PUASA

1. MAKAN dgn sengaja
Yg ni tak sengaja xpe...

Ni pun x sengaja ni..


2.MINUM dgn sengaja
Bestnyer diorg tonggang botol.... Ishhhh


3. MEROKOK
Home made cigar tuuuu

4. TIDO
Penatnya dia pose...


Alahai, x sempat sahur semalam...


5. MANDI
Mandi pun agak-agak la. Makin lama, air makin surut tuu..

6. KOREK IDUNG
Korek apa-apa lubang dgn sengaja. Huhu. Jgn korek idung, biar hingus melelh sendiri...

7. MAJALAH LUCAH
Kurus pahala pose, silap-silap batal ni....

8.WEB PORNO
Wahhhhhhhhhhhh...


9.KATA-KATA LUCAH




10. SKODENG





11. MUKADIMAH SEKS


Ish budak-budak ni
Lemak Babi dlm Lychee Aku
Tengah posa cenggini, bestnya kalo dapat tea 'O' lychee sejuk. Lagi ler terangkat kalo lychee tu gebu-gebu macam kiah pekasam. Alamak, kurang pahala posa aku...

Ni bab lychee ni. Hangin betul aku, baru last week aku minum lychee Brand kat bawah ni, sampai menjilat jari. Tup-tup ari ni aku dapat tau, lyche ni mengandungi LEMAK BABI. Sadis betol. Patut pun makin lama, makin kurang terawih yg aku buat. Lemak babi dh beroperasi kat dalam. Adoiiiii.....

Ni ler dia lychee yang aku cerita tu. Memang lychee ni antara yang terlaris kat pasaran. Aku gerenti mesti separuh dari korang dah terbabas minum lychee ni. Sama la macam aku. Sekarang tolong la sebarkan utk rakan yg lain, jgn sampai ada lg muslim yg terminum kerana x tau kandungan babi dalam tin tu...

Bukan lychee ni jer. Ada byk lagi produk syarikat Narcissus ni yg mengandungi lemak babi tonyok tu. Aku x pasti apa dia, tp produk dia mcm kat bwh ni. Ada 2-3 yg macam familiar jer. Bertambah ler lagi lemak tonyok tu dlm badan kita.
Produk Narcissus ni sebenarnya keluaran China yg dah lama masuk Malaysia ni. Dek kerana kurang pengawasan dan ramai yg amik mudah, produk2 berBABI ni dah jadi kebiasaan dijual bersama produk halal lain. Mana kita nak tau kalau diorg x letak kat bahagian NON HALAL. Lepas ni, memang aku BANNED semua produk cina. Geli betul, termakan si tonyok tu....

Kenyataan kat bawah ni aku amik dari fesbuk TOK WAN

"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :

Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings



JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya menutup tanda halal pada produk tersebut.
 Sama-samalah kita mengingatkan rakan yg lain. Jgn sampai si tonyok kat bawah ni menjadi darah daging kita.
(Tonyok bersama spesis baru tonyok betina baka campuran)





   
Labels: 0 comments | |
Otak Lelaki & Otak Perempuan

Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, di antara keunikan itu sudah tentulah otak manusia. Di bawah ini ada ujian yang menarik untuk dicuba bersama…

Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan
dan jangan cuba menipu diri anda sendiri

Kira jumlah huruf F’s dalam perenggan dibawah
dalam masa 15 saat:

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

Dah selesai?

Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai
mengira!

OK?

berapa banyak?

Tiga? (Anda tentunya seorang lelaki!!!)

Sila baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula…

Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan
dibawah ini…

Otak LELAKI tidak memproses perkataan “OF”.

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat mengira kesemua 6 F’s pada
permulaan ujian memiliki otak PEREMPUAN.





   

Labels: 0 comments | |
Kurma ISRAEL, Awas

Menjelang Ramadhan yang penuh barakah ini, tentunya ramai dikalangan kita yang menjadikan kurma untuk bersahur dan berbuka. Awas, niat kita untuk mendapat lebih keberkatan mungkin menjadi sebaliknya. Kurma Israel kini mula memasuki pasaran kita melalui Singapura dengan dibawah jenama "JORDAN RIVER"

Walaupun kurma ini didatangkan dengan kotak dan dicetak Jordan River, namun ia bukanlah dari Jordan tetapi dihasilkan dari Israel Laknatullah! Kurma ini telah ditanam di suatu kawasan luas di bahagian timur Israel Laknatullah yang bersempadanan dengan Negara Palestin dan dimiliki oleh seorang Yahudi yang kaya serta ramai pekerjanya yang juga berbangsa yahudi.

Hasil jualan kurma kurma ini akan disalurkan kepada tabung pertubuhan pertubuhan yahudi. Pendedahan ini telah dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura.


Terkini kurma ini juga dipasarkan dengan nama "KALAHARI" dengan tulisan Jordan River dicetak kecil pada kotak. Jangan kita turut sama menjadi pembunuh saudara saudara kita di Palestin sedangkan dalam masa yang sama kita melaungkan jihad dan kebencian kepada Israel Laknatullah!
Sumber : Berita Harian Online & Fesbuk Sutera Biru





    
Labels: 0 comments | |
President Bank's Balls
A little old lady walks into the Bank of Canada with a bag of money. She insists that she must speak with the president of the bank.

She tells the bank president that she has accumulated several hundred thousand dollars over the years and would like to open a trust in the bank.

The president is curious, so he asks her, "Where did you get all this money?" The old lady replies, "I make bets."

The president then asks, "Bets? What kind of bets?"

The old woman says, "Well, for example, I'll bet you $25,000 that your balls are square."

"Ha!" laughs the president, "That's ridiculous -- you can never win that kind of bet!"

The old lady challenges, "So, would you like to take my bet?"

"Sure," says the president, "I'll bet $25,000 that my balls are not square!"

The little old lady says, "OK. I'll bring my lawyer with me tomorrow at 10 a.m. as a witness, and we'll see."

The next morning, the little old lady appears with her lawyer at the president's office. "OK," she says, "Time to drop your pants and settle this bet."

The president complies. The little old lady peers closely at his balls and asks if she could feel them. "Well, OK," says the bank president, "since there's so much money on the line."

Just then, the lawyer starts banging his head against the wall. The president asks the old lady, "What the hell's the matter with your lawyer?"

She replies, "I bet him $50,000 that at 10 a.m. today, I'd have the president of the Bank of Canada's balls in my hand."





    
Wong Fei Hung - Wira Kungfu Muslim
Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jaguh Kung fu dalam filem Once Upon A Time in China. Dalam filem itu, watak Wong Fei Hung dilakonkan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?

Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Seni Bela diri legenda yang namanya dinobatkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga supremasi kekuasaan Komunis di China.

 Foto yg dikatakan sebagai Wong Fei Hung

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab-kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.

Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, tabib dan pengamal perubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.

Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Karena itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos rawatan. Namun, Keluarga Wong tetap membantu semua pesakit yang datang dengan ikhlas. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama.

Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch’in yang korup dan menindas. Dinasti Ch’in ialah Dinasti yang menjatuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.

Wong Fei-Hung mulai mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarinya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda. Dasar-dasar jurus Hung Gar dicipta, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, kakak seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terselamat dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch’in pada 1734.

Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch’in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea). Jika saja pemerintah Ch’in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu semestinya akan berhasil mengusir pendudukan Dinasti Ch’in.

Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Dia juga berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan beladirinya semakin sukar ditandingi selepas dia berjaya mencipta jurus baru yang sangat taktikal namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus.

Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan secara langsung bagaimana beliau seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya mematahkan serangan lebih 30 orang pekerja pelabuhan yang berbadan besar kerana dia membela nasib rakyat miskin yg diperas.

Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cubaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton. Wong Fei-Hung berkahwin sebanyak 3 kali kerana kesemua isterinya meninggal pada usia yg muda. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendirian sehinggalah beliau bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang juga pakar dalam ilmu bela diri.

Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar ilmu beladiri  khusus utk perempuan di pusat latihan suaminya.

Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad’afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.

Wong Fei-Hung meninggalkan nama yang membuatnya dikenali sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Alah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup selepasnya. Amin.




   
Labels: 0 comments | |
Puasa - Kebaikannya Pada Kulit
Sya'ban hampir dipenghujungnya, dan kita kini hampir ke permulaan Bulan Ramadhan yg di berkati Allah.
Bulan untuk kita memperbanyakkan amal di samping berpuasa pada sebahagian harinya.

Selain dari tuntutan yang diwajibkan Allah, puasa juga bertujuan untuk melatih diri menahan hawa nafsu, meletakkan sifat empati terhadap fakir yang kesulitan makanan, menahan pandangan mata, menahan diri dari ghibah/mengumpat, menahan diri dari amarah dan banyak perkara yg mendisiplinkan diri kita.

Dari aspek kesihatan, puasa sememangnya diakui memberikan banyak kebaikan terhadap tubuh badan kita. Antaranya ialah KESIHATAN KULIT.

Alvenia M. Fulton, Pengarah Lembaga Makanan Sihat "Fultonia" di AS menyatakan bahawa puasa adalah cara terbaik untuk memperindah dan mempercantik wanita secara semulajadi. Puasa menghasilkan kelembutan pesona dan daya pikat. Puasa menormalkan fungsi-fungsi kewanitaan dan membentuk kembali keindahan tubuh (fasting is the ladies best beautifier, it brings grace charm and poice, it normalizes female functions and reshapes the body contour).

PUASA memiliki banyak hikmah dan manfaat untuk kesihatan tubuh, ketenangan jiwa, dan kecantikan. Semasa berpuasa, organ-organ tubuh dapat berehat dan sel-sel tubuh berupaya menjadi lebih aktif & sihat.

Puasa berfungsi sebagai detoksifikasi untuk mengeluarkan kotoran, toksin/racun dari dalam tubuh, meremajakan sel-sel tubuh dan menggantikan sel-sel tubuh yang sudah rosak dengan yang baru serta memperbaiki fungsi hormon, menjadikan kulit sihat dan meningkatkan daya tahan tubuh.

Puasa dapat menjadikan kulit lebih segar, sihat, lembut, dan berseri. Setiap saat, tubuh menggunakan metabolisma untuk menghasilkan tenaga. Tenaga dari makanan diproses menjadi tenaga yg akan digunakan tubuh kita. Sisa tenaga tersebut selain disimpan di dalam tubuh, ianya turut tersimpan di ginjal, sel kulit atau pelupuk mata dalam bentuk lemak atau glikogen.

Kita mempunyai sumber tenaga tambahan iaitu glikogen yg boleh bertahan sekitar 24 jam. Sumber ini akan dibakar menjadi tenaga jika tiada sumber lain didalam badan. Ketika berpuasa, sumber tenaga ini akan digunakan oleh tubuh. Organ tubuh akan kekurangan beban akibat penyimpanan dan ini meningkatkan kadar keaktifan organ dan sel tubuh kita. Ia juga disebut Peremajaan Sel. Peremajaan sel ini akan meningkatkan kekebalan tubuh serta kulit kita. Oleh kerana hal inilah, orang yg sering berpuasa akan kelihatan lebih cergas, segar, sihat dan berseri-seri.

Untuk lebih berkesan, orang yg berpuasa disarankan berbuka dan bersahur dengan makanan yg seimbang dengan kadar yg sederhana supaya bukan sahaja nutrien diperolehi badan, malahan tetap mengekalkan kesihatan diri dan kulit.
Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki
Macam-macam dah kempen menutup aurat ni dibuat. Tapi x ramai perempuan yg terasa. Macam mana nak terasa kalau sejak kecil lagi pakai baju pun macam x pakai ape-ape.


Memang betul-betul sengal la minah ni...



Sama kan??? Konon seksi sangat la tu....





   

NuffNang

XchaNge

AMARAN :

BLOG INI MUNGKIN MENYEBABKAN KETAGIHAN. BAHAN YANG DIPAPARKAN MUNGKIN MENGGANGGU JIWA DAN RAGA ANDA. SEBARANG KECEDERAAN MINDA ATAU KOMPLIKASI PADA OTAK ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI. DISARANKAN ANDA MELAYARI DENGAN DITEMANI ORANG YANG LEBIH DEWASA.

Kandungan Blog Ini Merupakan Hak Milik Semua, Anda Boleh Memuat Turun Bahan Untuk Rujukan Atau Sebagai Paparan Umum Atas Tanggungjawab Sendiri.
  • "QUOTE"

    It is not how much u earn,
    It is how u spend what u earn...

    MaLaYN3um

    MaLaYN3um
    Gabenor Bank Negara in The MakinG

    NuffNang

    Churp Churp

    ALpha ProJecT


    ShoutMix chat widget

    Followers

    My SupeCar

    My SupeCar
    Catch Me If u CaN

    Loan Calculator

    Site Meter

    Google Analytics

    Pageviews last month