Selamat Hari Guru kepada guru-guru dan cikgu-cikgu seluruh malaysia. Dah terlambat 3 hari aku baru dapat wish. Tak sempat nak menulis 2-3 hari ni, asyik overtime jek. Keje skolah pun menimbun lagi nak buat. Tahun ni tema Hari Guru tetap sama macam tahun lepas, "Guru Pembina Negara Bangsa". Kalau nak dikirakan, hari guru boleh dikatakan antara hari terpenting selain hari Ibu pada masyarakat kita, tapi ramai yang tak ingat tarikh hari guru. Bila anak mintak belikan hadiah, baru teringat hari guru pada 16 Mei tiap tahun. Apalah sangat jasa guru, bila dah berjaya, semua bakti guru dilupakan. Kononnya semua kejayaan yang dapat selama ni adalah atas usaha sendiri semata.
Teringat zaman sekolah dulu, dari darjah 1 hingga 3, aku duk dikelas Kuning, kelas belakang la tu. Aku mula masuk sekolah tahun 1987 kat Sek Kebangsaan Bukit Puteri, Besut, Terengganu. Aku antara pelajar yang tak berapa laju kalau bab belajar. Exam dapat nombor puluh-puluh je. Arwah cikgu Mohammad mengajar kitaorg hampir semua subjek. Asyik mengadap muka dia tiap hari. Bila masuk darjah 4, seorang cikgu praktikal mengajar kita orang lebih kurang 4 bulan. Cikgu Yusuf Zaki Bin Haji Mohammad. Aku masih ingat lagi nama, tapi rupanya dah makin kabur. Cikgu ni la orang pertama yang berjaya merubah hidup aku. Tiap kali lepas sekolah, dia akan ajak aku dan beberapa kawan lepak rumah bujangnya dibelakang sekolah. Sambil dengar cerita, sambil tolong dia buat kerja. Rupanya aku bukan sekadar main kat rumah dia, dalam diam-diam dia mengajar aku mengira. Subjek paling aku fail masa tu. Makin lama aku makin minat matematik hinggalah exam darjah 4 tu membuatkan aku berjaya naik ke kelas paling depan, Darjah 5 Merah..
Bermula dari masa tu, aku makin laju belajar, walaupun tak tau lagi untuk apa aku belajar. Exam darjah 5 dah jadikan aku antara top student kat skolah. Sebenarnya no 2. Ada sorang lagi yang terer sikit dari aku. Yang paling aku suka, tiap kali exam math, aku confirm dapat 100%. Paling teruk pun salah 1 soalan. Aku bernasib baik bila keputusan UPSR tahun 1992 berjaya menempatkan aku ke AYTB, dengan penempatan sekolah di Sekolah Nasiruddin Shah. Aku berada di AYTB (Kini MRYT-Besut) selama 3 tahun sebelum mendapat tawaran ke MRSM Terengganu dan SMT Besut. Kerana cita-cita nak jadi engineer, aku sambung belajar ke Sekolah Teknik Besut hingga SPM tahun 1997.
Sepanjang aku belajar disekolah rendah dan menengah, bermacam-macam ragam pelajar dan guru yang aku temui. Ada rakan-rakan yang nakal sampaikan cikgu-cikgu menangis. Ada yang lebih teruk menyakat cikgu hingga terpekik-pekik cikgu marahkan kitaorg. Cikgu pun ada bermacam-macam ragam, ada yang serius semacam, ada yang lawak memanjang sampaikan kalau x jumpa sehari rasa x senang duduk, ada yang cun melecun sampai termimpi-mimpi, ada yang moody tiap masa, ada yang garang dan bermacam-macam lagi. Apapun, semua cikgu-cikgu ni la yang banyak memberi tunjuk ajar dan ilmu pada aku. Tanpa cikgu-cikgu, aku tak akan kemana. Terima kasih Cikgu..... Selamat Hari Guru

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
NuffNang
XchaNge
AMARAN :
BLOG INI MUNGKIN MENYEBABKAN KETAGIHAN. BAHAN YANG DIPAPARKAN MUNGKIN MENGGANGGU JIWA DAN RAGA ANDA. SEBARANG KECEDERAAN MINDA ATAU KOMPLIKASI PADA OTAK ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI. DISARANKAN ANDA MELAYARI DENGAN DITEMANI ORANG YANG LEBIH DEWASA.
Kandungan Blog Ini Merupakan Hak Milik Semua, Anda Boleh Memuat Turun Bahan Untuk Rujukan Atau Sebagai Paparan Umum Atas Tanggungjawab Sendiri.

Post a Comment