Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FuTSaL (GILA BOLA)
Hari ni dapat sms dari team mate, ada 1 team ajak frendly.  X sabo nak kalah la tu. Minggu ni saja ada 3 team ajak kitaorg frendly. Full la jadual sampai minggu depan. Apsal la ramai yang berminat ni. Last week kitaorg kalahkan team Desa Cemerlang 21-18, hehe, macam badminton pulak. Agaknya team futsal kitaorg ni dah makin mantap, tu yg ramai yg berkenan. X pun diorg nak cari team belasahan kot.
SEAL CiTy FC - Team kuat yang aku tgh cerita ni......


 Bos dah on, lawan je sape yang ajak katanya. Bila2 pun boleh asalkan jangan malam jumaat. Apa pulak la pantang orang tua ni malam jumaat???  Ye tak ye jugak, mlm jumaat banyak hantu.....

Aku mula kenal futsal 6 tahun lepas bila mula bertugas kat Johor ni. Dulu kerja kat hutan, jgn kata futsal, bola pun haram x jumpa. Mula2 jumpa court, punya la best dapat main atas turf. X pernah2 lagi main atas rumput tiruan sebelum tu. Dah la main malam, ada sport light lagi tu, macam rusa masuk kampung. Bila time nak bayar, mak aiiii, terkejut beruk. Main sejam kena bayar seratus. Kat kampung main bola free jek. Gila betul org bandar bersukan.
 Frenly dengan Desa Cemerlang, alaaa, yg kena 21 tuuu laa

 Ni game dgn Kota Puteri, kalah bermaruah kata bosssssssss

Dah makin lama main, makin ramai geng yang aku dapat kenal. Mula la bleh buat team, masuk 2-3 tournament, tapi tak pernah menang pun. Macam2 jenis kawan dapat jumpa time main. Polis, tentera, cikgu, mat kilang, geng2 tom yam, macam2 lagi la. Cuma x pernah lagi jumpa geng2 peguam dgn doktor main futsal. Kemain lagi nak sihatkan org, tp x pulak diorg bersukan. Bola x standard kot......

Sebut pasal bola, World Cup dah makin dekat. Meriah lagi la kedai mamak. Ramai lagi la geng yang menguap time keje. Ada lagi la member yang tido bawah meja ni....   Aku pun tak paham, kenapa la bola sepak ni boleh jadi kegilaan sampai gitu skali. Walaupun aku ni fanatik dengan bola, x pernah pulak aku berjaga semata-mata nak tgk org lain terkejar2 bola kat tgh padang. Elok aku sendiri yg main, dapat jugak keluar peluh.

Pernah jugak aku ikut kaki2 bola ni lepak kat mamak tgk world cup time ngaji dulu. Dari mula game sampai balik umah, x abis2 dengan ulasan. Sampai nak gaduh-gaduh. Yang lawaknya, yang paling banyak ulas tu, haram x pernah main bola. Bukan takat kaki bangku, sepak bola pun sipi-sipi je kena. Tapi ulasan ngalahkan shebby singh. Siap bagitau lagi strategi apa yang patut manager buat. Kadang-kadang, dia punya bodohkan player macam dia lagi terer. Hahaha, bola punya cerita.

Tapi yang paling aku sedih, team Malaysia x pernah dapat pi World Cup. Cium bau pun jauh lagi. Nak dapat ranking cantik dalam FIFA pun termengah-mengah. Dengan team ghana yang x cukup makan pun bleh kalah. Heran dgn pemain kita yang semuanya dah taraf profesional. Cukup makan, cukup latihan, cukup segalanya. Nak kata stadium x elok, dah lebih dari mewah. Nak kata kerajaan x bantu, dari zaman sekolah sampai besar dah ada yang tolong. Kalau nak kata xde bakat, ramai jugak yang main kat luar negara. EPL je x dapat masuk lagi. Player kita lebih makan kot.... Xpe la, janji aku dapat buat peluh.

Ni kalo ada team mana2 yang rasa nak kena bantai dengan kitaorg, jgn la malu-malu nak ajak frenly.
Utk team belasahan area Pasir Gudang ke Tebrau saja. Kalo ada team dari kelantan nak ajak frenly, elok kita lawan online kat PS je. Kitaorg selalu main kat court ID Sport(Masai) atau Sport Prima(Tebrau). Lupa nak bagitau nama team terer ni, SEAL CITY FC, huhu.....

 Berminat, Hubungi : En Mat Beckham (o127594049) atau emel je eragon_jjd@yahoo.com.my

Ni Team aku tgh bentuk untuk WorlD Cup 2018....
Labels: , |
0 Responses

Post a Comment

NuffNang

XchaNge

AMARAN :

BLOG INI MUNGKIN MENYEBABKAN KETAGIHAN. BAHAN YANG DIPAPARKAN MUNGKIN MENGGANGGU JIWA DAN RAGA ANDA. SEBARANG KECEDERAAN MINDA ATAU KOMPLIKASI PADA OTAK ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI. DISARANKAN ANDA MELAYARI DENGAN DITEMANI ORANG YANG LEBIH DEWASA.

Kandungan Blog Ini Merupakan Hak Milik Semua, Anda Boleh Memuat Turun Bahan Untuk Rujukan Atau Sebagai Paparan Umum Atas Tanggungjawab Sendiri.
  • "QUOTE"

    It is not how much u earn,
    It is how u spend what u earn...

    MaLaYN3um

    MaLaYN3um
    Gabenor Bank Negara in The MakinG

    NuffNang

    Churp Churp

    ALpha ProJecT


    ShoutMix chat widget

    Followers

    My SupeCar

    My SupeCar
    Catch Me If u CaN

    Loan Calculator

    Site Meter

    Google Analytics

    Pageviews last month