Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
MLM tu HARAM
Multi Level Marketing.... hehe. Confirm korang biasa dengar.. MLM aka Meniaga Larut Malam. Pakai baju smart2, minum kopi ramai-ramai (bayar sorang-sorang tu), cakap juta-juta, lukis bulat-bulat atas kertas, angguk ramai-ramai, cukup bulan pakai 7 series....

Tu dulu laa. Sekarang ni bila dh canggih sket, marketing diorg dah guna cara lain. Hantar emel kat juta-juta org, bagi sms kat handphone n tagged kita kat fesbuk/twitter. Bila dah tagged tu, diletaknya gambor pegang duit ribu riban... siap golek-golek lagi atas katil yg penuh dgn note RM50. Ada yg siap buat kipas. Yg tak tahan tu, siap posing2 dpn 7 series atuk dia..... Wah, berjaya sakan ek...

Aku bukan dengki sangat kalo ramai MELAYU kita yg betul berjaya buat bisnes. Tp bila dah kena TAGGED dgn pekebenda punya program yg tak masuk dek akal. Kadang-kadang hangin jugak... Sbulan dua ni lebih 10 kali kena tagged dgn geng diorg. Apa tu yg tengah femes skrang? UnstopBEBAL? hehe... Log In Fesbuk Dapat 100? Klu tagged saja x pe la jugak, ni siap katakan kita x berjaya pulak klu tolak peluang dia..... Woit, Kaya dgn duit HARAM sape yg nak??? HARAM ke MLM???

Dah lama sebenarnya aku pendam rasa... Dulu pernah terkena dgn MLM. Bila cakap terkena, diorg kata aku ni yg xde motivasi, GAGAL kerana tak positif, Malas, tak nak berusaha....

Tringat lagi zaman terkena dulu.. Terjumpa sorang sahabat karib zaman U kat bank. Dia pandang-pandang, aku jeling-jeling.... Bila dia dah senyum, baru aku ingat, mamat ni pernah tidur sebantal dgn aku dulu... Kita org borak-borak ringkas hingga dia bagi aku biz card.... Pengarah/Director sykt XXX... Wah, berjaya betul mamat ni. Bila aku tanya sykt sendiri ke? Kat mana? Biz apa? Dia cakap nanti la... Kita jumpa semula nanti... Minum-minum klu free....Dia pun blah....

Baru je nk masuk keta, dia lambai. Katanya lupa nak bagi satu benda ni... Rupanya dia tunggu aku kat luar dari td... Tunggu nak bagi pamplet... Sekali imbas, dlm pamplet tu tertulis... (Peluang biz, pulangan sehingga 5k sbulan, modal rendah, kerjasama dgn bank.. YG paling menonjol, kat bawah tu, pulangan boleh mencapai ratus ribu dlm setahun... Kat tepi tu berderet logo bank ngan gambar duit..... Ketul-ketul .... Skali lg bila aku tanya biz apa, dia jawab nnt kita jumpa.. KALAU BERMINAT LA.....

Dari bank sampai umah ligat dlm kepala aku fikir, biz apa ni... Boleh tahan.. Klu untung juta-juta, rugi x join... Sampai malam termimpi-mimpi... Tp 2-3 hari aku dah lupa... Sampai la hari ke-4, dia msg aku. "Jom minum, aku kat area umah ngko ni, td jumpa client kat sini". Terus aku ingat balik duit juta-juta. Confirm aku x lepas pluang ni... Dia bwk aku minum kat cafe hotel... Perghhhh, memang dasyat.. Minum pun kat hotel ni... Kitaorg crite biasa-biasa saja, sampai la aku x tahan, trus tanya pasal biz dia buat.... Rupanya dari td dia simpan ayat power, kluar bila aku betul-betul nak tau je... Apa yg dia cerita?

Tak sebut langsung pasal biz apa. Yg aku tau, biz barangan kesihatan. Yg dia ulas panjang. Pulangan... Pulangan.. Pulangan... Ratus ribu beb... Berpinau mata bila bab duit banyak ni... Last skali baru dia bagitau, KALO NGKO NAK BERUBAH. NI LAH MASANYA.. Modal bukan halangan. Nak seribu daya beb... Modal x banyak 5k je... Apa la sgt  5k kan, kalau sbulan dah boleh pakai 7 series....

Bila dah join, rupanya bukan berniaga pun. Barangan yg dia cakap makanan kesihatan tu, alat je... Tiap ari aku kena cari downline kalo nak dapat juta-juta... Dulu time ajak bisnes sama, dikatanya xyah cari orang. Orang cari kita. Bisnes mudah jalan. Tiru org yg berjaya buat je. Ni dah kira cari mangsa ni... Kerana nakkan sgt merasa duit banyak, ramai jugak yg terkena sama dgn aku. Alih-alih, upline tinggalkan kitaorg macam tu jer. Bangkai punya MLM.... Dah sapu duit, dia makan sorang-sorang...

Jadi aku tak heran sangat la kalau ada yg jadi jutawan kerana MLM ni. Nak menipu tu mudah sangat kan.. Budak-budak U yg baru nak kenal dunia, eksekutif yg baru mula keje, pegawai kerajaan... tu semua potensi utk ditipu... Apa lagi kalo melayu, kipas duit dalam internet pun dah lemah lutut nak join sama....

So, bila dah lama tinggalkan MLM. Rupanya byk lg stail baru yg diorg buat. Semuanya menipu hidup-hidup. Xde nak jual produknya. Semua tu gimik je. Yg penting, plan rekrut tu jalan. Mangsanya boleh dikatakan 100% MELAYU... Ramai yg ada degree pulak tu... Apa yg aku nak kongsikan, MLM tu HARAM... Jadi jutawan pun tak guna klu harta tak berkat beb.

Last week, aku terjumpa blog AididMuaddib,  mamat ni walaupun kasar sikit bahasanya, tp fakta yg dia bagi bab penipuan MLM ni jelas. Orang x berapa nak betul je yg akan join MLM lepas baca fakta ni...
Labels: |
0 Responses

Post a Comment

NuffNang

XchaNge

AMARAN :

BLOG INI MUNGKIN MENYEBABKAN KETAGIHAN. BAHAN YANG DIPAPARKAN MUNGKIN MENGGANGGU JIWA DAN RAGA ANDA. SEBARANG KECEDERAAN MINDA ATAU KOMPLIKASI PADA OTAK ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI. DISARANKAN ANDA MELAYARI DENGAN DITEMANI ORANG YANG LEBIH DEWASA.

Kandungan Blog Ini Merupakan Hak Milik Semua, Anda Boleh Memuat Turun Bahan Untuk Rujukan Atau Sebagai Paparan Umum Atas Tanggungjawab Sendiri.
  • "QUOTE"

    It is not how much u earn,
    It is how u spend what u earn...

    MaLaYN3um

    MaLaYN3um
    Gabenor Bank Negara in The MakinG

    NuffNang

    Churp Churp

    ALpha ProJecT


    ShoutMix chat widget

    Followers

    My SupeCar

    My SupeCar
    Catch Me If u CaN

    Loan Calculator

    Site Meter

    Google Analytics

    Pageviews last month