Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Selamat Tahun Baru 2011
Selamat Tahun Baru 2011... Masa berlalu dgn pantas.. Separuh dari plan tahun 2010 berjaya dilaksanakan. Najib kata, mencapai KPI... Hentam jer ...

Misi terbesar nak gandakan pendapatan nampaknya semakin menampakkan hasil. 2 dari 3 plan asal dah menampakkan hasil walaupun tak bergelar jutawan.. Hehe... Jutawan 2020...
6 bulan terakhir, aku habiskan banyak masa bertapa dgn beberapa mahaguru. X cukup mahaguru, aku join 2-3 seminar dan beli seguni buku untuk capai KPI tahun 2020. Jutawan beb.....

Aku share sikit apa yg aku dah capai dari segi kewangan tahun lepas. 3 perkara yg aku plan nak awal tahun lepas ialah mula menyimpan dan melabur dalam 3 instrumen utama :
  1. Hartanah
  2. ASB
  3. Unit Amanah
Walaupun dah berguru sket bab hartanah ni, aku masih belum confident nak terjun dalam bidang ni. Banyak lagi ilmu kena gali. Rugi beb, hartanah makin mahal... Tp aku rasa, ilmu lebih penting dari terus beli hartanah area ni. Nanti jd beban beb...

ASB aku hanya bagi pulangan 7.5% tahun ni. Tolak inflasi 4 %, dapat bersih dalam 3.5% jer. Tak berbaloi kalau semata-mata nak dapatkan income bulanan dari ASB. Tapi kerana buat pinjaman ASB, tolak untung rugi tiap tahun, 2020 nanti dah ada 200K dalam akaun. Jadi, misi menambah pendapatan melalui ASB diteruskan..
                               
Memandangkan awal tahun 2009 dulu aku dapat wang KWSP yg boleh kira lumayan, aku mula melabur dalam 2 Unit Amanah Public Mutual... Hehe, nampaknya selepas 2 tahun, purata yg aku dapat lebih kurang 46%.. Memang  lumayan tuh.. Kalo terus dgn prestasi camni, dalam masa 10 tahun, dgn kuasa compounding, aku akan dapat 6 kali ganda dari initial pelaburan aku.... Tp Unit Trust ni tak akan sentiasa camni, ada masanya, pulangannya lebih teruk dari ASB. So setiap 6 bulan aku akan revise balik, tukar Fund mana yg patut dgn target 2020, Initial aku menjadi 4 kali ganda. Tidak mustahil..... 2020, 100K lagi masuk akaun...

ILMU TERBAIK YG AKU DAPAT TAHUN 2010

Akhir Jun 2010, salah seorang sahabat aku berkongsi pengalaman pasal 1 benda yang sangat menarik... Potensi pulangan melebihi kesemua benda yg aku plan kat atas tadi... Aku memang gila kalo masuk bab duit berganda-ganda ni... Tp berdasarkan pengalaman lepas, aku paling takut 2 benda yg pernah aku kena dan ramai orang kat luar sana yg dah terkena. Skim Cepat kaya n MLM. Bukan aku nak burukkan MLM, tp ramai Upline MLM yg hanya pandai ambil peluang nak kayakan mereka sahaja. Dua benda ni dah sebabkn aku berhati-hati dalam bab duit ni. Sebab tu la ilmu tu penting.. Semua yg sahabat aku tu bagitau, aku simpan dalam otak baik2. Aku mulakan penyelidikan sendiri.....

Selepas 3 bulan aku buat research. Internet, 3-4 bijik buku, 2 kali seminar n setelah berjumpa 2-3 org pakar dalam bab ni, aku dapat simpulkan, BENDA ni secara teorinya memang memberikan pulangan yg lumayan kalau kena dgn strategi yg betul. Kalau xde strategi pun boleh dapat purata 30% tiap tahun ni.... Nak tau apa bendenya????

Hehe, sebelum tu aku bgtau apa yg aku buat dulu. Akhir bulan 9, aku dapat modal lebih kurang 5k dari isteri tersayang, bukak akaun kat Public Bank dan mula berkecimpung dgn benda alah ni. Aku monitor 3 bulan untuk tengok prestasi DIA. Wow............ Hujung tahun 2010, selepas 3 bulan, initial modal aku dah bertambah +10%. 3 bulan saja dah dapat 1K.... Nampaknya pasif income aku dah makin bertambah... Jadi untuk tahun 2011, aku dah tambah 1 lagi instrumen baru dalam portfolio income aku.... Cuma dgn modal 5k, xkan aku bleh jadi jutawan kan?

Nak tahu apa bendanya? EMAS atau mat salleh cakap GOLD. Dulu bila ada yg cerita bab emas pd aku, dalam kepala xde benda lain, mesti ni keje org pompuan. Xpun ni hanya untuk orang kaya saja. Rupanya emas ni dah 1400 tahun jadi penyimpan nilai kekayaan manusia. Bukan stakat simpan nilai, dgn cara yg betul, boleh gandakan wang kertas kita tu jadi berganda-ganda. So, Plan aku tahun 2011 ni, bukan stakat nak simpan emas, tapi nak jadi tokey emas dan jadikan emas ni sebagai tool nak capai matlamat aku tahun 2020... Jgn bimbang, aku x makan sorang beb... Aku dalam proses membina 1 lagi blog berkaitan emas ni, utk berkongsi cara dgn korang utk kita sama-sama gandakan wang gaji kita tu dgn emas.... Tunggu, x lama dah tu.... Ni link Blog Tu (Emas Raja Bukit) Baru 50% siap.....


PLAN 2011

Teruskan plan 2 dan 3. Mencari peluang utk peluang beli hartanah dan gandakan gaji dgn EMAS. Aku cerita sket je bab emas ni... X rugi kalo korang baca...

Last week aku dah kumpulkan dokumen, akhir minggu depan aku akan dapat RM100k melalui pinjaman peribadi. 10 tahun loan dgn Rakyat, kena bayar M12++ tiap bulan. Xpe, sebab sifu aku cakap, "Berhutang dgn bijak, hanya berhutang kalau ianya boleh menguntungkan kita". Secara kasar, dgn hutang RM100k, aku perlu membayar lebih kurang RM147k pada bank. Dgn wang ni, kalau aku beli 100k emas, dalam masa 2 tahun je, nilai emas aku dah melebihi jumlah hutang (kenaikan purata 27% setiap tahun). Dalam masa 10 tahun, dah boleh mencapai 4 kali ganda dari pelaburan asal. Untung 250k...

Ni Graf Kenaikan Emas Duni dalam 10 tahun ni


Aku dah berkongsi sikit info.. Sebenarnya aku ada plan yg lebih hebat utk manipulasi emas aku tahun ni. Nanti jangan lupa jenguk2 blog terbaru utk sama-sama kita berkongsi ilmu....
Labels: , |
0 Responses

Post a Comment

NuffNang

XchaNge

AMARAN :

BLOG INI MUNGKIN MENYEBABKAN KETAGIHAN. BAHAN YANG DIPAPARKAN MUNGKIN MENGGANGGU JIWA DAN RAGA ANDA. SEBARANG KECEDERAAN MINDA ATAU KOMPLIKASI PADA OTAK ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI. DISARANKAN ANDA MELAYARI DENGAN DITEMANI ORANG YANG LEBIH DEWASA.

Kandungan Blog Ini Merupakan Hak Milik Semua, Anda Boleh Memuat Turun Bahan Untuk Rujukan Atau Sebagai Paparan Umum Atas Tanggungjawab Sendiri.
  • "QUOTE"

    It is not how much u earn,
    It is how u spend what u earn...

    MaLaYN3um

    MaLaYN3um
    Gabenor Bank Negara in The MakinG

    NuffNang

    Churp Churp

    ALpha ProJecT


    ShoutMix chat widget

    Followers

    My SupeCar

    My SupeCar
    Catch Me If u CaN

    Loan Calculator

    Site Meter

    Google Analytics

    Pageviews last month