Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pendapatan Aktif Dan Pasif
Dah lama x menulis bab kewangan. Kali ni aku nak cerita bab pendapatan aktif dan pasif. Ni merupakan salah satu punca kewangan yang boleh menggandakan pendapatan kita selain dari punca pendapatan berganda yang juga dapat membantu kita menjana kekayaan. Kalau dah kerja makan gaji, macam mana pulak nak dapatkan pendapatan pasif ni ye.


Pendapatan Pasif
Hampir 90% dari kita bergantung pada punca pendapatan pasif untuk hidup. Sebanyak mana kita kerja, sebanyak itulah kita dapat pulangannya. Pendapatan pasif ni tak akan bertambah atau meningkat tanpa usaha yang lebih. Biasanya punca pendapatan pasif ni datangnya dari kerja full time kita. Paling banyak pun, hanya 24 jam sehari kita boleh bekerja. So, pendapatan kita hanya akan terhad pada tahap tertentu. Antara contoh kerja yg hanya memberi pendapatan pasif  seperti makan gaji sama ada kerajaan atau swasta, doktor, peguam malah ahli perniagaan yang lebih berfokus pada kaedah tradisional. Jangan ingat asalkan berniaga, kita dah menjana pendapatan aktif.

Pendapatan Aktif
Pendapatan aktif boleh kita definisikan sebagai kerja yang dilakukan sekali atau beberapa peringkat tetapi sentiasa mendapat pulangan tanpa perlu terus menumpukan masa kepada kerja tersebut. Kaedah ini banyak diamalkan oleh mereka yang berjaya dalam mengurus kewangan mereka. Cuba bayangkan, tanpa perlu bekerja, bebas melakukan apa sahaja tetapi income mencurah-curah masuk ke akaun kita.

Boleh ke kita menjana pendapatan aktif walaupun tiada modal atau pengetahuan kewangan yang kukuh? Tiada perkara yang mustahil, makan gaji pun boleh jadi kaya kan... Kat bawah ni aku terangkan serba sedikit kaedah untuk kita menjana pendapatan aktif sambil kita meneruskan kerja rutin harian kita. (Klik untuk artikel seterusnya)






   



1. Pelaburan 
Pelaburan tidak sama dengan simpanan. Simpanan yang dibuat dalam akaun semasa hanya mendapat sedikit pulangan dari institusi kewangan. Untuk menjana pulangan yang lebih, kita perlu mencari produk kewangan yang terbaik sesuai dengan tahap kewangan dan matlamat pelaburan kita. DiMalaysia, kerajaan menyediakan banyak produk kewangan yang menjanjikan pulangan yang berbaloi dengan pelaburan kita antaranya ASN, ASB, ASW dan banyak lagi tabung amanah yang dilancarkan oleh kerajaan. ASB memberi pulangan tahunan antara 6-15% setiap tahun dan turut memberikan bonus kepada pemegang saham mereka. Kebiasannya, pelabur ASB mendapat pulangan dalam lingkungan 10% setahun.

Selain produk kewangan ini, bank dan institusi kewangan turut menyediakan peluang pelaburan dengan menerbitkan saham dalam pelbagai jenis unit saham amanah mereka yang kadang-kala mencapai pulangan 50% (Pulangan tertinggi Public Mutual). Ditambah pula dengan konsep compounding, pelaburan berkala kita boleh menjadi berlipat kali ganda. Sebagai contoh, dengan pelaburan RM 200 sebulan pada usia 18 tahun sehingga berumur 56 tahun (pada kadar interset 10%), kita boleh menggandakan pelaburan kita menjadi lebih RM 1 Juta. (Compound-Kuasa Wang Masa)

Banyangkan jika kita melabur dalam produk yang memberi pulangan sehingga 30%, dengan hanya RM200 sebulan, kita mendapat RM 1Juta yang pertama selepas 16 tahun. Jika kita bermula pada usia 18 dan meneruskan sehingga usia 50, pelaburan kita boleh menjangkau RM 60 Juta. Nampak macam x logik, tapi dengan disiplin dalam menyimpan dan berupaya mendapat pulangan yang berbaloi-baloi. Tapi berhati-hatilah semasa mencari produk pelaburan, elakkan dari tertipu. Cari unit amanah yang bersesuaian dengan matlamat kewangan kita.

2. Hartanah
Secara asasnya, hartanah merupakan aset yang melibatkan tanah dan harta diatas tanah sama ada dijual, disewa atau dipajakkan. Industri hartanah merupakan antara penyumbang terbesar kepada kekayaan tycoon-tycoon di seluruh dunia. Bagaimana hartanah boleh menjana pendapatan secara aktif?

Bukan semua aset hartanah yang kita ada boleh menjana keuntungan, terdapat sesetengah aset yang tidak menyumbang atau menjadi liabiliti kepada kita. Ada hartanah yang menjunam harganya sebaik sahaja dibeli dan ada hartanah yang mempunyai nilai komersil yang tinggi tetapi menjadi liabiliti kerana tidak diuruskan dengan baik.


Nilai tanah dan bangunan yang didirikan boleh meningkat lebih 20% setiap tahun jika terletak ditempat yang strategik. Pulangan yang lebih tinggi boleh diperolehi jika kita membangunkan tanah menjadi premis harta tanah seperti rumah kedai atau bangunan perniagaan utk disewakan atau dipajakka.

 Dengan kerja makan gaji, kita berpeluang membeli beberapa jenis hartanah utk dijadikan aset atau sebagai sumber pendapatan  pasif. Bermula dengan aset yang kecil dan dikembangkan menjadi aset yg lebih tinggi nilainya. Kita perlu ketahui syarat dan langkah yang betul supaya tidak tersilap langkah dan memilih keputusan yang silap. Dengan perancangan yg betul, pihak bank  akan membantu kita menggandakan aset kita dalama hartanah. Perkara pertama yg mesti dilakukan ialah belajar dan mendapatkan seberapa banyak info atau maklumat berkaitan hartanah dari buku-buku, bengkel atau orang perseorangan yang boleh dipercayai.


3. Royalti
Royalti boleh diperolehi melalui pelbagai cara. Kebiasaannya hak cipta produk atau jenama memberikan pulangan royalti sepanjang hayat kita. Contoh penerimaan royalti adalah melalui produk kita yg dipatenkan, hasil karya seni, buku-buku atau penulisan, jenama ataupun perniagaan berasaskan internet yang menawarkan royalti atau faedah dalam kaedah tertentu. Sebagai seorang penjawat awam atau makan gaji, kita boleh mendapat hasil royalti melalui penulisan, ulasan, penciptaan produk, atau kaedah bisnes internet yg banyak ditawarkan. Idea kita juga boleh dijual jika ianya memenuhi kehendak atau diterima oleh syarikat utk dikomersilkan.

Mungkin agak terhad utk kita kembangkan pendapatan melalui penerimaan royalti, tetapi setiap dari kita semestinya mempunyai kelebihan tertentu yang boleh dijual atau dikongsi.


4. Usahawan -Keuntungan perniagaan
Perniagaan sememangnya merupakan antara sumber pendapatan yg kadang kala tidak terhad dan boleh berkembang sehingga memberikan pulangan yg tidak terhingga. Walaupun bukan semua perniagaan boleh memberikan pulangan secara aktif, tetapi kita boleh mengubahsuai atau menjadikan bisnes yg kita lakukan menjana pendapatan aktif utk kita. Kaedah francais atau perniagaan berbilang peringkat menawarkan pulangan secara aktif jika dikendalikan dengan baik. kita juga boleh meningkatkan pendapatan secara lebih aktif dengan membuka cawangan atau mempelbagaikan jenis perniagaan.

5. Agen Insurans/Unit Amanah
Agen insurans atau agen unit amanah memperolehi pulangan secara berturutan dalam jangka masa tertentu berdasarkan peratus jualan produk kewangan mereka. Agen hanya perlu bekerja sekali atau beberapa jam untuk mendapatkan pelanggan membeli produk kewangan mereka dan seterusnya menerima pulangan dalam jangka masa tertentu. Kadang kala pulangan diperolehi setiap bulan sehingga 3 tahun (Produk insurans). Dalam jangka masa ini, agen boleh melipat gandakan pulangan dengan mencari pelanggan setiap masa.

6. Ahli MLM
MLM sering disalah tanggap oleh ramai individu kerana dikatakan menindas dan menipu orang ramai untuk mengaut keuntungan berganda. Sebenarnya sistem MLM telah banyak disalah guna dan dimanipulasi oleh kebanyakan individu yg ingin mengaut keuntungan secara penipuan. Individu yg tidak bertanggungjawab inilah yg telah mencemarkan perniagaan MLM selama ini.

Sehingga artikel ini ditulis, terdapat lebih 1000 syarikat MLM yg beroperasi diMalaysia. Hanya beberapa peratus yg aktif dan mempunyai latar belakang perniagaan yang berpotensi utk berkembang. Pada asasnya, MLM menyediakan platform perniagaan berbilang peringkat yang  boleh diperolehi pulangannya sama ada melalui jualan produk, jualan produk berkumpulan dan bonus merekrut ahli baru. Dengan sistem duplikasi yang dikembangkan secara terancang, ahli MLM boleh menikmati pulangan tertentu selepas beberapa peringkat kerja dilaksanakan. Walaupun ianya memberikan pulangan aktif kepada kita, pada tahap tertentu, sistem ini akan tepu dan memerlukan strategi lain untuk dikembangkan.

Apa salahnya mencuba dan mendapat ganjaran berterusan selepas beberapa tahun bekerja keras.... Sebelum memulakan bisnes MLM, anda perlu menyelidiki syarikat, pelan pemasaran dan berada dikelompok ahli yg benar-benar berpotensi utk berjaya


TAMBAHAN : Blog ini ditulis sebelum aku mengenali EMAS sebagai tool pelaburan. Rupanya masih byk yg perlu aku pelajari. Emas sebenarnya dah jadi tool penyimpan nilai kekayaan sejak dulu lagi. Aku kongsi link blog terbaru aku utk perkongsian kita.Blog Emas Raja Bukit

P/S : Wang berjuta atau income 6 angka sebulan belum tentu menjadikan kita bebas dari segi kewangan. Gaji 1k sebulan pun boleh menjadikan kita bebas dan menjalani hidup yang sempurna dalam cara kita. Asasnya bukanlah jumlah pendapatan yang diterima, tetapi bagaimana kita menggunakan pendapatan yang kita perolehi dengan sempurna.
Labels: |
0 Responses

Post a Comment

NuffNang

XchaNge

AMARAN :

BLOG INI MUNGKIN MENYEBABKAN KETAGIHAN. BAHAN YANG DIPAPARKAN MUNGKIN MENGGANGGU JIWA DAN RAGA ANDA. SEBARANG KECEDERAAN MINDA ATAU KOMPLIKASI PADA OTAK ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI. DISARANKAN ANDA MELAYARI DENGAN DITEMANI ORANG YANG LEBIH DEWASA.

Kandungan Blog Ini Merupakan Hak Milik Semua, Anda Boleh Memuat Turun Bahan Untuk Rujukan Atau Sebagai Paparan Umum Atas Tanggungjawab Sendiri.
  • "QUOTE"

    It is not how much u earn,
    It is how u spend what u earn...

    MaLaYN3um

    MaLaYN3um
    Gabenor Bank Negara in The MakinG

    NuffNang

    Churp Churp

    ALpha ProJecT


    ShoutMix chat widget

    Followers

    My SupeCar

    My SupeCar
    Catch Me If u CaN

    Loan Calculator

    Site Meter

    Google Analytics

    Pageviews last month