Kahwin ke kereta dulu jadi prioriti.. Pening jugak. Dah kira keputusan besar dalam hidup. Dua-dua perlukan modal besar, dan dua-dua perlukan maintenance.. Jangan ingat isteri tak perlu maintenance bro... Hehe.
Tadi masa sembang-sembang, kawan aku mintak pandangan, dia nak dua-dua tapi pening nak buat perancangan kewangan yang paling baik. Karang menanggung hutang sampai anak dah besar pulak. Tapi apa boleh buat, kita bukan jutawan. Nak tak nak kena berhutang jugak. Cuma berhutang dengan berhemah....
Lagi susah nak pilih ni..... Dua-dua berbaloi....
Berbalik pada topik, mana yang lebih penting ni? Kereta @ Kawin. Aku dulu beli keta bila masuk bulan ke-4 kerja. Kononnya nak siapkan semua kemudahan sebelum kawin. Baru mudah buat bajet sambil menyimpan untuk persedian berumah tangga. Rupanya plan memang x jalan. Duit semua abis kat keta. Tiap bulan ada saja benda baru aku tambah kat keta. Memang gatal betul kaki, kalau sekali seminggu x pi kedai aksesori, macam x sah. Tambah pulak kawan-kawan bujang semuanya gila kereta. Tup-tup, duit gaji kering tiap bulan, bil kad kredit pulak makin memanjang. Gara-gara tak nak kalah dengan rim sukan kawan-kawan. Cuma aku terover ekstrem, modified seluruh kereta. Abis simpanan. Amik stahun dua jugak sebelum boleh recover. Umur dah cecah 28 baru dapat kawin, tu pun pinjam jugak... Ishhhhhh... Mesti ramai yang sama kisah dgn aku ni...
(Seterusnya, Perancangan Kewangan - Kawin @ Kereta)
Sebenarnya, pilihan nak mendahulukan yang mana atas kehendak sendiri. Ada yang boleh hidup tanpa kenderaan pun lepas kawin. Tapi susah la nak kemana-mana. Nak harapkan motor, terhad la pergerakan dengan isteri. Kalau isteri dah mengandung, nak pi hospital checking dengan perut memboyot, bimbang jugak kalu jadi ape-ape. Ada jugak yang boleh idup dengan kete sampai tak kawin-kawin. Keta dah jadi isteri no 1. Dah kawin pun keta tetap jadi isteri no 1. Keta pun mahal beb...
Baiklah, back to bisnes.... Kita pinjam masalah kawan aku tu, then kita buat beberapa solution untuk masalah dia.
Situasi Dia, aku namakan A : Umur 24 tahun, gaji bersih RM 2400, seorang pegawai kerajaan yang baru memulakan kerjaya. Bakal isteri seorang graduate yang masih menganggur. Nak kahwin secepat mungkin kalau ada duit dan nak pakai keta sebelum ujung tahun.
Berdasarkan pengalaman aku, nak kekalkan keadaan kewangan yang stabil, hutang mesti kurang 1/3 gaji. So, A hanya boleh berhutang maksimum RM 800 je sebulan (RM2400 x 1/3). Kos kahwin pulak paling kurang mesti cecah RM25 k kalau buat cara sederhana. Dengan kiraan interest semasa, pinjaman peribadi selama 10 tahun kat bank Rakyat bagi RM 25k ialah RM 320 sebulan. Jadi untuk pinjaman kereta, si A mesti ambik keta yang kadar bayaran bulanan tak lebih RM 480 je sebulan. Pegawai kerajaan dah boleh wat full loan (RM 500 bayar muka) selama 10 tahun. Dengan kadar interest sekarang, keta yang boleh dia beli mesti yang berharga kurang dari RM 45,000.
Perancangan Awal :
Pinjaman dari Bank RM 25,000 ( RM 320 sebulan selama 10 tahun)
Kereta berharga RM 45,000 ( RM 480 sebulan selama 10 tahun)
Untuk kurangkan kos baik pulih keta, A mesti beli keta baru sahaja.
Dan kerana A nakkan famili Car, pilihan terbaik setakat ini hanyalah Proton Saga SE sahaja.
Penyelesaian 1 : Loan Peribadi dan Kereta dengan Zero Down Payment
Ni cara paling cepat untuk A lakukan. Buat loan peribadi 25k dan terus ambik keta dengan Zero Down Payment. Sebenarnya bukan x bayar langsung, kurang-kurang pun RM500 untuk proses dan booking. Dalam masa 2 minggu, dapat keta dan duit 25k pun dapat. Maka bermula lah A membayar RM800 tiap bulan pada bank. Tapi jangan lupa, bila dah berumahtangga, makin banyak lagi belanja yang kadang-kadang jadi hutang terpaksa.
Penyelesaian 2 : Loan Peribadi + ASB + OD dan Kereta dengan Zero Down Payment
Kaedah ni lebih kurang sama macam kat atas. Cuma duit loan RM 25k yang dapat tadi tak boleh terus digunakan. Pinjaman 25k biasanya akan dapat bersih dalam RM24,500 lepas tolak charge dan insuran kat bank. Duit tadi ambil dan terus masukkan dalam ASB untuk dapatkan sijil. Sijil ASB tadi kemudiannya dicagarkan untuk buat OD kat mana-mana bank yang tawarkan nilai tertinggi. Biasanya banka akan bagi OD dalam 23k kat kita. So dengan wang 23k tu boleh la wat kawin, dan utk beli keta, buat macam penyelesaian 1 tadi. Bezanya dengan cara ni, kita kekurangan 2k utk kawin (bukan rugi, duit 2k tu tetap ada). Tetapi untungnya, tiap akhir tahun, kita dapat interest dari ASB. Kurang-kurang pun RM 2450 tiap tahun (kiraan pulangan interest ASB 10%). Kalau 10 tahun, dah dapat dekat 24k dah tu. Kiranya dapat la untung jugak dari pinjaman kita. Bab OD ni aku akan ceritakan dengan lebih detail nanti. Kalau rajin nak cari, OD tu maksudnya Over Draft Bank.
Penyelesaian 3 : Tanpa Pinjaman
Tanpa pinjaman, maknanya semua plan kena tangguh 4 tahun la. Kalau ikut plan ni, keta boleh terus A beli dengan kaedah kat atas. Tapi bab kahwin tu kena tanngguh la. Seorang pegawai kerajaan biasanya akan dapat 2 kali tunggakan dan 1 kali pengeluaran minimum sepanjang mereka bekerja. 3 bulan pertama, A akan dapat tunggakan lebih kurang 3 kali gaji, RM 7200. Katakan tunggakan ni A gunakan untuk bayar hutang, bayar muka keta dan joli sakan sampai habis. Tunggakan ni dah tak boleh guna untuk kahwin. Tunggakan ke-2, A akan dapat lepas setahun setengah bertugas, ni tunggakan elau-elaun selepas bergelar pegawai tetap, lebih kurang 7k ke 10k. Kita anggarkan 7k je. Seterusnya, selepas 3 tahun lebih berkhidmat, A akan dapat duit dari KWSP jika dia memilih skim pencen. Pengeluaran ni boleh cecah 20k. Tapi aku ambil purata, biasanya pegawai macam A akan dapat dalam 14k. Jadi, kalau A simpan 7k yang pertama dan campur dengan 14k yang dia baru dapat. Dah jadi 21k. Duit simpanan 7k tadi kalau dia masukkan dalam ASB, selepas 2 tahun dah jadi RM 8400 dah. Jadi, kalau A nak kawin lepas 4 tahun bekerja, dia dah ada modal busuk-busuk pun RM 22,400. Umur 28 kawin, ok la tu kan....
Penyelesaian 4 : Alang-Alang Menunggu, Biar Berbaloi
Ni plan yang paling sempurna. Susah sikit nak buat. Dah la kena menunggu 4 tahun, kena berdisiplin pulak tu.
Syaratnya x susah sangat. Alang-alang nak kawin, duit gaji tadi terus asingkan RM 800 untuk kahwin. Kat plan 1 tadi, tiap bulan 800 jugak yang kita kena bayar monthly. Katakan A nak beli motosikal untuk bekerja, paling tinggi pun RM 300 tiap bulan bajet utk motosikal mesti diasingkan. Tinggal lagi RM 500. Maknanya RM 500 dari gaji A tiap bulan mesti diasingkan untuk pelaburan selama 4 tahun. Duit tunggakan ke-2 dan pengeluaran KWSP pun mesti dilaburkan sekali. Kita tengok apa jadi selepas 4 tahun....
HASILNYA : Simpanan biasa selama 4 tahun (48 bulan) hanyalah RM 45000 sahaja, tetapi melalui tabungan berdisiplin dalam ASB, A akan dapat minimum 53k. Jika A lebih berani dan melabur dalam Unit Trust selama itu, pulangan yang diperolehi mungkin lebih daripada 80k. Dengan 80 ribu, bukan setakat kahwin, honeymoon ke bulan pun boleh. So, tepuk dada n tanya hati........
RUJUKAN:
BULAN= Bulan permulaan simpanan hingga tahun ke-4 (48 bulan)
SIMPANAN = Simpanan RM 500 tiap bulan selama 4 tahun, Bulan ke-18 tunggakan gaji + elaun RM 7000 dan Bulan ke-42 anggaran pengeluaran KWSP sebanyak RM 14000.
ASB = Kiraan kadar interest 10% setahun @ 10%/12 sebulan (Pulangan ASB antara 6.3% ke 12 % setahun)
UNIT TRUST = Kiraan kadar interest 30 % @ 30%/12 bulan (Kadar pulangan unit trust bergantung pada tabung amanah tertentu, aku gunakan pulangan unit trust antara terbaik yang aku tau)

BULAN | SIMPANAN | ASB | UNIT TRUST |
1 | 500 | 504 | 513 |
2 | 500 | 1013 | 1038 |
3 | 500 | 1525 | 1576 |
4 | 500 | 2042 | 2128 |
5 | 500 | 2563 | 2694 |
6 | 500 | 3089 | 3274 |
7 | 500 | 3619 | 3868 |
8 | 500 | 4153 | 4477 |
9 | 500 | 4692 | 5102 |
10 | 500 | 5235 | 5742 |
11 | 500 | 5783 | 6398 |
12 | 500 | 6335 | 7070 |
13 | 500 | 6892 | 7759 |
14 | 500 | 7454 | 8466 |
15 | 500 | 8020 | 9190 |
16 | 500 | 8591 | 9932 |
17 | 500 | 9167 | 10693 |
18 | 7500 | 16806 | 18648 |
19 | 500 | 17450 | 19627 |
20 | 500 | 18099 | 20630 |
21 | 500 | 18754 | 21658 |
22 | 500 | 19415 | 22712 |
23 | 500 | 20081 | 23792 |
24 | 500 | 20752 | 24900 |
25 | 500 | 21429 | 26035 |
26 | 500 | 22112 | 27198 |
27 | 500 | 22801 | 28390 |
28 | 500 | 23495 | 29613 |
29 | 500 | 24195 | 30866 |
30 | 500 | 24901 | 32150 |
31 | 500 | 25612 | 33466 |
32 | 500 | 26330 | 34815 |
33 | 500 | 27053 | 36198 |
34 | 500 | 27783 | 37615 |
35 | 500 | 28519 | 39068 |
36 | 500 | 29261 | 40558 |
37 | 500 | 30009 | 42084 |
38 | 500 | 30763 | 43649 |
39 | 500 | 31523 | 45252 |
40 | 500 | 32290 | 46896 |
41 | 500 | 33063 | 48581 |
42 | 14500 | 47960 | 64658 |
43 | 500 | 48864 | 66787 |
44 | 500 | 49775 | 68969 |
45 | 500 | 50694 | 71206 |
46 | 500 | 51621 | 73499 |
47 | 500 | 52555 | 75848 |
48 | 500 | 53497 | 78257 |
HASILNYA : Simpanan biasa selama 4 tahun (48 bulan) hanyalah RM 45000 sahaja, tetapi melalui tabungan berdisiplin dalam ASB, A akan dapat minimum 53k. Jika A lebih berani dan melabur dalam Unit Trust selama itu, pulangan yang diperolehi mungkin lebih daripada 80k. Dengan 80 ribu, bukan setakat kahwin, honeymoon ke bulan pun boleh. So, tepuk dada n tanya hati........
RUJUKAN:
BULAN= Bulan permulaan simpanan hingga tahun ke-4 (48 bulan)
SIMPANAN = Simpanan RM 500 tiap bulan selama 4 tahun, Bulan ke-18 tunggakan gaji + elaun RM 7000 dan Bulan ke-42 anggaran pengeluaran KWSP sebanyak RM 14000.
ASB = Kiraan kadar interest 10% setahun @ 10%/12 sebulan (Pulangan ASB antara 6.3% ke 12 % setahun)
UNIT TRUST = Kiraan kadar interest 30 % @ 30%/12 bulan (Kadar pulangan unit trust bergantung pada tabung amanah tertentu, aku gunakan pulangan unit trust antara terbaik yang aku tau)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
NuffNang
XchaNge
AMARAN :
BLOG INI MUNGKIN MENYEBABKAN KETAGIHAN. BAHAN YANG DIPAPARKAN MUNGKIN MENGGANGGU JIWA DAN RAGA ANDA. SEBARANG KECEDERAAN MINDA ATAU KOMPLIKASI PADA OTAK ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI. DISARANKAN ANDA MELAYARI DENGAN DITEMANI ORANG YANG LEBIH DEWASA.
Kandungan Blog Ini Merupakan Hak Milik Semua, Anda Boleh Memuat Turun Bahan Untuk Rujukan Atau Sebagai Paparan Umum Atas Tanggungjawab Sendiri.

terbaik la tuan umah nye cara penyelesaian..tapi kalau dua2 swasta n gaji xla hebat cm si A tu cmne ye
EMAS... Simpan emas setakat yg termampu setiap bulan...
Hehe, nak kawin cepat, xde cara lain selain berhutang..