Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PELAKSANAAN MERANCANG & MENGURUS KEWANGAN 2
PELAKSANAAN MERANCANG & MENGURUS KEWANGAN 2

Kat bawah ni aku akan ulas seberapa yang boleh cara nak melaksanakan perancangan dan pengurusan kewangan yang terbaik berdasarkan apa yang aku tahu.


1. KENALPASTI DIMANA KEDUDUKAN KEWANGAN KITA

Langkah pertama yang paling penting. Untuk 3 bulan pertama, cuba senaraikan apa saja income dan perbelanjaan yang kita buat. Secara berdisiplin, tulis semuanya dalam satu buku khusus semua detail wang masuk dan keluar. Tiap hujung bulan, jumlahkan semuanya dan bahagikan setiap item ikut kategori contohnya makanan, minyak kereta, bayaran ansuran kereta atau perabot, sedekah, simpanan, hiburan atau bil utiliti.

Dari list yang kita buat, kita dapat lihat dimana perbelanjaan yang perlu kita kurangkan dan perlu ditekankan. Data ni akan memudahkan kita tentukan matlamat dan buat plan yang terbaik untuk kita.

Awal2 nak mula memang susah, isteri aku ketawakan aku bila tiap malam aku bukak buku 3 lima nak tulis belanja harian. Macam budak2 katanya. Tapi bila dah masuk bulan 2, dia yang asyik ingatkan aku. Benda paling penting sebelum kami tido, hehe, mesti isi buku 3 lima dulu.

READ MORE...




Apa yang paling mengejutkan kami, perbelanjaan yang paling banyak ialah untuk makanan dan hiburan. Mana taknya, tiap bulan kami abiskan hampir 900 sbulan untuk makan sebab malas nak masak. Bila dah mula masak kat umah, belanja untuk makan x sampai 400 sebulan. Aku pulak abiskan lebih 300 untuk hiburan (DVD, futsal, komik, aksesori mengarut kat elelong). Bila dah sama2 tgk cara kami berbelanja, aku dapat kurangkan hiburan kepada bawah RM 100 tiap bulan. Kat situ dah save dekat2 RM 500.


2. TENTUKAN MATLAMAT KEWANGAN KITA

Dari list perbelanjaan dan income yang kita dapat. Secara ringkas kita dah boleh buat matlamat utama kewangan kita. List kan matlamat kita kepada 4 bahagian.

  1. Perbelanjaan wajib (Makanan, bil utiliti, ansuran, hutang2)
  2. Matlamat jangka pendek (1 ke 3 bulan)
  3. Matlamat sederhana ( 3 bulan ke setahun)
  4. Matlamat jangka panjang ( 1 tahun ke atas)

Listkan setiap matlamat kita secra detail supaya kita faham berapa yang kita perlu simpan atau laburkan. Susun list ikut prioriti kita. Kat bawah ni aku buat contoh list yang aku rancang bersama isteri.


1. Perbelanjaan wajib (Makanan, bil utiliti, ansuran, hutang2)
- Makanan RM500
- Utiliti (letrik,air,telefon & internet) RM200
- Ansuran kereta (900 + 300) RM1200
- Minyak kereta + parking + tol RM200
- Hutang (PTPTN, bank, kad kredit) RM500
- Mak Ayah kat kampung RM200
- Anak (susu+pampers+alatan baby+pengasuh) RM550

JUMLAH PERBELANJAAN WAJIB = RM 3350
DUIT GAJI YANG TINGGAL = RM 1700

2. Matlamat jangka pendek (1 ke 3 bulan)
- Beli alatan rumah (Vakum cleaner RM 150)
- Beli kasut baru (RM 150)
- Alat solek dan aksesori (RM 150)
So simpanan diperlukan sebanyak RM 150 tiap bulan


3. Matlamat sederhana ( 3 bulan ke setahun)
- Beli katil/tilam dan set meja solek (RM 1200)
- Melancong/pusing2 dengan famili (RM 1200)
Kat sini kena simpan RM 200 sebulan.


4. Matlamat jangka panjang ( 1 tahun ke atas)
- Pi mekah berdua (RM 30k lagi 10 tahun) RM 250 sebulan
- Beli tanah (RM 60k lagi 10 tahun) RM 500 sebulan
- Anak masuk Universiti (RM 20k x 3 orang) RM 500 sebulan
- Simpanan selepas bersara ( RM 1/2 juta lagi 25 tahun) RM 1500 sebulan

Kalau ikut kiraan kasar, dah jadi RM 2250 sebulan. Tapi jangan bimbang, dengan kaedah simpanan atau pelaburan teratur, sekurang-kurangnya kita akan dapat sebahagian dari perancangan kita. Kat bank ada sistem compounding yang boleh menjadikan simpanan kita berganda setiap hari.

Plan ini kita akan ubahsuai setiap tahun supaya memenuhi keadaan sebenar kewangan kita. Banyak cara untuk menggandakan wang melalui kaedah simpanan yang sah dinegara kita ni.

Buat plan biarpun nampak mengarut, supaya kita sentiasa peka dengan kehendak dan keperluan sebenar kita. Kalau boleh, tampalkan plan kat tempat yang kita mudah tengok supaya kita dapat disiplin kan diri sambil bagi semangat untuk menyimpan.


3. BUAT PLAN KEWANGAN TERBAIK

Plan kewangan terbaik semestinya boleh dibuat sendiri tetapi ianya lebih baik jika kita mintak pandangan orang yang lebih profesional. Ramai financial planner yang boleh memberikan nasihat yang ideal untuk kita. AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit) menyediakan pegawai yang boleh membantu kita menyelesaikan masalah kewangan dan membantu kita merancang dengan percuma.

Plan kewangan yang kita buat biasanya boleh dibuat dengan 2 cara utama iaitu simpanan sendiri ataupun melibatkan institusi kewangan. Simpanan atau pelaburan yang dibuat seeloknya dibuat secara potongan gaji atau standing orders supaya kita tak menggunakan wang yang sepatutnya disimpan kepada perbelanjaan bulanan kita.

Saya akan bincangkan kaedah simpanan atau pelaburan terbaik dalam post seterusnya.


4. IKUT PERANCANGAN YG DIBUAT

- Bila dah plan apa yang perlu dibuat, ikuti perancangan dengan berdisiplin. Bahagian ini yang paling sukar pada saya kerana tiap bulan ada saja perbelanjaan lebihan yang perlu dibuat. Kalau terpaksa berbelanja lebih, kita perlu top-up simpanan untuk bulan seterusnya. Disiplin amat penting untuk kebebasan kewangan kita.


5. MONITOR PELAKSANAAN PLAN & UBAH SUAI PLAN

- Setiap 3 bulan, cuba semak kembali status perancangan yang kita buat. Ubah mana yang perlu dan buat perancangan baru jika ianya melibatkan perubahan kewangan yang besar.

Semoga kita berjaya merubah hidup kita... Makan gaji pun boleh jadi jutawan...
Labels: |
0 Responses

Post a Comment

NuffNang

XchaNge

AMARAN :

BLOG INI MUNGKIN MENYEBABKAN KETAGIHAN. BAHAN YANG DIPAPARKAN MUNGKIN MENGGANGGU JIWA DAN RAGA ANDA. SEBARANG KECEDERAAN MINDA ATAU KOMPLIKASI PADA OTAK ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI. DISARANKAN ANDA MELAYARI DENGAN DITEMANI ORANG YANG LEBIH DEWASA.

Kandungan Blog Ini Merupakan Hak Milik Semua, Anda Boleh Memuat Turun Bahan Untuk Rujukan Atau Sebagai Paparan Umum Atas Tanggungjawab Sendiri.
  • "QUOTE"

    It is not how much u earn,
    It is how u spend what u earn...

    MaLaYN3um

    MaLaYN3um
    Gabenor Bank Negara in The MakinG

    NuffNang

    Churp Churp

    ALpha ProJecT


    ShoutMix chat widget

    Followers

    My SupeCar

    My SupeCar
    Catch Me If u CaN

    Loan Calculator

    Site Meter

    Google Analytics

    Pageviews last month