Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
7 KESALAHAN PENGURUSAN KEWANGAN YANG BIASA KITA BUAT

7 Kesalahan Pengurusan Kewangan Yang Biasa Kita Buat
Dipetik dari tulisan Azizi Ali,


Maklumat ni aku dapat dari tulisan Azizi Ali yang juga seorang Hartawan Hartanah yang berjaya. Aku cuba ulas seberapa yang aku tahu untuk dikongsi bersama.

  1. Not saving part of their income – 10% is a good start, and must save on consistent basis.
Kalau dah tiap bulan  meminjam, memang susah nak menyimpan. Nak tak nak, kita kena buat perancangan untuk kurangkan perbelanjaan atau tambah income lain. Bagi yang ada duit lebih sikit tapi malas atau x sempat nak menyimpan, gunakan kaedah paksaan. Buat pinjaman ASB atau buat potongan automatik untuk melabur dalam skim pelaburan tertentu.
  1. Not having a reserve fund – At least 3 months of living expenses.
Xde simpanan kecemasan. Memang parah kalau betul2 nak gunakan duit masa emergency. Bagi yang ada harta untuk dicagarkan, boleh buat OD kat bank. Gunakan OD sebagai standby money sahaja. Bagi yang memang x tau punca lain, buat Pinjaman Peribadi. Tp kena hati2. Jgn pulak pinjaman peribadi jadi duit joli.
  1. Raiding their saving - To avoid this, allocate certain percentage of your income as “play” money.
Nafsu memang x boleh nak tahan. Dah nampak simpanan banyak jer, mesti hati nak beli macam2. Kalau rasa x boleh tahan nafsu, bahagikan sebahagian simpanan dalam pelaburan yang susah nak kita ambil seperti fixed deposit, bond atau beli hartanah yang berpatutan. Buat akaun simpanan tanpa kad ATM ker. Baru tak kerap sangat kita melawat ATM yang bersepah kat mana-mana tu.
  1. Over-relying on salesman – If you don’t buy, the salesman earn no commission.
Dah memang kerja salesman menjual. Apa pun yg keluar kat mulut diorg mesti baik jer. X kira la agen insurans ker, Direct selling ker, agen unit tust ker, agen ape ke. Tujuan utama diorang adalah menjual produk, bukan memberi kita kebaikan. Pastikan kita mencari agen bukan agen mencari kita. Biasanya kita mencari kerana dah memang kita perlu untuk beli produk mereka. Kaji sebelum beli. Jadi taik idung masin pun xpe.
  1. Rushing to invest – No matter how good an investment may be and how grand they may appear, take your time. Do your homework first.
X kira la invest dalam apapun. Hati2 sebelum melabur dalam apa2 produk kewangan. Pastikan ianya disahkan dan mematuhi peraturan dinegara kita. Pastikan syarikat benar2 selamat. Pastikan pembelian dibuat selepas kita study, bukan kerana khabar angin. Dan pastikan kita buat backup plan jika pelaburan kita tu gagal. Jgn melabur kesemua wang anda dalam satu produk.
  1. Not willing to cut losses – If you can make money 8 times out of 10, that’s a fantastic achievement. Don’t forget to sell the losing two.
Ni untuk yang dah banyak income dari cabang berbeza. Kadang2 kita perlu bekorban melepaskan sesuatu yang mungkin merugikan kita. Jgn tamak. Dan cuba kurangkan kerugian sebanyak yang boleh.
  1. Not educating themselves about money – Read up on money matters. Ask the real experts. The more you know about it, the wealthier you will be.
Bagus. Baca artikel ni pun dah kira belajar. Belajar sikit2 pun xpe. X perlu jadi pakar, cukup sekadar untuk pengetahuan kita. Lama2 terer la kita. Tp lebih baik berguru dari belajar dari buku. Ikuti bengkel2 kewangan yang betul2 sesuai dengan kita. Awas, ada kursus kewangan yang ditawarkan untuk memerangkap kita. AKPK menyediakan bengkel dan pengurus kewangan peribadi secara percuma untuk membantu kita.
Labels: |
0 Responses

Post a Comment

NuffNang

XchaNge

AMARAN :

BLOG INI MUNGKIN MENYEBABKAN KETAGIHAN. BAHAN YANG DIPAPARKAN MUNGKIN MENGGANGGU JIWA DAN RAGA ANDA. SEBARANG KECEDERAAN MINDA ATAU KOMPLIKASI PADA OTAK ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI. DISARANKAN ANDA MELAYARI DENGAN DITEMANI ORANG YANG LEBIH DEWASA.

Kandungan Blog Ini Merupakan Hak Milik Semua, Anda Boleh Memuat Turun Bahan Untuk Rujukan Atau Sebagai Paparan Umum Atas Tanggungjawab Sendiri.
  • "QUOTE"

    It is not how much u earn,
    It is how u spend what u earn...

    MaLaYN3um

    MaLaYN3um
    Gabenor Bank Negara in The MakinG

    NuffNang

    Churp Churp

    ALpha ProJecT


    ShoutMix chat widget

    Followers

    My SupeCar

    My SupeCar
    Catch Me If u CaN

    Loan Calculator

    Site Meter

    Google Analytics

    Pageviews last month