Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
CARA BERBAKTI KEPADA IBU & BAPA
Mari lah kita renung renung kan dan ambil iktibar akan Wasiat Luqman Al Hakim ini..

(Surah Luqman 31: 14-15)

Maksudnya :
... "Dan Kami meWAJIBkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya di mana ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusukannya) dan tempoh mencerai susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Aku jua lah tempat kembali (untuk menerima balasan). Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau dengan fikiran sihatmu tidak mengetahui sungguh adanya, maka jangan lah engkau taat kepada mereka; dan bergaullah dengan mereka  di dunia dengan cara yang baik".

1. Mentaati suruhan mereka selagi tidak bertentang dengan hukum Syara'.
2. Mengorbankan jiwa untuk mempertahankan mereka.
3. Mendahulukan arahan mereka mengatasi perbuatan sunat.
4. Menjauhi perkara yang dilarang oleh mereka.
5. Menghulurkan khidmat kebendaan kepada mereka.
6. Menuruti kehendak dan kemahuan mereka.
7. Memperbanyakkan khidmat dan bantuan kepada mereka.
8. Memuliakanmenghormati dan beradap terhadap mereka.
9. Melakukan sesuatu yang meggembirakan mereka.
10. Mencium tangan dan berdiri menghormati mereka.
11. Seorang suami perlu mengutamakan redha ibu dan ayah daripada isterinya.
12. Berjalan di belakang mereka.
13. Bersabar atas perkara yang kita tidak sukai yang dilakukan oleh mereka.
14. Berbuat baik kepada sahabat dan kaum kerabat mereka.
15. Tidak meninggikan suara di hadapan mereka.
16. Tidak melakukan perkara yang menyedihkan mereka.
17. Tidak memanggil mereka dengan namanya.
18. Tidak mengeluarkan kata kata yang kesatmengherdik atau mencela di hadapan mereka.
19. Tidak merendah atau memperlecehkan martabat mereka.
20. Tidak menajamkan pandangan ke arah mereka.
21. Tidak bermusafir melainkan dengan izin mereka.
22. Tidak duduk di tempat yang lebih tinggi dari mereka.
23. Berbakti kepada ibu bapa setelah mereka meninggal dunia dengan cara berdoaistigfar,menunaikan solatberpuasabersedekahmenunaikan haji untuk mereka (jika belum tertunai) dan menziarahi kubur mereka.

* Sumber rujukan :
(Al-Bir wa Silah : 53;Nazarat Hawla Wasaya Luqman :2/146 & 183)

SILA LAH SHARE KALAU MAHU. TIADA PAKSAAN, TIADA LARANGAN. MARI LAH KITA SAYANGI IBU BAPA KITA.
Labels: 0 comments | |
Kereta Rosmah Terbalik Kat Parking
Ngeri... Semua tayar kat atas tu...
Hehe.. Nak tgk Motor Najib pulak yg terbalik ker? Klik Sini
Labels: 0 comments | |
25 Jenis Pompuan Yg Lelaki Menyampah
 Ni den amik kat dlm Fesbuk.. Memang menyampah..... (Kredit to penebukkertas & leklumedia)

1. Berambut perang..tak pun rambut kaler merah highlight sikit-sikit budget Avril

2. Kau pintal-pintal rambut kat public dengan lidah terjelir-jelir..kau nak jadi pornstar eh?

3. Snap gambar dari atas, buat duck face & kau upload kat Facebook..geli doh tengok..kalau 1 album nama kau, dalam tu semua muka itik kau. Muka penuh depan kamera..semuat-muat frame..bodoh

4. Kau rasa comel bila kau type message 'ewww..jum lepak..busyan lorh...umah tadew orang..pakwe gie maen futsal pulark..busyan busyan! T__T' macam shit kau tahu tak

5. Kau kerek bila kau makan kat fastfood ngan member-member kau..kau snap gamba sana-sini macam tempat tu tak de orang..annoying taek!

6. Kau pakai baju nampak lurah tetek kau pegi jalan-jalan kat bandar..kau seronok lah abang misai pandang pastu tulis kat facebook 'nyampah nyew adew abang misai usya-usya kitew..tark syukew tark syukew larh' Perosak bahasa sial.

7. Annoying doh tengok kau peluk laki or balak kau dekat public or shopping complex..kalau sangap sangat g rumah tumpangan RM30/nett

8. Kau pakai tudung tapi kau pakai jeans yang abang misai dari jauh boleh nampak shape bontot kau yang jatuh tu..lagi-lagi kalau lepas duduk, terselit 'celapong' (celah ponggong a.k.a pungkoq)

9. Macam shit bila kau tulis kat facebook yang kau tengah tension, tengah sakit perut, tengah happy..weh..asal time berak kau tak tulis sekali 'kitew tengah berak..syuke syuke ^__^'

10. Kau saje ubah-ubah relationship status kat facebook..kononnye kau ni macam best kejap Single, kejap in relation, kejap open..asal kau tak bubuh 'I am Lesbian'

11. Nyampah tahu tak kalau kau tak reti bawak barang shopping sendiri..padahal 2 3 plastik je..tu pun nak suruh balak kau..balak kau nyampah ok..bukan suka pun

12. Sikit-sikit kau ngadu kat member-member kau yang kau ada stalker kat kelas, kat office..konon kau tak tahu nak buat ape..ape doh perangai kau

13. Kau bisik-bisik ngan member kau yang duduk semeja..padahal dekat meja tu tengah lepak 4 5 orang

15. Bila kau lepak ngan member yang hot stuff, hensem-hensem, kool, kau tak pulak nak tegur member kau yang pakai tudung serabai plus muka berminyak 'she's not my friends..please lah'

16. Kau tenung-tenung mamat yang cam kool supaya mamat cam kool tu perasan kewujudan kau sambil buat muka tahi

17. Kau order makanan itu ini sebab gambar dekat menu cantik..tapi bila makan 3 4 sudu kau cakap tak sedap..lepas tu tak habis..lepas tu ngadu lapar..g makan kat tempat lain pulak..nak terajang muka kau siot

18. Kau tak pandai buat tu, buat ni..tanak pegang tu, pegang ni..alasan kau kotor, jijik..habis sapa yang nak buat kan?

19. Pakai tudung, baju kurung, manis..dalam wayang, dalam kereta, huih....bukan main sandar-sandar, peluk-peluk, ramas-ramas..baik tak payah pakai tu semua..selalu nampak kat highway

20. Kau cerewet..kena buat semua benda macam kau nak..kalau tak sama macam kau nak, kau angin, kau merajuk, kau marah..cuba kalau kau buat kerja yang orang cerewet macam kau..muncung je mulut kau

21. Kau merajuk ngan mak kau, kau merajuk ngan bapak kau, pakwe pun buat taek ngan kau..kau ngamok, marah, benci & merajuk..last-last kau decide kau bunuh diri..terjun dr bumbung Pavi..tapi tak mati pun..silap-silap kena buang keluarga..lagi shit hidup kau

22. Lepak ngan sekutu gediks kau ketawa kuat kuat, buat onar..masing masing dressed up fancy nak mampos. Skali awek pakai tudung litup melintas korang pakat usya atas bawah atas bawah ramai2. pandangan jijik like 'eww she dont have style..yucks' emang gud gud la kau

23. Mekap tebal ala ala mak ayam..atas mata tu dah macam pelangi..tambah plak bulu mata palsu..klip pah kip pah mata tu dah macam berus cat..kelopak mata tak larat nak angkat..cam sial.. satu level ngan bapok belakang lorong haji taib..

24. Pakai baju sikit lagi nak 6pak puting..lengan himpit tetek bagi terkepit..konon nak bagi nampak lurah lebih menonjol pastuh snap gamba dari atas supaya nampak yg dalam baju tu... buat pulak muka bersyahwat sambil lidah terkeluar.. what the hell..saje menambah bilangan owang laki masuk narakka jahanam

25. Kau buat facebook ni macam medan memperagakan diri..kau upload beribu ribu gamba muka kau je sampai 10 album.. bila ade org puji kau jawab 'ala shayer tark syomel pown..beshe beshe jew' nyampah siot

credit to penebukkertas @ i-share.ws
share dari page leklumedia



Tak Dapat Bonus Pun Tak Pe
Sape yg tak nak bonus kan.. Bukan stakat bonus, tiap hari kita mesti terfikit nakkan kenaikan gaji, elaun, bonus, COLA, atau lebihkan kebajikan kita. Tu belum masuk nakkan barang murah, kurangkan tarif api, air, petrol, harga syiling barang-barang keperluan dan serba macam mak nenek yg semakin hari semakin tak tertanggung kos dia.

Time skolah dulu (1990-an), bawak 50 sen dah kenyang kat skolah. Dgn 50 sen, dah dpt nasi lemak, sepotong kueh ngan air sirap.. Tp la ni, kurang-kurang pun RM3.00 baru dpt semua tu. Belum lg kita balik tahun 70-an, 10 sen dah lebih dari cukup klu stakat nak mkn nasi lemak dgn air sirap (kata bapak den la).

Sebenarnya apa masalah kita ni? Gaji tak cukup ke barang makin mahal?

Katakanlah dgn gaji standard sekarang RM2000 sbulan. Cukup bulan, confirm tinggal 2 kupang je. Sewa rumah, bayar keta, minyak keta, susu anak, pampers anak, barang rumah, belum ape-ape lg, semua dah abis. Mana nak simpan, nak bagi parent, nak bercuti, nak beli baju baru.. Klu emergency, alamak Along yg jd mangsa..

Dgn keadaan sekarang, gaji naik 200 tiap tahun pun belum tentu dpt kejar kenaikan semua harga barang dan keperluan harian.. Mana taknya, bonus tiap tahun belum tentu dapat, tp petrol, harga barang, elektrik dah naik 2-3 kali. Pi mari, semua bungkus...

Sebab tu bila den pikir, klu dapat bonus pun tak guna... Jadi... Macam mana caranya kita boleh selamat?

Pada den, hanya satu cara kita boleh selesaikan semua masalah tu. Bayar gaji dengan emas dan perak. Barangan dan keperluan jugak dibayar dengan emas dan perak. Semua aspek lain melibatkan emas dan perak...

Kalau kite pernah dgr Crite dulu-dulu yg boleh dipakai hingga sekarang.. Seekor kambing pada zaman Rasullullah dulu berharga 1 Dinar. (1 Dinar = 4.25gram emas 916 @ RM 680) Hingga sekarang, harga kambing duk tang tu jugak. Maknanya dari zaman dulu, jika kita sandarkan emas & perak sebagai alat jual beli dan muamalat, nilai belian kita tak akan berkurangan... Jika gaji kita 1400 tahun dulu  3 Dinar sbulan (RM2040), sampai sekarang pun x perlu bonus atau kenaikan... Kita tetap boleh hidup mcm biasa..

Kenapa emas dan perak yg jadi pilihan?
Selain disebut dlm Al-Quran berulangkali yg emas & perak ni berharga. 2 logam berharga ni mempunyai byk ciri istimewa yg x dapat ditandingi logam atau matawang lain. Nilainya tak berubah dari dulu hingga sekarang.. Matawang kita, RM atau USD mengalami susutan yg terlalu banyak sejak digunakan dulu. Matawang ini akan semakin susut dek inflasi hingga pada suatu masa, semuanya tak bernilai lagi...

Bacaan Lain Berkaitan Emas & Perak yg berkaitan :
1. Ayat Al-Quran berkaitan Emas & Perak
2. Penyelesaian Masalah Matawang
3. Dinar Emas & kelebihannya
JARI










Lagi Gambar JARI..

10 Hadis Palsu Popular
Rupanya selama ni kita dah terguna byk hadis Palsu dlm percakapan seharian. Den terbaca artikel ni dlm satu blog last week. Elok rasanya klu Den kongsi sama dlm blog ni..

10 HADIS PALSU POOPULAR

1. Tuntutlah ilmu walaupun hingga ke negeri China
2. Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.
3. Tidur selepas subuh/ waktu pagi menghalang rezeki.
4. Kisah sahabat Nabi bernama Sa’labah ثعلبة yang tidak membayar zakat.
5. Sesiapa yang tidur selepas Asar lalu hilang akalnya, maka janganlah dia mencela melainkan dirinya sendiri.
6. Kebersihan itu separuh daripada iman.
7. Perselisihan dalam umatku adalah rahmat.
8. Sabar itu separuh daripada iman.
9. Kita telah pulang dari jihad yang kecil ( peperangan) dan kita menuju kepada jihad yang lebih besar/paling besar. Para sahabat berkata: Apakah jihad yang paling besar? Rasulullah berkata: Jihad menentang hawa nafsu.
10. Berbual di masjid memakan pahala seperti binatang liar memakan rumput.

Bacaan Selanjutnya...

Pengumuman Baru - COLA kakitangan Awam & Swasta diselaraskan
COLA untuk semua
 
Pekeliling 11- Barang-Barang. Kerajaan telah meluluskan pemberian COLA (Elaun Khas Sara Hidup) kepada semua penjawat awam dan swasta diseluruh negara bagi meringankan beban kewangan dan menampung kos sara hidup akibat kenaikan harga barang dan harga minyak.

Kerajaan melalui pemerintahan Barisan Nasional bersetuju untuk memberikan sejumlah RM800 sebagai elaun COLA berkuatkuasa 1 Ogos 2011. Elaun ini boleh dituntut disemua Pejabat Pos dan BSN diseluruh negara  bermula jam 1 petang hingga 4.15 petang setiap hari bekerja kecuali jumaat, sabtu, ahad dan hari kelepasan am.

Kakitangan awam tanpa mengira jawatan digalakkan membuat permohonan lebih awal dengan mengisi borang secara online atau boleh diperolehi secara percuma disemua Pejabat Pos dan BSN berdekatan. Permohonan mestilah disertakan dengan beberapa salinan dokumen yang disahkan oleh majikan atau penghulu mukim kerajaan. Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut :

  1. Kad Pengenalan dan salinan yang disahkan,
  2. Surat Perlantikan Kerja dan salinan yang disahkan,
  3. Surat Pengesahan Kerja (Asal)
  4. Surat Akuan Majikan dan 7 salinan yng disahkan,
  5. Surat Daftar Keahlian Barisan Nasional, dan  syarat yang terakhir.......   Berita Seterusnya...............

Minyak Mahal? Gue Tak Heran
          SAMA-SAMA KITA JIMATKAN PETROL & MENJAGA ALAM SEKITAR
    Berikutan daripada harga minyak antarabangsa yang melambung naik, harga minyak tempatan turut meningkat dengan mendadak, secara tidak langsung telah mengakibatkan kenaikan harga barangan. Keadaan ini memberi impak yang besar kepada orang ramai, khususnya mereka yang membawa kereta, apatah lagi gaji pula kekal sama. Anda disarankan mempraktikkan cara-cara menjimatkan petrol seperti berikut demi menyelamatkan diri kita dan memulihara alam sekitar. 
  • Semasa hidupkan enjin
  • Elakkan menekan minyak dengan kuat, tambahkan kelajuan secara perlahan-lahan. Berbanding menambahkan kelajuan secara perlahan-lahan, menekan minyak dengan kuat akan menyebabkan penggunaan petrol bertambah sebanyak 2 hingga 3 kali ganda. Tabiat pemandu yang kasar, contohnya menekan minyak dengan kuat atau tiba-tiba menekan brek, boleh menyebabkan penggunaan petrol bertambah sebanyak 30%. Jadi, pandulah dengan cermat untuk memastikan perjalanan yang lebih lancar dan menyenangkan sepanjang hari. 

    • Memandu sambil memanaskan kereta
    • Kebanyakan kereta pada masa sekarang tidak lagi menggunakan karburetor, jadi enjin kereta tidak perlu dipanaskan sebelum berjalan. Tarikkan injap sambil membawa kereta dapat memanaskan enjin secara perlahan-lahan. Pandulah kereta dengan kelajuan yang biasa sambil memanaskan kereta anda. Selepas 1 - 2 km, enjin kereta anda akan mencapai suhu yang sesuai.
    • Semasa isikan minyak
    • Jangan bertindak keterlaluan. Apabila pam minyak berhenti secara automatik, bermakna tangki minyak telah penuh dan harus alihkan muncung bagi mengelakkan lebihan pengisian. Keadaan ini samalah seperti anda dipaksa makan bila perut sudah kenyang. Minyak berlebihan akan menumpah keluar jika kereta anda berjalan di atas jalan raya yang tidak rata. Keadaan ini bukan sahaja membazirkan, malah tidak mesra alam. 
       
  • Dalam perjalanan
  • Kekalkan jarak yang selamat dan elakkan menekan brek secara mengejut. Kelajuan kereta akan berkurangan atau berhenti jika brek ditekan, jadi enjin perlukan petrol yang lebih untuk menggerakkan semula kereta daripada gear rendah atau daripada keadaan statik. 
  • Elakkan memecut!
  • Semasa di lebuh raya, anda barangkali akan menambahkan kelajuan tanpa disedari sambil menikmati keseronokan memecut yang tak terpada. Memecut bukan sahaja akan meningkatkan penggunaan petrol, malah juga akan meningkatkan risiko ditimpa kemalangan jalan raya. 
  • Perintang
  • Ramai yang suka pasangkan bendera kecil atau aksesori dan kelengkapan lain pada bumbung kereta. Benda-benda seperti itu sebenarnya merupakan perintang yang akan membebankan kereta anda dan memperlambatkan kelajuan kereta anda, seterusnya menambahkan penggunaan petrol. 

    • Elakkan kerap menekan brek
    • Asyik merehatkan kaki kanan anda pada brek dan menekan brek bukan sahaja menambahkan penggunaan perol, bahkan juga akan memendekkan hayat brek kereta. Keadaan ini juga akan membahayakan pemandu yang mengikut di belakang kereta anda. 
    • Tayar lebar dan rendah lebih stabil tetapi lebih tinggi penggunaan petrol
    • Sesetengah pemandu suka menukar tayar lebar dan rendah yang lebih luas permukaannya demi menikmati pemanduan yang lebih stabil semasa memecut. Oleh kerana permukaan tayar yang bersentuhan dengan jalan adalah lebih luas dan menyebabkan geseran yang lebih kuat, jadi ia perlukan kuasa enjin yang lebih. Keadaan ini akan meningkatkan penggunaan petrol, khususnya bermula daripada keadaan statik. 
       
  • Pengetahuan Am
  • Letakkan kereta di tempat berteduh. Elakkan daripada meletakkan kereta di tempat tidak berteduh. Suhu dalam kereta akan naik jika kereta terdedah di bawah bahangan matahari dalam tempoh masa yang panjang. Apabila kereta dibawa, sistem penghawa dingin mengambil masa yang lebih panjang untuk menyejukkan keadaan dalam kereta, akibatnya penggunaan petrol turut bertambah. 
  • Jangan melengahkan penyenggaraan berkala
  • Penyenggaraan adalah wajar bagi setiap 5,000 atau 10,000 km, untuk memeriksa penapis minyak, bendalir, angin, bateri, penyambung CV dan sebagainya bagi membolehkan kereta anda berkeadaan optimum dan lebih menjimatkan petrol. Tekanan tayar juga mesti diperiksa supaya berkeadaan normal. Tekanan angin yang sesuai dapat menambahkan 3.3% jarak yang dijalani. Kekurangan tekanan tayar menghabiskan petrol yang banyak iaitu penggunaan petrol akan bertambah 0.4 sen bagi setiap pengurangan 1 paun tekanan angin. Lebih teruk lagi tayar mungkin akan pancit kerana terlampau panas. Jadi pemeriksaan tekanan tayar dengan kerap bukan sahaja menjimatkan wang, malah juga dapat melindungi keselamatan anda. Tayar akan menggoncang jika tekanan tayar terlampau tinggi, ia juga akan mengakibatkan pancit dan membahayakan. 
  • Bersihkan plag pencucuh
  • Karbon mungkin terkumpul pada bahagian enjin dan di sekeliling plag pencucuh jika kereta anda selalu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Penimbunan karbon ini akan melemahkan proses pembakaran dan menghabiskan petrol yang lebih banyak. Jadi, plag pencucuh yang bersih boleh membantu pembakaran yang sempurna dan menjimatkan petrol. 
  • Kurangkan alat elektrik
  • Tenaga elektrik dalam kereta dihasilkan oleh generator. Semua alat elektrik dalam kereta seperti penghawa dingin, lampu, sistem penggera, stroboskop dan sebagainya, hanya akan membebankan generator. Semakin banyak tenaga elektrik diperlukan, generator perlu mengeluarkan tekanan yang lebih pada timing belt untuk menghasilkan lebih banyak tenaga elektrik. Keadaan ini sudah pasti akan menambahkan penggunaan petrol. 
  • Kurangkan bebanan
  • Ramai pemandu jarang mengemaskan dan membersihkan benda-benda yang tertimbun dalam keretanya, kadang-kala mencapai 40-50kg! Lebihan berat ini bersamaan dengan membawa lebih seorang penumpang, penggunaan petrol juga akan bertambah 1-2%. 
  • Pengubahsuaian sembarangan membazirkan petrol dan wang!
  • Sesetengah kedai pengubahsuaian kenderaan akan menasihatkan pemilik kereta supaya menukarkan konverter katalisator. Pada halnya, pengubahsuaian sebegini hanya akan menekan ekzos lalu membebaskan lebih banyak tenaga dan menghabiskan petrol yang lebih.
Labels: 0 comments | |
KOLEKSI 'RARE' MaLayNeum
Ni koleksi 'RARE' MaLayNeum yg menjadi barang kesayangan. Tapi kalau ada yang berminat. PM for the best price.....


1. PAKU DEMAK KUNING EMAS
    Asal : Indonesia
             Kembarnya Paku Demak Hitam masih lagi dalam pencarian...






2. BESI KEPING KUNING EMAS ASLI
    Mitos : Besi terkuat dan digunakan untuk tujuan perubatan




3. SYILING-SYILING YASIN ASLI
    Asal : Arab       
    Komposisi : Perak Asli

SYILING YASIN 1 BAHTERA NABI NUH





SYILING YASIN 3
SYILING YASIN 5
SYILING YASIN 7
SYILING YASIN 7 KUPU-KUPU

SYILING YASIN 7 TOMBAK

4. BAR PERAK 1GRAM USA
    Asal : USA           Perak 999 dengan berat 1 gram

SILVER WOLF BAR 1gram

SCORPION WOLF BAR 1 gram

5. SYILING, DINAR & DIRHAM
    Asal : Serata Dunia


DIRHAM UAE

DINAR SERBIA ( 1, 2 dan 5 DINAR )

BAISA OMAN ( 5, 10 dan 50 BAISA)

Ordinary Uncirculated Coins Set BNM

SYILING PERINGATAN BNM-ROYAL MINT (RHINO) Emas Nordic

SYILING PERINGATAN BNM-ROYAL MINT (Deer) Emas Nordic
Labels: , 0 comments | |
Demam Emas Semakin Terasa - The Star
Apa Jua Bentuk Emas, Ia tetap Bernilai..



Gold Vending Machine
Macam-macam cara biz sekarang ni.. Kat negara kita, vending machine keluarkan air tin, coklat, mainan, gula2 dan kadang-kadang paper. Belum pernah den terfikir ada vending machine utk emas.... Kalo ada sini, gerenti tak sampai 24jam pasang, kena "bungkus" dgn mesin skali....

MESIN PERTAMA KAT FRANKFURT AIRPORT, KELUARKAN BAR 1g, 5g dan 10g


MESIN YG DILETAKKAN KAT  EMIRATES PALACE, DUBAI

BAR EMAS YG KELUAR

SIAP DALAM KOTAK LAGI TU


MORALNYA : Belilah Emas dgn apa cara sekalipun, hehehe

Labels: 0 comments | |
Panduan Ringkas Pelaburan/Simpanan EMas
Tiap hari ada berita pasal harga emas naik kan? Yg dah tau dan dah menyimpan emas, tersenyum lebar bila tau harga emas meningkat... So, kalo anda semua nak tau serba sedikit bab emas ni. Baca la entri kat bawah...
Emas merupakan kaedah pelaburan terbaik untuk jangka masa sederhana atau panjang. Tiada jalan pintas untuk mencapai kekayaan.
Peningkatan nilai emas setiap tahun menjadikan ianya pilihan utama selain pelaburan hartanah atau Unit trust (ASB n the geng)




Sebagai contoh,
- harga untuk 1 ounce (31.10 gram) berdasarkan web kitco
>> 28/1/2001 ialah USD 263.55
>> 28/1/2011 ialah USD1319.00 !!!
>> 24/3/2011 ialah USD 1447.00 !!!!!!!!!

Kenaikan sebanyak USD 1055.45 selepas 10 tahun atau purata pulangan 40% setahun!!

Kenaikan sebanyak USD 128.00 dalam masa 2 bulan iaitu purata pulangan mencecah 9.7% !!!!
Berbaloi kan???
Namun tahukah anda bagaimanakan caranya untuk anda membuat pelaburan emas di negara kita? Apakah pelaburan yang terbaik? Bagaimana memulakannya? Melalui blog ni, RB akan sedaya upaya membantu anda utk mendapatkan maklumat dan berkongsi info terkini berkaitan pelaburan emas.

Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia.

1. Akaun Bank
Terdapat 4 bank yg menyediakan kemudahan simpanan emas melalui buku akaun. (Public Bank, Maybank, CIMB & KFH)
Hampir kesemua bank ini mengenakan syarat yg sama, iaitu simpanan awal 10g, simpanan seterusnya dan pengeluaran minimum 5g dgn tambahan 1g.

Melalui buku akaun, kita hanya memperolehi keuntungan apabila menjual kembali pada harga yang lebih tinggi dari harga belian. RB tidak mengesyorkan cara simpanan ini kerana kita terikat dgn beberapa syarat dan menutup peluang kita utk memaksimumkan pelaburan emas kita. Dah nama pelaburan, tentu nak keuntungan yg berbaloi-baloi kan?


2. Simpanan/Pelaburan Emas Fizikal
Terdapat beberapa pilihan untuk memulakan pelaburan melalui emas fizikal. Pilihan bergantung pada prioriti pelaburan kita sama ada jangka masa panjang/pendek, modal awal, komitmen bulanan, fokus utama pelaburan, ilmu manipulasi dan bermacam lagi faktor yg sesuai dgn kita.

Melalui simpanan fizikal, kita boleh memilih sama ada ingin menyimpan :
i. Barang kemas
ii. Jongkong/Bar
iii. Syiling, atau
iv. Dinar

Antara kelebihan pelaburan emas fizikal ialah :
i. Beli emas dapat emas
ii. Boleh digunakan sebagai cagaran atau pajakan
iii. Mudah dicairkan (diterima dimana saja)
iv. Aset yg stabil & kalis inflasi, dan yg paling penting
v. Boleh dimanipulasi dgn skill tertentu untuk mendapatkan pulangan yg berganda.
(Nak tau caranya???? Jadilah rakan niaga Raja Bukit)


Kat mana kita boleh dapatkan emas fizikal?
Terdapat beberapa cara utk kita mula melabur emas fizikal. Antara tempatnya ialah melalui :

1. Kedai Emas
2. Bank tempatan
3. Lelongan emas pajakan
4. Syarikat pelaburan emas

Mungkin pembaca sudah mula mendapat idea bagaimana memulakan pelaburan emas ni. Untuk mendapatkan lebih maklumat dan mengetahui kelebihan/kelemahan setiap cara pelaburan, ikuti entri2 yg RB sediakan.

Bagi yg berminat utk mendapatkan skill manipulasi bersama RB, jgn bertangguh lagi....... Hubungi RB sekarang..

RB@ Raja Bukit aka Malayneum : 012 7594049 - emasrajabukit@gmail.com
Labels: 0 comments | |
Skandal Seks Anwar Ibrahim
Wah... Memang panas... Asyik skandal je ni... Dgn susah payah aku mencari video ni utk korang semua. Tengok aje, jgn sebarkan atau kongsi kat mana2.... PANAS.............


Link ke Video Panas (Password : Hentamjer)


Labels: 0 comments | |
Peronda Polis Malaysia Terbaru
Cun abes.... Garang n mantap... Ni baru Polis Malaysia.....






Saman Ekor : Ketahui hak Anda

Saman Ekor : Ketahui Hak Anda - oleh Penasihat Undang2 KASE

1. Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.

2. Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

Hak terhadap harta.

(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

3. Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

4. Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.

5. Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.

6. Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

7. Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

8. Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?

9. Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah.

10. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara.

11. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.

12. Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

13. Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A.

14. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan.

15. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.

16. Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.

Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?

1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.
Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?

2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI

3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?

Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:

a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.
b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.
c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.

Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE)
Labels: 0 comments | |

NuffNang

XchaNge

AMARAN :

BLOG INI MUNGKIN MENYEBABKAN KETAGIHAN. BAHAN YANG DIPAPARKAN MUNGKIN MENGGANGGU JIWA DAN RAGA ANDA. SEBARANG KECEDERAAN MINDA ATAU KOMPLIKASI PADA OTAK ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI. DISARANKAN ANDA MELAYARI DENGAN DITEMANI ORANG YANG LEBIH DEWASA.

Kandungan Blog Ini Merupakan Hak Milik Semua, Anda Boleh Memuat Turun Bahan Untuk Rujukan Atau Sebagai Paparan Umum Atas Tanggungjawab Sendiri.
  • "QUOTE"

    It is not how much u earn,
    It is how u spend what u earn...

    MaLaYN3um

    MaLaYN3um
    Gabenor Bank Negara in The MakinG

    NuffNang

    Churp Churp

    ALpha ProJecT


    ShoutMix chat widget

    Followers

    My SupeCar

    My SupeCar
    Catch Me If u CaN

    Loan Calculator

    Site Meter

    Google Analytics

    Pageviews last month