COLA untuk semua |
Pekeliling 11- Barang-Barang. Kerajaan telah meluluskan pemberian COLA (Elaun Khas Sara Hidup) kepada semua penjawat awam dan swasta diseluruh negara bagi meringankan beban kewangan dan menampung kos sara hidup akibat kenaikan harga barang dan harga minyak.
Kerajaan melalui pemerintahan Barisan Nasional bersetuju untuk memberikan sejumlah RM800 sebagai elaun COLA berkuatkuasa 1 Ogos 2011. Elaun ini boleh dituntut disemua Pejabat Pos dan BSN diseluruh negara bermula jam 1 petang hingga 4.15 petang setiap hari bekerja kecuali jumaat, sabtu, ahad dan hari kelepasan am.
Kakitangan awam tanpa mengira jawatan digalakkan membuat permohonan lebih awal dengan mengisi borang secara online atau boleh diperolehi secara percuma disemua Pejabat Pos dan BSN berdekatan. Permohonan mestilah disertakan dengan beberapa salinan dokumen yang disahkan oleh majikan atau penghulu mukim kerajaan. Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut :
- Kad Pengenalan dan salinan yang disahkan,
- Surat Perlantikan Kerja dan salinan yang disahkan,
- Surat Pengesahan Kerja (Asal)
- Surat Akuan Majikan dan 7 salinan yng disahkan,
- Surat Daftar Keahlian Barisan Nasional, dan syarat yang terakhir....... Berita Seterusnya...............
SAMA-SAMA KITA JIMATKAN PETROL & MENJAGA ALAM SEKITAR
- Berikutan daripada harga minyak antarabangsa yang melambung naik, harga minyak tempatan turut meningkat dengan mendadak, secara tidak langsung telah mengakibatkan kenaikan harga barangan. Keadaan ini memberi impak yang besar kepada orang ramai, khususnya mereka yang membawa kereta, apatah lagi gaji pula kekal sama. Anda disarankan mempraktikkan cara-cara menjimatkan petrol seperti berikut demi menyelamatkan diri kita dan memulihara alam sekitar.
- Semasa hidupkan enjin Elakkan menekan minyak dengan kuat, tambahkan kelajuan secara perlahan-lahan. Berbanding menambahkan kelajuan secara perlahan-lahan, menekan minyak dengan kuat akan menyebabkan penggunaan petrol bertambah sebanyak 2 hingga 3 kali ganda. Tabiat pemandu yang kasar, contohnya menekan minyak dengan kuat atau tiba-tiba menekan brek, boleh menyebabkan penggunaan petrol bertambah sebanyak 30%. Jadi, pandulah dengan cermat untuk memastikan perjalanan yang lebih lancar dan menyenangkan sepanjang hari.
- Memandu sambil memanaskan kereta Kebanyakan kereta pada masa sekarang tidak lagi menggunakan karburetor, jadi enjin kereta tidak perlu dipanaskan sebelum berjalan. Tarikkan injap sambil membawa kereta dapat memanaskan enjin secara perlahan-lahan. Pandulah kereta dengan kelajuan yang biasa sambil memanaskan kereta anda. Selepas 1 - 2 km, enjin kereta anda akan mencapai suhu yang sesuai.
- Semasa isikan minyak Jangan bertindak keterlaluan. Apabila pam minyak berhenti secara automatik, bermakna tangki minyak telah penuh dan harus alihkan muncung bagi mengelakkan lebihan pengisian. Keadaan ini samalah seperti anda dipaksa makan bila perut sudah kenyang. Minyak berlebihan akan menumpah keluar jika kereta anda berjalan di atas jalan raya yang tidak rata. Keadaan ini bukan sahaja membazirkan, malah tidak mesra alam.
- Dalam perjalanan Kekalkan jarak yang selamat dan elakkan menekan brek secara mengejut. Kelajuan kereta akan berkurangan atau berhenti jika brek ditekan, jadi enjin perlukan petrol yang lebih untuk menggerakkan semula kereta daripada gear rendah atau daripada keadaan statik.
- Elakkan memecut! Semasa di lebuh raya, anda barangkali akan menambahkan kelajuan tanpa disedari sambil menikmati keseronokan memecut yang tak terpada. Memecut bukan sahaja akan meningkatkan penggunaan petrol, malah juga akan meningkatkan risiko ditimpa kemalangan jalan raya.
- Perintang Ramai yang suka pasangkan bendera kecil atau aksesori dan kelengkapan lain pada bumbung kereta. Benda-benda seperti itu sebenarnya merupakan perintang yang akan membebankan kereta anda dan memperlambatkan kelajuan kereta anda, seterusnya menambahkan penggunaan petrol.
- Elakkan kerap menekan brek Asyik merehatkan kaki kanan anda pada brek dan menekan brek bukan sahaja menambahkan penggunaan perol, bahkan juga akan memendekkan hayat brek kereta. Keadaan ini juga akan membahayakan pemandu yang mengikut di belakang kereta anda.
- Tayar lebar dan rendah lebih stabil tetapi lebih tinggi penggunaan petrol Sesetengah pemandu suka menukar tayar lebar dan rendah yang lebih luas permukaannya demi menikmati pemanduan yang lebih stabil semasa memecut. Oleh kerana permukaan tayar yang bersentuhan dengan jalan adalah lebih luas dan menyebabkan geseran yang lebih kuat, jadi ia perlukan kuasa enjin yang lebih. Keadaan ini akan meningkatkan penggunaan petrol, khususnya bermula daripada keadaan statik.
- Pengetahuan Am Letakkan kereta di tempat berteduh. Elakkan daripada meletakkan kereta di tempat tidak berteduh. Suhu dalam kereta akan naik jika kereta terdedah di bawah bahangan matahari dalam tempoh masa yang panjang. Apabila kereta dibawa, sistem penghawa dingin mengambil masa yang lebih panjang untuk menyejukkan keadaan dalam kereta, akibatnya penggunaan petrol turut bertambah.
- Jangan melengahkan penyenggaraan berkala Penyenggaraan adalah wajar bagi setiap 5,000 atau 10,000 km, untuk memeriksa penapis minyak, bendalir, angin, bateri, penyambung CV dan sebagainya bagi membolehkan kereta anda berkeadaan optimum dan lebih menjimatkan petrol. Tekanan tayar juga mesti diperiksa supaya berkeadaan normal. Tekanan angin yang sesuai dapat menambahkan 3.3% jarak yang dijalani. Kekurangan tekanan tayar menghabiskan petrol yang banyak iaitu penggunaan petrol akan bertambah 0.4 sen bagi setiap pengurangan 1 paun tekanan angin. Lebih teruk lagi tayar mungkin akan pancit kerana terlampau panas. Jadi pemeriksaan tekanan tayar dengan kerap bukan sahaja menjimatkan wang, malah juga dapat melindungi keselamatan anda. Tayar akan menggoncang jika tekanan tayar terlampau tinggi, ia juga akan mengakibatkan pancit dan membahayakan.
- Bersihkan plag pencucuh Karbon mungkin terkumpul pada bahagian enjin dan di sekeliling plag pencucuh jika kereta anda selalu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Penimbunan karbon ini akan melemahkan proses pembakaran dan menghabiskan petrol yang lebih banyak. Jadi, plag pencucuh yang bersih boleh membantu pembakaran yang sempurna dan menjimatkan petrol.
- Kurangkan alat elektrik Tenaga elektrik dalam kereta dihasilkan oleh generator. Semua alat elektrik dalam kereta seperti penghawa dingin, lampu, sistem penggera, stroboskop dan sebagainya, hanya akan membebankan generator. Semakin banyak tenaga elektrik diperlukan, generator perlu mengeluarkan tekanan yang lebih pada timing belt untuk menghasilkan lebih banyak tenaga elektrik. Keadaan ini sudah pasti akan menambahkan penggunaan petrol.
- Kurangkan bebanan Ramai pemandu jarang mengemaskan dan membersihkan benda-benda yang tertimbun dalam keretanya, kadang-kala mencapai 40-50kg! Lebihan berat ini bersamaan dengan membawa lebih seorang penumpang, penggunaan petrol juga akan bertambah 1-2%.
- Pengubahsuaian sembarangan membazirkan petrol dan wang! Sesetengah kedai pengubahsuaian kenderaan akan menasihatkan pemilik kereta supaya menukarkan konverter katalisator. Pada halnya, pengubahsuaian sebegini hanya akan menekan ekzos lalu membebaskan lebih banyak tenaga dan menghabiskan petrol yang lebih.
Ni koleksi 'RARE' MaLayNeum yg menjadi barang kesayangan. Tapi kalau ada yang berminat. PM for the best price.....
1. PAKU DEMAK KUNING EMAS
Asal : Indonesia
Kembarnya Paku Demak Hitam masih lagi dalam pencarian...
2. BESI KEPING KUNING EMAS ASLI
Mitos : Besi terkuat dan digunakan untuk tujuan perubatan
3. SYILING-SYILING YASIN ASLI
Asal : Arab
Komposisi : Perak Asli
4. BAR PERAK 1GRAM USA
Asal : USA Perak 999 dengan berat 1 gram
5. SYILING, DINAR & DIRHAM
Asal : Serata Dunia
1. PAKU DEMAK KUNING EMAS
Asal : Indonesia
Kembarnya Paku Demak Hitam masih lagi dalam pencarian...
2. BESI KEPING KUNING EMAS ASLI
Mitos : Besi terkuat dan digunakan untuk tujuan perubatan
3. SYILING-SYILING YASIN ASLI
Asal : Arab
Komposisi : Perak Asli
SYILING YASIN 1 BAHTERA NABI NUH |
SYILING YASIN 3 |
SYILING YASIN 5 |
SYILING YASIN 7 |
SYILING YASIN 7 KUPU-KUPU |
SYILING YASIN 7 TOMBAK |
4. BAR PERAK 1GRAM USA
Asal : USA Perak 999 dengan berat 1 gram
SILVER WOLF BAR 1gram |
SCORPION WOLF BAR 1 gram |
5. SYILING, DINAR & DIRHAM
Asal : Serata Dunia
DIRHAM UAE |
DINAR SERBIA ( 1, 2 dan 5 DINAR ) |
BAISA OMAN ( 5, 10 dan 50 BAISA) |
Ordinary Uncirculated Coins Set BNM |
SYILING PERINGATAN BNM-ROYAL MINT (RHINO) Emas Nordic |
SYILING PERINGATAN BNM-ROYAL MINT (Deer) Emas Nordic |
NuffNang
XchaNge
AMARAN :
BLOG INI MUNGKIN MENYEBABKAN KETAGIHAN. BAHAN YANG DIPAPARKAN MUNGKIN MENGGANGGU JIWA DAN RAGA ANDA. SEBARANG KECEDERAAN MINDA ATAU KOMPLIKASI PADA OTAK ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI. DISARANKAN ANDA MELAYARI DENGAN DITEMANI ORANG YANG LEBIH DEWASA.
Kandungan Blog Ini Merupakan Hak Milik Semua, Anda Boleh Memuat Turun Bahan Untuk Rujukan Atau Sebagai Paparan Umum Atas Tanggungjawab Sendiri.
Kandungan Blog Ini Merupakan Hak Milik Semua, Anda Boleh Memuat Turun Bahan Untuk Rujukan Atau Sebagai Paparan Umum Atas Tanggungjawab Sendiri.