Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kancil cucuk Evo 10
 
Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kecemasan. Seorang pak cik tua, tuan punya keta kancil putih tu berdiri disebelah ketanya, sambil menahan keta yang lalu untuk membantunya. Tiba-tiba berenti sebuah keta Mitsubishi Evolution 10. Keluar seorang pemuda yang iras-iras hero sepah tu."Ada apa nie pakcik, kereta rosak ke?" tanya pemuda tu. "a'ha rosak "jawap pakcik tu simple je....

"Ok, cam nie, saya ada tali nanti saya ikat kat keta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol, kat sana selamat sket kalo nak repair" mamat tu bagi idea. "ok jugak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam ye"

"Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper Evo 10 nye. Beliau pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit, apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba datang sebuah Impreza sebelah lane kanan, siap rev minyak lagi kat mamat Evo tu. Apa lagi, jiwa muda, pantang dicabar beb, dia pun tekan la minyak rapat-rapat nak kejar Impreza tu... Lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.





   

Orang tua tu punya la hangin satu badan, dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak. Mamat Evo 10 tu dah tak sedar dah, angin punya pasal. Meter dah nak cecah 280km/j. Sikit lagi nak potong Impreza tu.

Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah fly over highway tu.Vrooommm......bedesup peginye... "Ni dah lebih speed limit nie, laju sangat ni"...kate polis tu.. Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie...

"Over..over, ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, mesti tengah race haram tu. Sebuah
Impreza, sebuah Evo 10 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye.........sebuah kancil putih tengah cucuk angin Evo 10 tu, dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!'
Suami Yang Kedekut
Sepasang suami isteri, dah lama kahwin tapi tak ada cahaya mata. Si suami teramat lah kedekut, bukan setakat taik idung masin, Taik mata pun masin gak. Salah satu xtvt tahunan mereka ialah mengunjungi satu pameran udara.

Tahun pertama , si isteri teringin sangat naik sebuah pesawat ringan. Pergilah mereka berjumpa dengan pilot pesawat tu. "Encik, berapa saya kena bayar untuk menaiki pesawat ni?" tanya si suami
"Tak mahal encik, cuma RM50 untuk satu pusingan" jawab pilot tu.
"Uuiishh.. mahalnya, tak jadi la saya nak naik" jawab si suami lalu menarik tangan Isterinya berlalu dari situ. "Alaa... abang ni, RM50 pun nak berkira, Setahun sekali je bang, dah la ma saya nak naik pesawat cam tu" rayu si isteri dengan nada manja dengan harapan si suami akan ubah fikiran."Jgn nak ngada2, RM50 tu banyak benda lain kita boleh beli" Kecewalah si isteri atas sifat kedekut suaminya. Bukannya tak mampu,dlm bank melambak lagi duit dia. (Klik Utk Kisah Seterusnya)

Waja Modification - Green Apple



   
















  
Kiamat Sudah Dekat
Antara Tanda-Tanda Kecil Kiamat Berdasarkan Hadis :

1. Penaklukan Baitulmaqdis
2. Zina Terang-terangan Berleluasa
3. Alat-Alat Muzik Menjadi kebanggaan dan digila
4. Menghias Masjid dan Membanggakannya
5. Munculnya kekejian, Memutuskan Persaudaraan dan Bersikap Buruk Dengan Jiran
6. Ramai Orang Soleh Meninggal Dunia
7. Orang Hina Mendapat Kedudukan Terhormat
8. Mengucapkan salam Kepada Orang Yang Dikenali Sahaja
9. Ramai Wanita Berpakaian Tetapi hakikatnya telanjang
10.Bulan Sabit Kelihatan Besar
11.Banyak Dusta dan Tidak Tepat dalam menyampaikan Berita
12.Banyak Saksi Palsu dan Menyimpan Kesaksian Yang Benar
13.Negara Arab menjadi Padang Rumput dan Sungai

     Seterusnya, senario semasa Dekatnya Kiamat Kepada Kita


Labels: 0 comments | |
The work qualification test


The work qualification test

Murphy applied for an engineering position at an Irish firm based in Dublin. An American applied for the same job and both applicants having the same qualifications were asked to take a test by the Department manager. Upon completion of the test both men only missed one of the questions. The manager went to Murphy and said.

Manager: "Thank you for your interest, but we've decided to give the American the job"

Murphy: "And why would you be doing that? We both got nine questions correct. This being Ireland and me being Irish I should get the job!"

Manager: "We have made our decisions not on the correct answers, but on the question you missed."

Murphy: "And just how would one incorrect answer be better than the other?"

Manager: "Simple, the American put down on question #5, "I don't know.", You put down "Neither do I."






    
World Cup - Sihir Terancang Barat


World Cup datang lagi. Antara acara sukan terbesar yang menjadi kegilaan seluruh dunia. Siapa yang tak tau pasal World Cup. Dari kecik sampai tua, lelaki atau pompuan, miskin atau kaya, peon sampai ke bos besar, rakyat atau raja, boleh dikatakan semuanya tahu pasal World Cup ni. Apa sihir yang ada dalam World Cup hinggakan semua penduduk bumi ni terangsang dengan acara berebut sebijik bola ni?

Begitulah hebatnya Piala Dunia, ibarat sihir yang memukau seluruh manusia! Apa yang menyedihkan kita ialah terdapat begitu ramai dari kalangan umat Islam yang turut terkena sihir ini. Berapa ramai yang matanya terpaku di depan televisyen dan lidah mereka akan dibasahi dengan ‘zikir’ bola sepak setiap pagi, petang dan malam. Setiap Muslim pencinta bola tidak leka dan lalai dari mengetahui perkembangan perlawanan. Rasanya tidak afdhal jika tidak berbicara tentang bola di dalam setiap pertemuan dengan kawan-kawan.

Begi mereka yang minat, mungkin itu perasaan minat anda yang sukar dibendung dengan apa cara sekalipun. Namun, yang menjadi sangat lucu, mereka yang tidak pernah meminati Rancangan Bola Sepak sebelum ini terpaksa berpura-pura meminati siri perlawanan bola sepak apabila Piala Dunia menjelma. Kepura-puraan ini terpaksa dilakukan supaya tidak dituduh kolot dan kaki bangku oleh rakan lelaki yang lain.

Maka duduklah dia bersama rakan di kedai Mamak dan terpaksa berpura-pura teruja dengan perlawanan itu sedangkan hati begitu bosan dan meronta-ronta ingin pulang segera ke rumah. Lebih lucu sekali mereka yang tidak minat itu terpaksa memalingkan kerusinya ke arah skrin layar besar di kedai mamak agar tidak dituduh "si pondan yang kaki bangku" dan merasa segan jika kerusinya berpaling ke arah lain.

Bagi si wanita pula terpaksa berpura-pura mengambil tahu tentang perlawanan bola sepak itu semata-mata ingin menjaga hati si lelaki. Namun, amat lucu nama pemain bola sepak yang diketahui hanyalah Beckham dan Christiano Ronaldo sahaja dan berasa cukup untuk dijadikan modal bersandiwara bagi membicarakan hal bola sepak.   

Bagi mereka yang tidak minat, hentikan sandiwara anda. Ketika diajak berbual oleh rakan tentang bola sepak, sekali pun anda tidak berminat tetap juga ingin anda menyahut perbualan itu dengan fakta yang anda tahu (secara dengar-dengar) demi menjaga air muka. Anda merasa rendah diri jika tidak menjawab perbualan itu.

Beranikah anda mengatakan

" Aku benci rancangan bola sepak dan aku langsung tidak minat. Aku hanya minat sukan berkuda, memanah dan berenang"

Beranikah anda mengatakan begini apabila ada rakan anda ingin berborak mengenai bola sepak dengan anda

"Maaf, jangan bincang hal bola sepak dengan aku sebab aku tidak minat nak tonton dan tidak minat nak ambil tahu"

Ya benar sukan bola sepak itu merupakan suatu sukan yang menyihatkan badan. Namun adakah tidak boleh jika hanya kita sendiri yang fanatik "bermain" bola sepak tanpa perlu fanatik "menonton" lakonan bola sepak dari mereka yang sememangnya handal? Adakah kehandalan itu perlu untuk membezakan faedah kesihatan yang kita dapat dari bermain bola sepak? Adakah kurangnya tahap kesihatan dengan bermain bola sepak tanpa dikomersilkan rancangannya? Ada yang menyatakan untuk mempelajari "skill". Adakah "Skill" itu perlu? Adakah skill itu begitu penting sehingga manusia teruja dengannya? Boleh sesiapa sebutkan apakah faedah "skill" di dalam permainan mana-mana sukan?

Kesimpulannya, lihat sahaja penganjur dan penaja Piala Dunia 2010 kesemuanya syarikat besar yang sudah tentu pihak Zionis mempunyai saham besar terhadapnya. Kesemua syarikat-syarikat itu merupakan milik Barat dan begitu rakus kini menyedut hasil ekonomi negara yang lain. Gaji pemain bola sepak yang mencecah jutaan Pound Sterling itulah puncanya kekayaan dunia banyak disedut oleh mereka menggunakan sistem kapitalis. Ingat! Di dalam sistem Kapitalis, kekayaan orang lain merupakan kemiskinan pihak yang lain! Mereka menjadi kaya dengan memindahkan kekayaan dunia kepada mereka. Maka negara yang merempat dan miskin tetap setia menonton tanpa pernah mempersoalkan dari segi aspek ekonomi. Celakalah mereka kerana begitu mudah mengaut kekayaan dunia dengan mengeksploitasi kelekaan manusia.

Labels: 0 comments | |
Jalan-Jalan Jumpa Remis
Petang tadi sempat jenjalan pusing Wakaf Tengah. Nak pi Gong Badak, cari lampin ngan susu anak, tapi jalan sibuk sangat. Ntah dari mana orang datang, keta berderet-deret atas jalan. Sume keta plat luar jek. Orang amik peluang jalan-jalan time cuti ni kot. Aku tukar plan, pi kedai dekat-dekat jek. Balik merang lepak pantai lagi bagus. Layan keropok gotel sukaramai kat pantai lg syok.

Pantai merang dgn umah aku x sampai 1km pun. Sampai je pantai, ingatkan orang tak ramai, terkejut beruk den, punya la bersusun orang parking kereta. Tgk kat pantai, beratus orang tengah lepak. Baru aku teringat, last week baru masuk paper, pantai ni jd tumpuan sebab REMIS tengah naik. Adik aku cakap, ni dah masuk minggu kedua orang ramai berkampung cari remis kat sini. Siap bawak semua famili lagi tuh. Bukan setakat tikar, ada yg siap pasang khemah. Kalo bawak cukup alat, setakat nak 5-6 kilo tu kejap jer. Patut pun ramai. awek-awek pun ada. Best tu............

Remis ni sejenis spesis moluska bercangkerang. Kulitnya bujur sket, warna cerah. Kulitnya licin warna kelabu. Isinya warna putih campur jingga sket. Ada la besar ibu jari. Best kalo masak dengan serai. Gulai pon sodap.... Remis ni dok dalam pasir. Tapi kat pesisir pantai la. Time ombak naik jer, dia ikut sama gerak ke pantai. Time tu la bleh kaut dengan apa-apa je alat yg patut. Ramai yang turun ari ni, aku tengok guna sauk sendiri je. Ada yg guna jejaring kipas angin kat umah, ada yg guna raga motosikal, ada yg guna perangkap tikus. Guna bakul yg jarang je senang. Kalau duk sejam dua, dapat la 4-5 kilo. Diorg cakap, 5 tahun sekali je benda alah ni naik. Patut pun ramai sangat, macam pesta pulak. 2 tahun lepas, udang baring yg naik. Penuh pantai dengan udang-udang ni. Merah jer kalo tgk dari atas. Dekat 2 minggu jugak udang ni serang pantai.

Aku x turun, malas nak tukar baju. Tengok dari pantai je org berpesta. Tp sempat la amik gambar skeping dua. Bleh share dgn korang.
 Dari Pantai Merang ke Pantai Batu  Rakit, penuh dengan pengunjung..
 
 Budak-budak la yg paling seronok

 Tangkap guna bakul kecik pun boleh

Remis yg diorang dapat tangkap...

Awek cun yg aku jumpa kat pantai tu.... 

 Ni la Remis tu..
Labels: 0 comments | |
Cuti, Keje n KawiN
Best jugak jadik cikgu ni. Dapat cuti bila sekolah cuti. Dua minggu pulak tu... Kena pulak suami n isteri sama-sama cikgu, lagi la best cuti... Bila dah bercuti, online pun susah la sket. Bukan kerana cuti x dapat online, tapi kerana keje makin banyak dari x cuti, line tenet pun susah nak dapat. Dah 3-4 ari x dapat online, gian betul nak layan fesbuk, tangan gatal jer nak update blog. Maklumlah, baru belajar buat blog. Aku mula cuti 7 sampai 19 Jun. 2 minggu, macam budak-budak sekolah jugak. Tapi 1st week kena stay kat skolah, bos suruh siapkan keje. Dek kerana byk majlis kawin, adik ipar pun kawin tadi, dapat jugak xcuse dari bos. Balik kampung awal pun, keje kene siapkan jugak. Ada 2-3 bende mengarut nak kene buat. Kalau aku bos, confirm xde keje time cuti. Hehe, bangkrap bos....

Aku bertolak sabtu tghri dari JB. Tension betul, nak dekat 4 jam baru sampai Mersing. Punya la banyak keta kat atas jalan. Biasa tak sampai sejam stengah dah bleh lepas mersing. Dah la driver macam-macam ragam. Paling tak tahan bila ada driver yang suka potong Queue, kita dah lama nunggu turn, berkilometer terhinggut-hinggut atas jalan, dia dgn selamba tenuk jer ikut kiri. Nak kata bodo, kesian pulak, tapi memang bodo tahap gaban la. Kalau x susahkan org lain xpe la, tapi bila dah ikut kiri, dengan selamba badak pulak dia selit masuk depan kita. Kalau kena keta kita, satu hal pulak nak gaduh mintak ganti. Dari mersing ke Pekan. dah tak sampai 3 jam. jalan pun ok, trafik pun clear jer. Lambat sket sebab acap kali aku brenti. Dah ada anak, kurang-kurang pun 7-8 kali kena brenti. Racing macam mana pun x guna dah, lambat jugak sampai. Dari Pekan aku sampai kat kampung (Lembah Bidong, Setiu) dekat pukul 9 mlm. 10 jam perjalanan baru sampai. Bengkak urat kentut drive lama-lama beb. Kalo bujang, tak lebih 7 jam bleh sampai ni.

Sejak aku ulang alik dari JB-TRganu 5-6 tahun ni, benda yang paling aku tak suka kat atas jalan bila ada driver semput. Ntah la sape yang semput, driver ke keta dia. Aku rasa ramai yang sama dgn aku. Aku tak kisah kalau org nak bawak laju, cecah 350km/j pun xpe. Orang nak potong aku ker, atau trafik banyak ker. Tapi yang paling aku tak tahan bila ada yang drive keta macam siput sedut. Kalau bawak 70-80 tu xpe la, dah peraturan macam tu. Tp ramai benar yang drive lembap semacam, kadang-kadang x cecah 40km/j pun. Punya la berjambul drive cenggitu sampai berderet keta kat blakang. Kadang-kadang amik masa dekat stengah jam baru boleh potong. Bila potong jer, dia rilek jer pegang handset. Bleh lagi call makwe time drive. Kadang-kadang ada yang slow sebab layan muvie dalam keta. Punya la *****. Buat muvie atas keta pun ada. Huishhh. Tp yang paling banyak aku jumpa, orang tempatan yang keluar berkelah kat atas jalan. Agaknya dia ingat drive perlahan tu selamat. Kalau korang biasa drive long distance, mesti tau perasaan bila kita best drive, tiba-tiba kena brek kerana keta kat depan terhinggut-hinggut atas jalan. Dah la slow, kena follow pulak sejam dua. Tensen beb... Tapi xpe la, aku dah selamat sampai.

Sampai je kat kampung, terus marathon majlis kawin. Walaupun bukan org penting, tapi sibuk la jugak tolong tengok org lain buat preparation. Sambil-sambil jaga anak aku yang sorang tu. Penat beb. Seb baik malam ni dapat rilek sket, ramai sedara yang buat part time. Esok mula pulak pi majlis kenduri sedara n geng-geng aku. Campur pulak kenduri belah isteri, berderet la jadual. Kalau betul-betul ikutkan jemputan. Botak jugak kepala. 5 kenduri sehari minimum, kena 7 hari, dah dekat 35 kali pusing negeri. Petrol, hadiah, masa, hohoho, banyak jugak yang terbang. Kurang-kurang pun bajet kenduri kena jugak simpan 7-8 ratus. Cuti punya pasal. Esok mertua aku kena 14 jemputan. Tahun lepas rekod dia buat, 17 jemputan sehari. Ramai betul kerabat nak kawin. Xper, asalkan bahagia. Semoga semua kekal bahagia sepanjang hayat.

Isteri aku masam je 4-5 hari ni. Bukan marahkan aku, tapi dek kerana kerja yang kena buat kat umah. Lepas je rombongan pengatin sampai tadi, sempat dia tanda paper exam budak-budak. Tinggal lagi 1 kelas x tanda. esok markah dah nak kena hantar. Seb baik semalam aku dah pulun abis-abisan, tadi dah bleh sms n email markah pd cikgu-cikgu. Tensen jugak bila kena buat keje time cuti. Kalau takat paper exam, bleh jugak aku cool, tapi siap kena buat plan x lagi utk sekolah. Hantar kat PPD. Kalau bleh hantar guna emel xpe jugak, ni tetap jugak guna disket. X abis-abis lagi guna cara kuno tu. X guna jugak aku marah-marah, sape yang suruh jadik cikgu kan.

Mula sabtu depan, kurang sket jemputan. Baru betul-betul bleh cuti. Plan pertama aku nak ke pantai Merang. Bawak kerabat ramai-ramai, nak sauk Ti'jah banyak-banyak. Nak tangkap ketam 2-3 guni. Sekarang ni musim mende tu tengah naik. 5 tahun sekali je beb. Minggu depan dah minggu last. Nanti aku masukkan gambar kalau korang nak tengok. Plan seterusnya, nak pi pasar jumaat kat Kuala Besut n Payang. Baru aku bleh bawak famili pi round Batu Buruk. Nak berkelah, bimbang ujan pulak. Kalau dah ujan, jawabnya berselimut je la kat umah.

Anyway, Selamat Pengantin Baru pada adik ipar aku yang baru kawin semalam, kawan-kawan yang tamatkan zaman bujang esok lusa, welkam to D Club. Selamat bercuti pada geng-geng yg seangkatan. Tido dulu beb...
Labels: 0 comments | |
Akhirnya Aku Jutawan
Terkejut beruk aku bila tengok akaun bank ada balance RM 1 Juta. Nak melompat depan ATM, takut dikatakan gila pulak. Kerana x percaya dengan mata sendiri, aku beratur kat lane pertanyaan, check dengan  pegawai bank, macam mana tiba-tiba akaun Maybank aku bleh cecah 1 juta tak sampai seminggu. Biasanya, kalau dah ujung bulan, tinggal kerak je la. Pegawai bank yang cun melecun tu cakap ........... (Nak Tau??).



    
Kena Cium
Adoi, belum sempat nak make up lagi dah kena cium. Seb baik x kena banyak, tapi mau jugak 3-4 ratus terbang. Bab kena langgar ni aku tak terkilan sangat, tapi bila masuk bab nak diorg gantikan yg rosak. Macam nak pecah satu taman diorg bising-bising. Tetap tak nak mengaku salah jugak. Xpe........ Kita buat cara baik je...

Pagi semalam, macam biasa isteri aku drive Livina kesayangan aku nak pi sekolah. Selang je 5-6 buah rumah, gerak pun x cecah 40km/j lagi, tup-tup keluar keta dari kiri jalan. Keta tu keluar dari pagar umah dia. X la laju pun, tapi kerana x dengar hon yg isteri aku bagi, menonong je dia keluar. Dah la keluar dgn reverse, x nak tgk belakang pulak, hon pun x nak dgr, tanpa segan silu, dia cium Livina aku. Kena kat sebelah tayar belakang. Kemek body kat atas tayar tu, bumper blakang calar kena seret, nasib baik tak pecah, cuma bengkok ke dalam jer. Minah yang langgar tu keluar tak terkata apa-apa, kelu jek. Mak dia pun main sorok-sorok kat dalam umah. Isteri aku cakap nak datang petang setelkan.

Petangnya, bila aku balik, baru dapat tau keta aku kena cium. Terus ajak isteri aku pi umah minah tu nak setelkan. Pada aku, dah confirm dia salah sebab keluar dari parking kat jalan utama. Hajatnya nak mintak gantirugi la. Tgk pada rosak, tak sampai RM 400 pun kalau ganti. Bila sampai je rumah dia, semua kerabat dia keluar nak bincang. Awalnya macam ok, bila aku cakap nak gantirugi jek, dia mula pusing-pusing. Macam ular la pulak. Bila dia tgk keta aku yang rosak, dan tgk keta anak dia yang calar 20 sen jer. Lagi dia temberang. Boleh dia salahkan isteri aku pulak. Katanya kalau bawak kawasan taman, kena berhenti tiap kali ada keta nak keluar. Yang aku lagi sakit hati, boleh dia kata, kerana isteri aku yang salah, repair sendiri-sendiri. Keta dia polish je dah cukup, 10 ringgit dah confirm lepas. Bila dah lama kat situ, jiran-jiran lain dah keluar, dia makin bising. Nak gaduh pun tak guna, karang jadi rusuhan kaum pulak. Last-last dia kata, dia x nak campur lagi, pandai-pandai la u setelkan. Best je keputusan dia bila aku yang kena tanggung semua. Kalau la aku otromen,  keta dgn uncle tu aku fire sampai jadi arang. Seb baik sabar beb.......

Kerana x puas hati sangat. Aku buat report polis. Bila dah setel semua. Polis tu, suh tunggu 24jam sebelum dia bleh bagi keputusan awal. Hehe. Walaupun aku tak puas, kurang-kurangnya berbaloi. Kalo smlam dia bagi 200 pun aku dah x susah-susah nak repot cenggini.

Pagi tadi bila aku pi jumpa sarjan yang jadi pegawai penyiasat tu, dia kata minah tu tak buat repot polis. Jadi keputusan awalnya, dia bersalah kerana menyembunyikan kemalangan dan lalai sehingga menyebabkan kemalangan. Ambik nak, kan free-free dah kena 2 charges, maknanya dia dapat 2 bonus saman, dua-dua saman tu 300. Bodo-bodo dia dah kena saman RM 600 tanpa diskaun. Tu belum finalised lagi, kalau lepas 15 hari ni, abes je masa siasatan, ada lagi kesalahan lain macam xde lesen ker, xde insurans ker atau xde road tax. Lagi bertambah la jumlah saman dia. Keputusannya untuk aku, kena repair keta tu kat Pusat Servis dengan segala perbelanjaan ditanggung insurans tanpa pengurangan NCD. Kena buat kerja la sket, tapi baiki keta x kena charge dah. Puas hati aku.... Tunggu lagi 2 minggu je nak tau Hasil siasatan yg final.....

Moralnya, jangan jadi macam uncle india tu. Dah salah, banyak pulak pusing. Tak nak bayar gantirugi, last-last dapat saman free-free RM 600. Puas la jugak ati aku ni.....





   
Labels: 0 comments | |

NuffNang

XchaNge

AMARAN :

BLOG INI MUNGKIN MENYEBABKAN KETAGIHAN. BAHAN YANG DIPAPARKAN MUNGKIN MENGGANGGU JIWA DAN RAGA ANDA. SEBARANG KECEDERAAN MINDA ATAU KOMPLIKASI PADA OTAK ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI. DISARANKAN ANDA MELAYARI DENGAN DITEMANI ORANG YANG LEBIH DEWASA.

Kandungan Blog Ini Merupakan Hak Milik Semua, Anda Boleh Memuat Turun Bahan Untuk Rujukan Atau Sebagai Paparan Umum Atas Tanggungjawab Sendiri.
  • "QUOTE"

    It is not how much u earn,
    It is how u spend what u earn...

    MaLaYN3um

    MaLaYN3um
    Gabenor Bank Negara in The MakinG

    NuffNang

    Churp Churp

    ALpha ProJecT


    ShoutMix chat widget

    Followers

    My SupeCar

    My SupeCar
    Catch Me If u CaN

    Loan Calculator

    Site Meter

    Google Analytics

    Pageviews last month